Bingkaikan masa depan anak-anak agar kejayaan jadi milik mereka. Tugas itu adalah tugas mak ayah. Saya percaya semua ibu bapa inginkan masa depan yang baik untuk anak-anak. Tiada seorang pun daripada kita yang ingin melihat anaknya menjadi orang yang merana atau tidak memiliki masa depan yang cerah.
Oleh sebab itulah, ramai ibu bapa yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit demi memastikan pembelajaran anak pada tahap yang terbaik. Tidak cukup dengan sekolah, kelas-kelas tambahan juga turut menjadi tumpuan. Tujuannya satu, agar anak-anak mendapat pembelajaran yang terbaik dan menjadi orang yang berjaya.
Letakkan prioriti
Hakikatnya, berjaya dalam konteks seorang muslim duduknya di akhirat. Walau bagaimanapun, kejayaan mengurus kehidupan di dunia inilah yang menjamin kebahagiaan di akhirat sana. Bagaimana yang dikatakan berjaya mengurus adalah berjaya meletakkan prioriti sebenar dalam kehidupan sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah SWT.
Inilah bingkai kejayaan yang harus kita bina dalam pemikiran anak-anak kita. Ini kerana, hasrat kita bukan sahaja ingin melihat kejayaannya di dunia malah yang terlebih penting adalah kebahagiaannya yang abadi di akhirat kelak.
Justeru, untuk itu, pembelajaran ilmu agama harus ditekankan ke akar umbi. Anak harus hidup berdasarkan agama dan untuk agama. Iman harus dipasakkan dalam jiwa-jiwa mereka. Terutama dalam era globalisasi yang meluas ini.
Kebenaran amat sukar untuk dikenal pasti hanya dengan iman dan taufiq daripada-Nya kita dapat memilih kebenaran. Jadi, perkara ini harus dititikberatkan dalam membesarkan anak-anak dan mendidik amereka. Islam tidak pernah mengasingkan ilmu yang kita panggil sebagai ilmu profesional dengan agama.
Hakikatnya apabila kita benar-benar memahami hakikat ilmu menurut Islam ia adalah merangkumi ilmu dunia dan akhirat. Jadi biarlah anak-anak ingin menjadi profesion apa sekalipun namun dalam masa yang sama dia adalah mukmin yang soleh di dalam pandangan Allah.
Ads
Jadi, sebagai persekitaran anak-anak yang paling hampir, kita juga seharusnya tidak silap meletakkan prioriti dalam pembelajaran anak-anak. Ia harus seimbang dan adil dalam erti kata yang sebenar. Anak-anak harus diberikan pendedahan dalam ilmu agama sebagaimana subjek-subjek lain juga malah mungkin lebih lagi kerana ilmu agama adalah keutamaan dalam membentuk tasawur diri anak-anak tentang kehidupan dan membentuk jati dirinya sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya.
Awasi kata-kata
Selain daripada itu, persekitaran yang dibentuk di rumah juga memainkan peranan. Bagaimana ibu dan ayah melayan anak-anak dan perkataan yang digunakan. Semua ini merupakan antara faktor pendorong kepada tercapai atau tidak hasrat yang cuba dibingkaikan tadi. Maksudnya di sini, anak-anak akan banyak belajar daripada input-input yang diperoleh daripada persekitarannya dan pengalaman-pengalaman lepas.
Jika ibu dan ayah selalu menyatakan “jadi anak ibu yang soleh”, namun penekanan terhadap solat amat kurang di rumah malah ketika bermusafir, galakan baca Al-Quran juga amat minimal jadi perkara ini akan amat sukar untuk menjadi kenyataan.
Ads
Ini kerana kata-kata tadi akan hanya tersimpan dalam minda bawah sedarnya tanpa mendapat stimulasi yang betul mengenai perlaksanaan yang seharusnya sebagai seorang anak yang soleh.
Keadaan ini juga mungkin menyebabkan mindanya melakukan “pairing” yang tidak tepat antara menjadi anak soleh dengan perbuatan yang lain dan tidak termasuk sebagai kategori anak soleh malah sebaliknya. Nauzubillahiminzalik. Oleh yang demikian, apa yang kita bingkaikan harus diikuti dengan perbuatan yang menyokong kata-kata itu tadi.
Gurauan Negatif Boleh Pengaruhi Emosi
Selaku suri teladan kepada anak-anak. Maka peranan kita juga amat besar dalam membentuk keperibadian anak-anak. Selain apa yang dilakukan, perkataan yang digunakan semasa berkomunikasi dengan anak-anak juga harus ditekuni. Elakkan daripada memerihalkan anak dengan perkataan-perkataan yang negatif.
Walaupun hanya sekadar gurauan atau panggilan manja. Hakikatnya perkataan yang kita gunakan tadi memberikan pengaruh terhadap persepsinya terhadap diri dan kehidupan. Terutama bagi mereka yang sudah memahami. Apabila persepsi tersebut acap kali diterima ia akan membentuk sebuah kepercayaan dan mempengaruhi keperibadian dan tingkah laku mereka. Contohnya, jika kita kerap melabel anak kita sebagai “tidak faham Bahasa” atau “pemalas”, maka label itu akan membentu kpersepsi anak tentang dirinya sebagai seorang yang tidak faham bahasa dan pemalas. Dua perkataan inilah kelak yang akan mempengaruhi keperibadian dan tingkah lakunya.
Untuk akhirnya, bingkaikanlah masa depan anak-anak kita dengan rapi mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Insya-Allah kehidupan mereka lebih terjamin dan bahagia di dunia dan di akhirat, insya-Allah. Wallahualam.
Sumber: Dr. Nurul Asiah Fasehah Binti Muhamad (USIM)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Insiden kes kematian di rumah pengasuh bukanlah perkara baru. Ramai mak ayah yang turut menzahirkan kebimbangan untuk menghantar anak-anak ke rumah pengasuh.Sebenarnya selain, berusaha mencari pengasuh yang boleh dipercayai baik dari segi sikap dan pengalamannya dalam menguruskan anak-anak, mak ayah juga disarankan untuk mengamalkan doa tertentu sebagai salah satu usaha bertawakal kepada Nya.
Menurut perkongsian oleh Hakimie Abdul Malek,mak ayah yang tinggalkan anak dengan pengasuh, bolehlah amalkan doa yang pernah diajar oleh Almarhum Tuan Guru Ustaz Dato Dr. Haron Din ini dahulu.
Nabi Muhammad s.a.w menitipkan doa ini kepada Abu Hurairah, ketika akan berpisah dengan beliau:
Setiap anak ada perangainya tersendiri dan tak semua sama. Mungkin anak seorang bolehlah nak layan sehabis baik. Tapi macam mana kalau ada anak lebih daripada tiga orang, masing-masing ada peelnya.
Ada masa anak perangainya baik dan bila moodnya tidak baik, pujuk macam mana sekalipun tak layan. Mak-mak tak perlu nak lepaskan perasaan marah dengan menyakiti kulit mereka.
Sakit macam mana pun, ia tidak akan membantu meredakan atau mengurangkan perangainya untuk berubah. Satu kesilapan buat mak-mak. Takutnya ia akan menjadi lebih teruk lagi.
Orang cakap, anak seorang bolehlah bersabar, tapi datang lagi perangainya anak dua tiga orang lagi, boleh jadi ‘mak kau hijau’. Begitulah anak-anak.
Ada cara nak bantu mak-mak jadi ibu yang sabar. Cuba cara yang dikongsikan oleh Husna, moga mak-mak jadi ibu yang mampu menahan sabar dengan perangai anak yang sedang membesar.
1. Berlatih Sabar
Dengan mengingati Allah Insya Allah mak-mak akan menjadi peribadi yang sabar.
2. Berdoa
Selalu libatkan Allah dan mintalah kepada Allah agar menjadi mak yang sabar dan minta kepada Allah agar segala kegiatan berjalan dengan lancar.
3. Berikan Pelukan dan Ciuman
Ketika kita memaafkan diri kita sendiri, memendam emosi dan memberikan kasih sayang kepada anak, akan memunculkan rasa syukur pada diri kita.
4. Beristighfar
Istighfar adalah cara paling ampuh untuk mengendalikan emosi. Dengan istighfar, kita akan selalu mengingat Allah dan akan bersabar.
5. Ingat Bahwa Tidak Semua Perempuan Ada Di Posisi Ini
Mungkin boleh jadi kita membenci suatu keadaan, tetapi ingatlah ada yang menginginkan keadaan tersebut.
6. Syukuri Apa Yang Terjadi Saat Ini
Syukuri segala hal mampu membuatkan kita merasa lebih sabar menerima dengan lapang dada.
7. Berzikir
Amalkan zikir-zikir dalam hidup kita kerana zikir dapat membuat hati tenang dan kesabaran akan mengikuti.
8. Berpikir Positif
Berfikir positif akan membuat kita memendam emosi seperti marah, kesal, dan putus asa.
9. Mengatur Emosi
Cara mengendalikan emosi menurut Islam sangat tepat untuk menjadi solusi dalam meningkatkan kesabaran.
10. Buah Manis dari Sabar
Yakinlah bahwa dengan kesabaran kita akan mendapatkan balasan yang indah dari Allah
11. Kenali Kondisi Kita
Kenalilah kenapa kita marah agar kita mampu mencari solusi untuk diri kita sendiri dalam mengawal emosi dan bersabar. Misalnya, kerana kita lapar kita jadi pemarah, istirahatlah sejenak dan makanlah. Setelah itu barulah teruskan aktiviti.
12. Beri Pujian Pada Anak
Memberi pujian pada anak mampu membuat kita mengingat baahwa anak kita tidak selayaknya menjadi tempat luahkan emosi kita.
Yang namanya anak ada saja tingkahnya dan perangai.
Ada masa lucu, nakal, tak dengar kata tapi itulah semangat mak-mak yang mampu lalui, walaupun anak tahu perasaan mak. Selebihnya kita kena bersabar agar mengerti apa yang diinginkan oleh anak.
Malah, anak-anak ini belum tahu tentang kehidupan, perasaan mereka, mengungkapkan cinta dan sebagainya. Kita sebagai mak-mak dan orang dewasa kena tahu dan faham semua ini.
Dikutip dari Littlezam
Mingguan Wanita : Itulah mak-mak, marah tetap marah tapi sayangnya tidak pernah berbelah bagi. Anaklah segalanya bagi mak-mak.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Membina keluarga bahagia asasnya adalah peranan suami sebagai ketua keluarga dalam memimpin anak-anak dan isteri.Elok hasil didikan suami, bahagialah keluarga yang dibina. Perkongsian pesanan oleh Ustaz Ebit Lew yang merupakan seorang pendakwah dan penceramah motivasi ini, wajar dijadikan panduan buat para suami.
Berikut antara yang dikongsikan;
Sampai rumah anak saya yang bongsu setahun lebih ni cium-cium saya. Saya peluk dan terbangkannya. Bermain dan berlawan-lawan sampai dia tertidur di sebelah saya di kerusi ini. Sebak pula rasa..
Ya Allah..seperti pandangan saya pada anak ini. Itulah pandangan ibubapa saya pada saya satu waktu dulu. Dengan doa dan harapan. Ya Allah…..Indahnya rasa cinta dan sayang yang Allah kurniakan. Sambil cium anak ini. Saya pandang isteri saya. Terasa amat cinta dan sayang pada isteri dan anak-anak. Ya Allah jagakanlah bidadari dan anak-anakku.
Anak-anak dahagakan masa dengan ibubapa mereka. Bagi mereka masa bersama ialah ukuran cinta buat mereka. Love = Time..
1.Buat Suami Hargailah Isteri
Kerana bila mereka dihargai dan disayangi. Dibelai dan dipeluk suami. Aura yang sama mereka beri pada anak-anak. Dengarlah mereka. Tolonglah dengar mereka kerana Allah..Bukakanlah hati dengan memberi telinga dan hati mendengar.
Pandang mata mereka. Keletihan dan harapan mereka. Lihat yang tersirat. Doakan isteri. Picit dan urut-urut isteri. Nasihat dengan baik. Puji dan beri mereka penghargaan. Beri mereka hadiah..beri semangat. Bantu mereka. Sebenarnya mereka bantu kita. Kini mereka lebih dari tugas mereka. Kewajipan mereka.
2.Jangan Tipu & Hancurkan Perasaan Isteri
Terima kasih pada isteri. Membangunkan sebuah keluarga ialah perjuangan. Setia dan jangan tipu isteri. Jangan hancurkan perasaan mereka. Mereka sanggup urus semuanya tetapi jangan tipu atau aniaya mereka. Sekali isteri terluka lamanya hatinya ingin pulih. Kasihanilah anak-anak menjadi mangsa kerakusan nafsu dan sikap acuh tak acuh kita.
Ada orang hilang keluarga kerana bom dan nuklear. Ada orang hilang keluarga kerana sibuk cari duit. Ada orang hilang keluarga hanya kerana saja-saja dan hawa nafsu.
3.Selalulah Peluk Anak & Isteri
Ramai wanita yang uruskan anak-anak seorang diri. Ada pasangan suami isteri jumpa saya katanya anak-anaknya selalu tak dengar kata dan buat perkara yang tak patut. Mereka tak hormat kami ibubapa. Jawab saya berilah masa selalu peluk mereka. Lagi kuat kita peluk mereka lebih mereka menjadi manusia yang penyayang.
Mereka jumpa saya semula dan kata lepas selalu peluk anak mereka berubah. Lembut dan mudah dengar kata. Sekali suruh terus jalan. Lembut dan rasa kasih sayang. Anak-anak dahagakan pelukan dan kasih sayang. Sama juga mak kepada anak kita. Mereka lebih-lebih lagi dahagakan kasih sayang dan pelukan.
4.Jangan Bergaduh Depan Anak-Anak
Kita sebagai anak boleh terima kurang sempurna rumah. Tidur ramai-ramai tanpa bilik. Kenderaan atau pakaian mak ayah tak sempurna. Kurang duit. Tak dapat gadget atau permainan. Tapi tiada anak yang boleh tahan lihat mak ayah mereka bergaduh dan mak ayah yang hidup tanpa cinta dan saling memusuhi mengkhianati. Walau kita dah dewasa kita tak sanggup lihat mak ayah kita bergaduh. Inikan pula anak masih kecil.
5.Didik Anak Dengan Iman
Berikanlah hak anak-anak. Iaitu didikan iman. Dan anugerahkan mereka contoh kasih sayang dan keikhlasan dalam hidup. Biarlah mereka bina yakin dan percaya dengan Islam. Berikanlah hak mereka. Jangan bergaduh depan anak-anak. Buatlah semuanya kerana Allah. Hidupkan Ta’lim dalam rumah. Hidupkan sunnah dalam rumah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, jadikan pesanan Ustaz Ebit Lew ini sebagai panduan dalam kita membina keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah. Semoga kebahagiaan berkekalan didalam rumahtangga kita.
Abby dedah perkahwinan dengan Norman terbina dek kerana lelaki itu kecewa dengan wanita lain.Konflik keluarga Abby Abadi belum berkesudahan, terbaru pelakon itu mendedahkan perkahwinannya...