“Saya Tidak Akan Sesekali Pisahkan Adik-Beradik Ini,” begitulah kasih sayang dan pendirian seorang nenek berusia 73 tahun mengambil tanggungjawab besar menjaga empat cucu yatim piatu selagi mempunyai kudrat.

Ramlah Hasan dari Kampung Betong di sini tidak pernah mengeluh memikul tugas berat sebagai ‘ibu bapa’ buat cucu-cucunya iaitu Wan Rizqi Aidam Firdaus, 2, Wan Syaza Aliya, 8, Wan Syaza Qistina,12, dan Wan Asrul Afzan,15.

Hilang Tempat Bergantung

Menurut Ramlah, menantunya, Mazalina Mohd. Baru meninggal dunia akibat sakit jantung lebih dua tahun lalu, sebelum diikuti anaknya, Wan Saifulnizam Wan Satar pada awal bulan ini disebabkan lelah.

“Sebelum ini mereka sekeluarga tinggal berasingan di kampung ini, namun selepas menantu meninggal dunia, anak saya pulang tinggal bersama di rumah ini. Setelah kehilangan ibu, cucu-cucu saya kini hilang tempat bergantung apabila ayah mereka pula pergi buat selamanya.

“Walaupun saya sendiri sering sakit disebabkan faktor usia tetapi tidak akan sesekali serahkan semua cucu-cucu saya kepada sesiapa atau pisahkan adik-beradik ini. Empat cucu ini adalah amanat, tanggungjawab saya jaga serta curahkan kasih sayang untuk mereka.

“Syukur, anak-anak saya yang lain juga banyak membantu menguruskan cucu-cucu saya ini. Saya juga sudah melengkapkan proses bagi memohon bantuan Jabatan kebajikan Masyarakat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Betong di sini, semalam.

IKLAN

“Saya Tidak Akan Sesekali Pisahkan Adik-Beradik Ini,” Kasih Nenek Jaga 4 Cucu Yatim Piatu!

Janji Jaga Adik-Adik

Sementara itu, Wan Asrul Afzan berkata, sebagai anak sulung, dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi masa depan dan menjaga adik-adiknya dengan baik.

IKLAN

Orang ramai yang ingin hulurkan sumbangan boleh hubungi Wan Asrul Afzan di talian 014-2843363 atau menerusi akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 1150029000179129 atas nama Ramlah Hasan.

Mesti Baca:Enam Hari Dirawat, Anak Yatim Piatu Tiada Gajet, Al-Quran Jadi Peneman
Baca Lagi Di Sini:Suami Rindu Dipanggil ‘Abang’, 18 Tahun SETIA Berkorban Jaga Isteri Koma!
Artikel Menarik:“Amanah Ini Akan DiPikul Sebaik Mungkin.” Lelaki Redha Jaga Isteri Lumpuh, Empat Anak OKU

IKLAN

Mingguan Wanita:Kasihnya nenek pada cucu tersayang. Semoga nenek ini berterusan diberikan kesihatan yang baik untuk terus membesarkan cucu-cucu yang kehilangan mak ayah ini.

Sumber: Utusan

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI