Tak dinafikan mak ayah perlu mempunyai sikap tegas dalam membesarkan anak-anak agar dapat membentuk peribadi mereka sejak dari kecil. Namun demikian adakalanya, sikap tegas mak ayah tersebut bertukar menjadi garang gara-gara terlupa dan terlepas pandang dengan perkara-perkara ini.
Sikap Tegas Mak Ayah Bertukar Garang Disebabkan Lupa 4 Perkara Ini.
Tegas dan garang sangatlah ketara bezanya. Dalam kamus istilah tegas bererti jelas, terang dan lantang. Manakala garang pula bermakna menyerang dengan buasnya atau marah-marah dengan bengisnya. Mak Ayah tak ada ler sampai garang gitu sekali kan.. Jom kita tengok 4 perkara pencetus garang.
1. Menjerit-Jerit
Lupa nak pelankan volume suara, maklum banyak tenaga yang datang dari emosi sebab rasa macam tidak dipercayai atau dikhianati. Apa pun perasaan kita, kawal sebaik mungkin volume suara. Guna nada professional seperti pembaca berita. Suara diorang serius namun mesra walau sedang membaca berita yang lucu.
Ads
Ingatkan diri sendiri bahawa Allah tegur kita dalam surah al-Hujurat:2 supaya tidak angkat suara melebihi suara nabi. Begitu juga ingatan Allah dalam surah Luqman:19 tentang suara keldai meringkik.
2. Lupa Nak Tarik Nafas Dan Senyum
Bila rasa tercabar sikit mak ayah akan cepat tarik muka sepatutnya kena tarik nafas dulu. Kita fikir kita yang kena kawal anak sebab anak tak faham, anak degil, anak terpengaruh dengan kawan dan sebagainya. Kita lupa bahawa satu-satunya insan yang kita boleh kawal adalah diri sendiri.
Bila tak dapat kawal muka kita jadi bengis, masam kelat, kening berkerut, mata jadi bulat besar, hodoh jadi nya!.
Apa yang kita pamerkan itulah yang kita dapat. Anak tengok anak jadi takut terciptalah jurang antara mak ayah dan anak, Imam Ghazali pernah berpesan untuk kita lihat wajah kita sendiri di cermin sebagai kaedah kawal diri ketika rasa nak marah-marah.
Ads
3. Lupa Niat Nak Terang Atau Nak Serang
Mak ayah sering lupa kita adalah pembimbing anak, kita bukan hakim yang kena menghukum anak sepanjang masa. Nabi pun ajar kita untuk bimbing anak selama 3 tahun supaya menguasai ibadah solat, nak jadikan solat sebagai budaya diri. 3 tahun adalah tempoh yang panjang dan dalam tempoh yang panjang itulah kita akan ulang, terang, jelaskan, tunjukkan berulangkali.
Lepas 3 tahun yang setiap hari 5 kali proses mengulang menerang berlaku pun tak jalan juga barulah dirotan anak itu.
Bila kita lupa peranan kita pada anak, hati mudah jengkel dan bosan, mulalah kita rasa anak ni lembap ke, tak faham-faham ke, kita mula bandingkan dengan anak orang lain ataupun bandingkan diri kita dulu-dulu, masa kecik dulu kita cepat faham, cepat patuh dan cepat taat padahal kita perasan je tu, akhirnya dengan anak cepat je nak serang dan mudahnya jadi garang.
4. Lupa Anak Kita Bukan Milik Kita
Kita sering lupa bahawa Allahlah yang merancang perjalanan hidup kita. Allah sentiasa melihat dan menilai respon kita pada perancanganNya yang kudus itu. Anak-anak kita adalah milik Allah.
Ads
Allah pinjamkan pada kita untuk kita urus anak sebagaimana yang dikehendaki oleh pemiliknya. Anak kita bukan juga hamba kita, bukan pula sumber kebanggaan mutlak, tetapi dia adalah jambatan dan jalan untuk meraih redha Allah. Anak -anak merupakan asbab untuk capai keredhaan dan kasih sayang Allah.
Semoga Allah sentiasa ingatkan kita yang pelupa ini.
MW: Ada benarnya. Sama-sama kita berusaha perbaiki diri, menambah ilmu keibubapaan agar dapat menjadi mak ayah yang terbaik buat anak-anak.
Sumber: Ustazah Isfadiah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Jika tak tahan dengar tangisan bayi, tak sabar.” Jangan cuba mengasuh anak orang. Menjaga anak sendiri dan anak orang banyak bezanya.
Anak sendiri mungkin lebih mudah mendengar kata, nama pun budak kecil manalah dia faham. Oleh itu kalau anda memang seorang yang penyayang, sukakan budak-budak mungkin tidak ada masalah.
Tetapi jangan disebabkan fikirkan untung dan semata-mata ingin tambah pendapatan, janganlah dipertaruhkan nyawa anak orang.
Kongsi Dr Erna Nadia, kes melibatkan kematian bayi dan kanak kanak tak kiralah di rumah sendiri atau pengasuh atau sekolah sekalipun memang akan menyentuh titik hati paling dalam.
Tak boleh tengok atau baca sampai habis sebab macam-macam yang terbayang dalam kepala.
Anak kucing malah anak anjing kena lenyek kenderaan atau kena dera pun dah sayu kita lihat, apatah lagi anak manusia.
Nauzubillahiminzaalik.
Semoga kita, keluarga kita, sahabat kita dan semuanya dijauhkan dari jahat yang ini.
Nasihat saya cuma satu, jika anda memang tak boleh tahan dengar tangisan bayi atau kanak kanak atau anda tak sabar untuk jaga anak anak, sila jangan cuba-cuba untuk jaga atau asuh anak anak orang lain. Jangan hanya sebab duit, kita iya kan padahal tidak mampu.
Untuk yang sudah kahwin atau plan untuk kahwin, kalau masih rasa belum mampu nak handle anak-anak kecil, janganlah dulu. Ramai juga yang parents sendiri pun dera anak anak sendiri. Bukan setakat dera tapi lebih dari itu pun ada.
Jangan Cuba Mengasuh Anak Orang
Kasihan anak kecil.
Mereka tak tahu apa dan tak berdaya pun.
Allah Maha Melihat dan Mengetahui. Dia yang cipta kita pun. Kalau pun kita terlepas hukuman dunia, akhirat yang kekal abadi tu kita tak akan terlepas pun. Nak lari ke mana. Semua dosa salah kita akan ditayangkan di hadapan semua orang. Setiap satunya.
Ya Allah, lindungilah kami dan keluarga kami dari kejahatan dan kekejaman manusia, amin ya rabbal alamin.
Dr. Erna Nadia
Seminggu kena kuarantin, buka fb macam macam cerita ada na. Allahuakbar.
Mingguan Wanita : Kes-kes yang berlaku kadang-kadang membuka mata mak ayah agar berhati-hati dalam memilih pengasuh atau nursery. Tidak dinafikan itu adalah takdir, namun jika diberi peluang, pilihlah yang terbaik untuk anak-anak.
Sekarang bukan masa menuding jari salahkan sesiapa. Dalam keadaan yang penuh menekan, mak ayah perlu berbalik pada saranan agama dalam menyatukan kembali hati ahli keluarga yang hampir retak. Sebelum jadi parah, muhasabah diri sebentar. 10 saranan eratkan kasih sayang ini telah diberikan oleh para ulama.
10 Tip Eratkan Kasih Sayang Anak Ikut Saranan Para Ulama
Hidupkan amalan solat berjemaah di rumah.
Budayakan membaca Al-Quran dan kitab hadis di rumah
Ibu bapa memberikan didikan agama sesempurna mungkin pada anak-anak.
Sentiasa makan bersama keluarga
Bila berada di rumah, letak di tepi seketika telefon bimbit mahupun komputer riba. Minimakan penggunaaan gajet. Berikan perhatian sepenuhnya pada komunikasi bersama ibu, ayah dan anak-anak
Sentiasa memperuntukkan masa berkualiti apabila bersama ibu ayah dan anak-anak
Berinteraksi dan sering menjadi pendengar setia
Memberikan hadiah kepada ayah, ibu dan anak-anak sempena hari lahir dan seumpamanya.
Berkomunikasi menggunakan bahasa yang lembut
Sentiasa menghargai ibu, ayah dan anak-anak dengan menyebut “terima kasih.”
Ingatan Buat Mak Ayah!
Setiap kita adalah anak dan satu hari nanti, kita semua juga akan menjadi mak dan ayah. Maka hormatilah mak dan ayah agar apabila kita menjadi mak dan ayah kelak, kita akan turut dihormati dan disayangi oleh anak-anak kita pula. Firman Allah SWT dalam surah Al-Furqan, ayat 74 mafhumnya:
“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata :”Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertaqwa”
Kredit foto : newsrescue.com
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak juga seorang manusia, adakalanya hatinya juga tersinggung dan terasa dengan sikap anak-anak yang makin membesar. Lumrah seorang ibu sentiasa memaafkan anaknya biar pun hatinya sakit.
Seorang mak kalau berkecil hati dengan anaknya berdosa, jadi dia telan semuanya agar hidup anaknya bahagia di dunia dan akhirat sana. Begitulah seorang mak.
Ikuti perkongsian Puan Farizal Radzali ini dan hadam baik-baik ya anak-anak di luar sana.
Kalau Mak Berkecil Hati, Anak Berdosa
Seorang mak tahu kalau dia berkecil hati dengan anak-anaknya, maka anak-anaknya akan berdosa.
Jadi, dia telan semuanya supaya anak-anak tak berdosa.
Jika kita rasa kecil hati dengan mak kita, kita tunjuk, kita protes, kita merajuk sampai mak datang pujuk.
Jangan kata tak pernah, pasti pernah walau sikit. Mak itu walaupun anak tak tunjuk, dia tahu anaknya kecil hati. Soroklah macam mana pun. Sebab dia mak.
Kecil hati kita dengan kecil hati mak, siapa lebih banyak?
Pernah tak kita fikir, kalau mak tak fikir perkara di perenggan pertama itu, entahlah berapa kali hancur remuk redam hati mak tu, lebih dari kita.
Dari kecil dijaga sampai sudah beranak pinak, mesti banyak yang mak itu kecil hati. Mesti banyak.
Macam mana pun mak kita, sayangilah dia. Walaupun dia tak sebaik mak orang lain, kasihilah dia.
Jika dia bersalah menjaga anak-anaknya, itu urusan dia dengan Allah SWT. Bukanlah anak-anak yang patut menghukumnya.
MW: Bagaimanapun mak kita, terimalah dan sayangilah dia seadanya kerana dia yang melahirkan serta membesarkan. Kasih sayang mak tanpa Batasan, hargailah selagi mereka masih ada.
Tukar duit raya di mesin ATM tanpa stres beratur, ini 29 lokasi khusus untuk pengguna CIMB. Masuk je penghujung Ramadan, antara difikirkan ialah misi...