Awas geng Rohingya beli besi buruk cara menipu, letak timbang statik pada 35 kg. Ermm, memang akal panjang menipu. Boleh balik Rohingya pergi hari begini kalau ikut cara begini.
Dalam kita cuba berbaik sangka, ramai yang cuba mengambil kesempatan dengan menipu cara begini. Menipu cara timbangan sedangkan setiap sen menipu itu, hukumnya haram.
Awas geng Rohingya beli besi buruk cara menipu
Dikongsi dari fb Achik Iqbal, dirinya berkongsi bagaimana sekumpulan Rohingya yang berniaga membeli besi buruk menipu dengan meletakkan timbangan pada angka statik walau beratnya lebih dari sepatutnya.
Bila dia cuba menimbang dirinya sendiri, jelas angka berat badannya hanya 35 kg, seolah berat seorang kanak-kanak sekolah rendah saja.
Alkisahnya petang tadi. Lori besi buruk datang minta beli besi dekat bengkel. Aku pun keluarkan semua besi-besi sisa dan aluminium yang ada. Ada dua geng Rohingya dari Sijangkang katanya.
Lepas besi dan aluminium dah timbang dan dicampak masuk lori, aku pun naiklah atas timbang untuk saja-saja. Hah, tu dia. 35 kilo jee.
Eh eh eh. Mana lagi 40 kilo. Tuhan dah ampun ke. Naik pulak seorang lagi hmm sama 35 kilo. Patut semua yang dia timbang 35 kilo ke bawah je. Pagar second berat-berat tu.
Letak Timbang Statik Pada 35 Kg
Semua tak smpai 35 kilo. Muka soleh & solehah dua orang ni pun dah lain macam. Lepas kena ceramah depa bagi tambahan lagi 20 kilo. Patutlah boleh ada lori. Meniaga kencang puak ni.
Menyesai pulak aku naik atas timbang tu. Sebenarnya tak kisah sangat berapa nak dapat. Sebab besi buruk pun bukan boleh jadi besi baru. Simpan lama-lama bersepah je. Tapi tulah tak menipu tak kaya bro. Perkongsian : Achik Iqbal
Bernama ‘Kentut’. Mahunya ia menjadi trauma buat lelaki ini bila namanya sedemikian rupa. Tak kurang juga jadi bahan lawak oleh sesiapa saja yang mendengarnya.
Malunya bila disebut nama ‘Kentut’. Bukat setakat perasaannya tapi tertanya-tanya bagaimana mak ayah terfikir untuk letakkan nama anak sedemikian. Mungkin masa kecil tidaklah ketara tapi bila dah makin membesar dan tahu makna nama itu, tentu rasa rendah diri dan malu.
Inilah yang berlaku kepada lelaki bernama ‘Kentut’, kerana nama ini jugalah dia sembunyikan identiti. Akhirnya selepas 31 tahun dengan gelaran itu, hakim membenarkan dia menukar nama baru.
Secara rasminya, lelaki bernama Kentut berjaya menukar nama kepada Ihsan Hadi selepas 31 tahun menyembunyikan identiti.
Kentut bersyukur selepas hakim Mahkamah Daerah Tangerang, Banten di Indonesia membenarkan keputusan untuk menukar namanya.
“Saya lega, bertambah semangat dan yakin,” kata Ihsan Hadi
Ihsan terpaksa mengambil keputusan mengubah nama selepas takut anak lelakinya akan dihina jika mempunyai ayah bernama Kentut.
“Saya mempunyai 3 orang anak, 2 lelaki seorang perempuan, saya tidak mahu mereka berasa dihina jadi saya membuat keputusan ini,” kata Ihsan.
“Saya tidak selesa sejak zaman kanak-kanak kerana sering diejek oleh rakan-rakan,” kata Ihsan. Dia juga selalu bertanya kepada ibu bapanya mengapa dinamakan sedemikian.
IKLAN
“Ibu berkata, ia nama yang baik dan tidak membawa apa-apa bermakna, itu sahaja,” kata Ihsan.
Kerap Dihina
Selama 30 tahun, warga Jalan Nyiur IV, Kelurahan Kunciran, Kecamatan Pinang, Kota Tangerang, ini mengaku kerap dihina, bahkan dibuli oleh penduduk sekitar.
Kini, pemuda yang tiap hari menjual mi ayam ini mampu bernafas lega. Ini kerana mahkamah Negeri Tangerang telah meluluskan permohonannya untuk mengganti nama Kentut menjadi Ihsan Hadi.
Fakta Nama Kentut Perlu Ditukar
1. Anak Menangis, Kerap Diejek
Setiap kali pulang ke sekolah, pasti anaknya menangis. Itulah titik awal tekadnya untuk tukar nama menjadi Ihsan Hadi. Dia mengaku anaknya kerap menangis dan mengurung diri di bilik sebab malu ada yang bernama Kentut.
“Pernah waktu itu anak saya tak mahu ke sekolah kerana terus-menerus diejek kentut oleh kawan-kawannya,” kata pemuda yang kini bernama Ihsan Hadi. Bukan itu saja, ejekan dari kawasan perumahannya juga kerap diterima Hadi dan keluarganya..
Pernah ayah kepada tiga orang anak ini menguruskan dokumen kependudukan di Jabatan Pendaftaran. Ketika namanya disebut Kentut, petugas memarahi kerana beranggapan dia mengada-ngada.
IKLAN
2. Pilihan Nama Ihsan Hadi
Semasa dia berusia 6 tahun dan bersekolah, gurunya sendiri merasa pelik mendengar namanya. Dari situlah, nama Kentut digantikan dengan Ihsan Hadi. Sebelum itu, dia juga pernah di ejek oleh kawan-kawan. Selepas namanya ditukar terus rasa keyakinan diri.
Melihat banyak perubahan sikap pada diri anak mereka, perubahan nama itu disambut gembira. Orang tua Kentut pergi ke Jabatan pendaftaran untuk membuat permohonan nama baru anaknya. Namun, niat itu tiba-tiba dibatalkan. Dengan alasan proses pergantian nama sangat sukar.
“Bapa saya hanyalah petani tua di Karang Anyar Solo, tidak pandai untuk menguruskan hal permohonan penukaran nama itu.,” katanya.
3. Urus Sendiri Permohonan Tukar Nama
Apabila dewasa, Kentut bertemu jodoh dan berkahwin. Dia bekerja sebagai penjual mi ayam dan dikurniakan 3 orang anak. Dalam masa sama, dia kerap diejek kerana namanya.
Sehinggakan Kentut memutuskan untuk menukarkan namanya menjadi Ihsan Hadi. Di sanalah, Kentut mulai berkenalan dengan Eko, seorang driver teksi Lapas Tangerang yang memberinya pertolongan.
IKLAN
Kentut mulai mempersiapkan segala dokumen yang diperlukan. Seperti surat keterangan RT/RW, ijazah terakhir, KTP, sijil kelahiran dan sijil nikah. Setelah lengkap, Kentut mendaftarkan diri memohon perbicaraan nama tersebut
4. Dapat Restu Orang Tua
Pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi Kentut dalam proses penukaran namanya. Meski demikian, hatinya merasa lega, kerana orang tuanya merestui pertukaran nama tersebut.
Kentut mengaku, nama baru yang digunakan itu adalah jalan baru hidupnya, terutama bagi ketiga anaknya. Setelah 30 tahun menggunakan nama Kentut, akhirnya Mahkamah Negeri Tangerang, meluluskan pertukaran nama warga Jalan Nyiur IV, Kelurahan Kunciran, Kecamatan Pinang, Kota Tangerang, itu menjadi Ihsan Hadi.
“Permohonan pertukaran nama Saudara yang sebelumnya Kentut menjadi Ihsan Hadi diluluskan,” ujar Hakim Elly Istianawati
Selepas perbicaraan, Ihsan lterus sujud syukur dan terpancar kegembiraan di wajahnya. Dengan nama yang disandangnya kini, Ihsan mengaku lebih percaya diri. Dia tak sabar untuk menghebohkan namanya kepada orang lain yang akan bertanya.
Mingguan Wanita : Mungkin masa kecil tak adalah terasa sangat tapi bila dah besar dan ada anak, kena fikir balik. Kasihan kat diri kita dan anak-anak.
Sesungguhnya pengorbanan dan kasih sayang mak berkekalan hingga ke akhir hayat. Sentuhan air tangannya adalah yang paling sedap dan sangat dirindui bila mak dah tiada lagi di dunia. Masakan terakhir yang sempat disediakan buat anak, pastinya menjadi lambang kasih abadi yang akan dikenang selama-lamanya.
Catatan perkongsian Puan Ila Syazielapagi ini dalam group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official begitu meruntun hati siapa pun yang bergelar anak.
Menurut Ila Syaziela, pada 16 Mac semalam, arwah emaknya Salmah Binti Kadir sempat memasakkan bubur nasi buat adiknya yang ketika itu sedang demam, sebelum meninggal dunia kerana dilanggar kereta ketika mahu melintas ke kedai.
Berikut catatan tersebut;
Ni bukan Masak Ape Tak Jadi, tapi ni masakan terakhir arwah mak saya sebelum dilanggar kereta ketika hendak melintas jalan pergi kedai semalam. Mak saya masakkan bubur untuk adik saya yang sedang demam. Harap kawan-kawn dalam group ni sudi sedekahkan Al-fatihah untuk arwah mak saya, Salmah Binti Kadir.Terima kasih.
Itulah kasih terakhir seorang emak, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya akibat kemalangan dilanggar kereta. Sentuhan air tangan itu tetap menjadi kenangan anak sampai bila-bila.
Perkongsian tersebut ketika artikel ini ditulis mendapat simpati lebih 50,000 followers dan 12 ribu komen di grup tersebut. Ramai yang mengucapkan salam takziah, sedekahkan Al Fatihah dan tumpang simpati dengan situasi yang dilalui.
MW:Salam takziah buat keluarga semoga diberi kekuatan dan redha menghadapi ujian ini. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Bukan calang-calang semangat dan keberanian yang diperlukan apabila melibatkan diri dalam sukan ekstrem udara. Apatah lagi faktor usia bukanlah satu halangan untuk menyahut cabaran melakukan aktiviti ini.
Seorang nenek berusia 93 tahun dari Britain melengkapkan aksi berjalan di atas sayap pesawat yang sedang terbang buat kali kelima, sekali gus membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai cabaran, lapor akhbar Metro UK kelmarin.
Aksi tersebut memerlukan keberanian tinggi untuk memanjat sayap pesawat, diikat dengan abah-abah dan berdiri ketika pesawat melakukan penerbangan aerobatik di udara.
Mengumpul Dana Untuk Badan Amal
Namun, aktiviti itu bukan perkara yang baharu buat Betty Bromage kerana dia telah melakukannya sebanyak empat kali sebelum ini bagi mengumpul dana untuk badan amal, Sue Ryder.
Diilhamkan oleh sebuah iklan bar coklat di televisyen, warga emas berkenaan mengambil bahagian dalam sukan ekstrem itu pada usia 87 tahun walaupun mengalami radang sendi pada lehernya.
“Anda tidak akan tahu apa yang mampu dilakukan sehinggalah anda mencuba.
“Saya berusia lewat 80-an ketika kali pertama mencuba aktiviti seumpama ini. Sebelum itu, aktiviti paling berbahaya yang pernah saya lakukan adalah menunggang kuda,” katanya.
Setakat ini, Bromage telah menyelesaikan lima cabaran berjalan di atas sayap pesawat, melintasi garisan zip terpantas dunia di Snowdonia dan melakukan aktiviti turun cenuram setinggi 49 meter di Menara Eagle, Cheltenham.
Mingguan Wanita: Fuh memang luarbiasa semangat dan keberanian nenek ini. Ternyata faktor usia bukanlah penghalang.Tahniah, berani mencabar kemampuan diri dengan menyertai sukan ekstrem udara.
“Wanita kena jadi mahal, bukan berlumba-lumba buka aib sesama kita” itulah luahan dari usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri.Perbuatan mendedahkan aib seseorang kepada khalayak atas...