Bila anak demam, mak-maklah orang yang paling risau. Mahunya tak tidur malam, nak-nak kalau anak merengek dan ‘menempel’ 24 jam.
Biasanya, kalau anak demam, sehari dua hanya bagi makan ubat demam. Tapi kalau dah masuk hari ketiga baru jumpa doktor. Katanya, masa ini baru boleh tahu demam biasa atau sebaliknya.
Walau bagaimanapun, untuk elak anak demam lebih teruk dengan suhu yang tinggi, mak-mak hanya lapkan badan anak untuk turunkan suhu. Ada sesetengahnya tak bagi anak mandi sedangkan bila mandi, haba panas akan keluar.
Begitu juga bila anak selesema atau batuk. Dengan cara mandikan anak 3 kali sehari ini, sekurangnya dapat membantu mengurangkan masalah demam, selesema atau batuk yang anak hadapi.
Ini antara saranan doktor pada mak-mak. Jangan takut nak mandikan anak bila anak demam, selesema atau batuk.
Jika anak demam, pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar.
Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk, samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
Ads
1. Bila selesema tetap mandikan 3 kali sehari supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai mak-amk hari ini ingat jika selesema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku, anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Mak-mak cuba praktikkan setiap kali anak ada selesema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.
2. Batuk, tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insya ALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak.
(Tip dari Doktor: Bila kahak dah longgar tepuk belakang anak everytime dia batuk. Anak muntah tak apa sebab semua lendir-lendir akan keluar.)
Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah:
Jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun-ubun anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
Kalau orang dulu, demam, batuk dan selesema tak bagi mandi. Jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk.
Ads
Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam, pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru, jangan panik. Banyakkan membaca.
Info:
Cara mandi: Mulakan dari kaki dulu selepas itu, jirus badan dalam 3-4 kali bagi wap panas keluar. Akhir sekali baru siram ke kepala.
Bila keluar bilik mandi lapkan hidung dulu takut air masuk hidung, bimbang selesema pula.
Cara ke 2 mandi guna buah lemon. Hiris dan letak dalam tab mandi atau baldi.
Ads
Kredit : Kiyuka Hamid
Mingguan Wanita : Moga ia memberi manfaat buat mak-mak. Paling penting, mandikan anak. Ikut apa yang disarankan oleh doktor.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Tak dinafikan mak ayah perlu mempunyai sikap tegas dalam membesarkan anak-anak agar dapat membentuk peribadi mereka sejak dari kecil. Namun demikian adakalanya, sikap tegas mak ayah tersebut bertukar menjadi garang gara-gara terlupa dan terlepas pandang dengan perkara-perkara ini.
Sikap Tegas Mak Ayah Bertukar Garang Disebabkan Lupa 4 Perkara Ini.
Tegas dan garang sangatlah ketara bezanya. Dalam kamus istilah tegas bererti jelas, terang dan lantang. Manakala garang pula bermakna menyerang dengan buasnya atau marah-marah dengan bengisnya. Mak Ayah tak ada ler sampai garang gitu sekali kan.. Jom kita tengok 4 perkara pencetus garang.
1. Menjerit-Jerit
Lupa nak pelankan volume suara, maklum banyak tenaga yang datang dari emosi sebab rasa macam tidak dipercayai atau dikhianati. Apa pun perasaan kita, kawal sebaik mungkin volume suara. Guna nada professional seperti pembaca berita. Suara diorang serius namun mesra walau sedang membaca berita yang lucu.
Ingatkan diri sendiri bahawa Allah tegur kita dalam surah al-Hujurat:2 supaya tidak angkat suara melebihi suara nabi. Begitu juga ingatan Allah dalam surah Luqman:19 tentang suara keldai meringkik.
2. Lupa Nak Tarik Nafas Dan Senyum
Bila rasa tercabar sikit mak ayah akan cepat tarik muka sepatutnya kena tarik nafas dulu. Kita fikir kita yang kena kawal anak sebab anak tak faham, anak degil, anak terpengaruh dengan kawan dan sebagainya. Kita lupa bahawa satu-satunya insan yang kita boleh kawal adalah diri sendiri.
Bila tak dapat kawal muka kita jadi bengis, masam kelat, kening berkerut, mata jadi bulat besar, hodoh jadi nya!.
Apa yang kita pamerkan itulah yang kita dapat. Anak tengok anak jadi takut terciptalah jurang antara mak ayah dan anak, Imam Ghazali pernah berpesan untuk kita lihat wajah kita sendiri di cermin sebagai kaedah kawal diri ketika rasa nak marah-marah.
3. Lupa Niat Nak Terang Atau Nak Serang
Mak ayah sering lupa kita adalah pembimbing anak, kita bukan hakim yang kena menghukum anak sepanjang masa. Nabi pun ajar kita untuk bimbing anak selama 3 tahun supaya menguasai ibadah solat, nak jadikan solat sebagai budaya diri. 3 tahun adalah tempoh yang panjang dan dalam tempoh yang panjang itulah kita akan ulang, terang, jelaskan, tunjukkan berulangkali.
Lepas 3 tahun yang setiap hari 5 kali proses mengulang menerang berlaku pun tak jalan juga barulah dirotan anak itu.
Bila kita lupa peranan kita pada anak, hati mudah jengkel dan bosan, mulalah kita rasa anak ni lembap ke, tak faham-faham ke, kita mula bandingkan dengan anak orang lain ataupun bandingkan diri kita dulu-dulu, masa kecik dulu kita cepat faham, cepat patuh dan cepat taat padahal kita perasan je tu, akhirnya dengan anak cepat je nak serang dan mudahnya jadi garang.
4. Lupa Anak Kita Bukan Milik Kita
Kita sering lupa bahawa Allahlah yang merancang perjalanan hidup kita. Allah sentiasa melihat dan menilai respon kita pada perancanganNya yang kudus itu. Anak-anak kita adalah milik Allah.
Allah pinjamkan pada kita untuk kita urus anak sebagaimana yang dikehendaki oleh pemiliknya. Anak kita bukan juga hamba kita, bukan pula sumber kebanggaan mutlak, tetapi dia adalah jambatan dan jalan untuk meraih redha Allah. Anak -anak merupakan asbab untuk capai keredhaan dan kasih sayang Allah.
Semoga Allah sentiasa ingatkan kita yang pelupa ini.
MW: Ada benarnya. Sama-sama kita berusaha perbaiki diri, menambah ilmu keibubapaan agar dapat menjadi mak ayah yang terbaik buat anak-anak.
Sumber: Ustazah Isfadiah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Berita baik buat wanita yang sering diabaikan nafkah anak-anak oleh bekas suami kini boleh menarik nafas lega. Ini kerana tindakan lebih tegas sedang dipertimbang kerajaan termasuk cadangan mengenakan sekatan bank terhadap bekas suami yang culas memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak selepas berlakunya perceraian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, berkata kerajaan sedang memperincikan pelaksanaan penguatkuasaan keadilan syariah yang memberi tumpuan kepada wanita yang diceraikan dan tidak mendapat pembelaan.
“Kebanyakan wanita tidak ada tempat untuk mengadu dari segi penguatkuasaan, jadi kita melihat keperluan penguatkuasaan kepada wanita yang tidak diberikan keadilan dari sudut nafkah yang sudah diputuskan mahkamah syariah.
“Perkara itu sudah dibincang di peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), dibincang peringkat kami, dan saya harap penguatkuasaan itu perlu dipertingkatkan contohnya mengenakan sekatan bank, jadi kita perlukan penguatkuasaan ke atas suami yang liat untuk membayar nafkah kepada bekas isteri mereka,” katanya.
Ramai Lelaki Gagal Bayar Nafkah
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Town Hall Maqasid: Tadbir Urus Maqasid Syariah baru-baru ini.
Ditanya jumlah dan peratusan lelaki yang gagal membayar nafkah seperti diperintahkan mahkamah, katanya beliau tidak mempunyai statistik itu, namun tidak menafikan jumlahnya ramai.
“Ramai yang terbabit dalam hal ini berdasarkan aduan yang diterima daripada bekas isteri yang tidak dibela kerana kegagalan dan kecuaian suami untuk membayar nafkah yang sudah diputuskan mahkamah.
“Jadi kita perlu ada penguatkuasaan yang lebih tegas supaya mereka tahu bahawa keputusan mahkamah itu perlu dihormati dan kalau mereka tidak buat akan ada tindakan penguatkuasaan ke atas diri mereka,” katanya.
MW: Setuju sangat dengan saranan dan penguatkuasaan ini. Semoga pelaksanaannya dapat dipercepatkan agar nasib para wanita dan anak-anak mendapat pembelaan sewajarnya.
‘Bekerja seorang tanggung isteri, empat anak.’ Bila utamakan keluarga, insyallah cukup semua. Paling penting dahulukan yang mana lebih utama.
Seorang suami jika dia mengutamakan isteri dan anak-anak daripada kepentingan sendiri insyallah berkat dan murah rezekinya. Ikuti perkongsian Puan Siti Suryani Yaakob ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Bekerja Seorang
Di tempat kerja saya ini ada seorang ‘abang’. Abang tak abang juga pasal lagi berapa tahun nak pencen sudah dia.
Abang ini seorang saja yang bekerja. Isteri dia suri rumah. Ada anak 4 orang. Dari dulu sampai sekarang memang dia seorang saja yang bekerja cari rezeki untuk keluarga.
Kadang saya teruja nak belajar dari orang-orang macam ni. Macam mana dengan bekerja seorang diri dapat tanggung keluarga. Dan cukup semua. Siap ada dua buah rumah pula lagi. Kisah begini lebih dekat dengan realiti. Kisah kebanyakan kita sehari-hari.
Isteri dan keluarganya adalah paling atas buat dia lebih dari semuanya.
Di office, dia makan biasa-biasa. Kadang beli nasi dengan kuah kari saja. Ada masa nak sedap sikit letak ayam satu. Banyak masa dia makan apa yang ada. Janji perut kenyang dia kata.
Tapi setiap hari Isnin dia akan bercerita. Semalam makan udang celup tepung di Kuala Selangor. Ada masa pagi-pagi datang kerja dia bagitahu ada kedai Western yang sedap. Semalam dia ke sana dengan anak isteri. Sebab isteri ajak pergi.
Bila Utamakan Keluarga
Rupanya dia tak makan sedap di office sebab dia nak makan sedap dengan keluarga dia. Untuk dia tak apalah yang biasa-biasa. Supaya dia boleh bagi untuk keluarga yang extravaganza.
Kalau buat makan-makan di luar yang tak mampu dia bawa semua, dia rela tak pergi. Dia kata tak sampai hati nak makan sedap tanpa ada anak isteri. Lepak-lepak lepas kerja tu memang tidak ada. Nak balik cepat. Nak tengok di rumah ada apa kena buat.
Kalau isteri sakit dia cuti. Biar demam biasa pun. Katanya macam mana nak tinggal. Nanti siapa yang nak masak. Tak akan isteri yang sakit itu pula nak masak. Takkan dibiar dia seorang hendak urus anak.
Saya ceritakan kisah ini supaya kita perhati. Dalam saat ramai berkisahkan suami kena sediakan emas. Suami kena sediakan duit sebanyaknya. Suami kena bagi harta benda.
Di TikTok dan media sosial merata-rata orang tunjuk hadiah dan mewah yang suami bagi pada isteri. Lalu kadang mengusik kentalnya hati kita yang rasa sudah cukup serba-serbi.
Kadang suami kita usaha bekerja bagi rezeki buat semua. Buat kita. Dan ada juga keluarga dia. Kadang sudah buat berbagai cara. Tapi rezeki dia cukup seperti itu sahaja. Secukup rasa. Tak mewah tapi ada semua.
Tapi dia ada banyak nilai baik. Yang kecil-kecil. Yang kadang masa dia tiada baru kita terasa betapa besarnya nilai kecil yang dia buat pada kita. Benda yang kadang tak nampak. Sebab dia bukan bentuk material.
Dan dia atas semuanya…
Yang mencari rezeki adalah kita. Tapi yang memberi kecukupan adalah Dia. Yang beri bahagia itu bukanlah pada banyaknya. Tapi yang beri bahagia itu adalah pada berkatnya. Berkat pada dua-dua hati yang saling berusaha bahagia membahagia.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...