Semak 8 Perkara Penting Kena Buat, Sebelum Anak Mula Bersekolah Esok

Mak ayah buatlah persediaan dari sekarang, sebelum kalut esok hari. Sebabnya esok dah bermula sesi persekolahan bagi anak-anak tahun 5 dan 6, tingkatan 1 hingga 4 dan tingkaran 6 semester 1.

Perkongsian Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Sungai Besar, Abdul Muiez Ruslee ini mudahkan mak ayah semak 8 senarai penting menjelang hari persekolahan.

Semak 8 Perkara Penting Kena Buat, Sebelum Anak Mula Bersekolah Esok

Semak 8 Senarai Penting Sebelum Mula Sekolah Esok

Mak ayah sekalian. Esok sekolah sudah mula dibuka untuk murid-murid tahun 5 dan 6, tingkatan 1 hingga tingkatan 4 dan tingkatan 6 semester 1.

Selepas hampir 4 bulan dicutikan, pasti banyak perkara yang perlu disiapkan. Bermula dengan emosi, sampailah kepada keperluan persekolahan.

Meh saya kongsikan, 8 perkara penting yang perlu mak ayah buat sebelum anak mula bersekolah esok.

IKLAN

1. Pastikan anak-anak tidur awal.

Anak-anak tahun 5 dan 6 saya kira masih okay lagi. Anak-anak tahun 1 sampai 4 yang kita risau. Biasa bangun lambat, nanti kena paksa bangun awal, mengamuk pula. Tak pasal-pasal mak ayah kena jadi tarzan pagi-pagi. Rasanya, mak ayah dah boleh latih mereka tidur dan bangun awal sebelum sekolah bermula 22 Julai nanti (tahun 1 sampai 4)

2. Pastikan segala buku teks, buku latihan dan alat tulis mencukupi.

Bila cikgu-cikgu kemas kelas, memang bersepah buku yang ditinggalkan. Tak semua sekolah, tapi memang ada. Yalah, PKP kan tiba-tiba saja berlaku. Jadi, mak ayah kena pastikanlah semua buku ada. Kalau tak, masaklah nak membayar akhir tahun nanti kalau buku teks hilang.

3. Pakaian anak-anak macam mana?

Semalam saya terpaksa beli seluar anak. Budak umur 12 tahun, cepat betul tingginya. Kalau ikut saya, setakat senteng okay lagi. Tapi kalau cawatnya dah ketat, tak selesa pula. Masa saya di kedai semalam, ramai mak ayah yang beli baju baru. Antara sebabnya dah tak muat. Alah, tak payah berkiralah nak beli seluar baru walaupun sekolah pun tak lama lagi. Kita yang masa PKP pun baju seluar dah tak muat. Kan kan kan? Ya lah. Kalian tak, saya sorang saja.

Semak 8 Perkara Penting Kena Buat, Sebelum Anak Mula Bersekolah Esok

IKLAN

4. Untuk makluman mak ayah. Sekolah sekarang dah had kan pergerakan ke kantin.

Kalau nak beli pun, kena wakil saja. Ada sekolah yang buat COD sampai ke kelas. Jadi, nak memastikan anak-anak terus berada di tempat duduknya, mak ayah bolehlah sediakan bekal. Ya betul, kita pun terkejar-kejar pagi-pagi. Tapi, itulah SOP yang perlu diikut. Saya lihat, cara terbaik ialah mak ayah sediakan bekal saja. Ni hanya cadangan. Kalau tak boleh, tak apa. Bagi duit, nanti ikutlah apa arahan pihak sekolah.

5. Berdasarkan pengalaman saya di sekolah menengah yang dah mula bersekolah sekitar 4 minggu ni, jalan di hadapan akan lebih sesak bermula esok.

Jadi, nak elakkan kesesakan, mak ayah bagilah duit siap-siap di rumah. Nak peluk cium atau baca doa pun buat di rumah. Bila sampai saja depan sekolah, turunkan anak dan terus jalan. Tak adalah jalan sesak.

Semak 8 Perkara Penting Kena Buat, Sebelum Anak Mula Bersekolah Esok

6. Pastikan anak-anak sihat sebelum ke sekolah.

Kalau anak rasa nak demam, sakit perut, sakit gigi, tak perlu hantar. Sebab, kalau murid-murid sakit, banyak benda nak kena uruskan. Macam-macam SOP kena ikut. Kena hantar ke bilik isolasilah, apa lah, macam-macam lagi. Jadi, kalau anak rasa tak sihat, terus tak payah datang sekolah. Oh ya, pelitup muka dan sanitizer, kalau ada bawalah. Memang tak wajib. Tapi digalakkan.

IKLAN

7. Alert dengan waktu persekolahan.

Ada sekolah yang terpaksa panjangkan masa atas sebab-sebab tertentu. Balik lambat. Kalau petang, ada yang masuk lambat. Jadi, rajin-rajinlah bertanya dalam group WhatsApp. Oh ya, kalau anak sekolah petang, mohon sediakan sejadah kecil kalau mereka perlu solat di sekolah. Terutamanya solat zuhur.

8. Pastikan juga anak-anak kita bersedia untuk ke sekolah.

Bayangkan, kalau sebelum ni tidur jam 12, sekarang kena tidur awal. Kalau sebelum ni lepas subuh boleh sambung tidur, sekarang dah tak boleh. Kalau sebelum ni menghadap telefon 24 jam, sekarang dah kena tukar habit. Mak ayah, setkan awal-awal kepada anak yang mereka perlu ke sekolah. Cakaplah elok-elok supaya mereka dapat bersedia.

Saya rasa cukuplah 8 poin yang saya kongsikan. Nanti banyak-banyak, pening pula mak ayah nak kena ingat. Walaupun sekarang ini kes Covid-19 dah semakin berkurangan di Malaysia, kita tetap perlu berhati-hati. Kena ikut SOP yang ditetapkan oleh MKN, KKM dan KPM. Cuma, mak ayah janganlah sampai paranoid. Sekolah dah buat yang terbaik, tugas mak ayahlah yang kena selalu nasihatkan anak-anak. Semoga anak-anak kita terpelihara daripada kes-kes yang tidak kita ingini. InsyaAllah.

Jangan lupa share kalau bermanfaat. Klik butang follow juga ya. Terima kasih kerana sudi baca. Oh ya, kalau boleh, subscribe sekali Chanel YouTube saya, Abdul Muiez Ruslee.

Sumber/Foto : Abdul Muiez Ruslee *Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI