Hari ini, merupakan hari pertama sesi persekolahan untuk anak-anak tahap 1 iaitu dari darjah 1 hingga 3. Bila dah lama tak bersekolah, perasaan mak ayah.. macam nak hantar anak masuk sekolah semula emosinya.
Sejak semalam, persediaan sudah pun dilakukan. Kali ini, lebih berganda; siapkan sanitizer, topeng muka, kain lap kerusi meja malah bekalan untuk anak-anak. Guru-guru pun bersiap sedia dengan peralatan sukat suhu dan pelbagai SOP yang pertlu dipatuhi.
Bak kata guru ini, Pe Chey tak mudah sebenarnya nak melaksanakan SOP yang ditetapkan untuk anak-anak tahap 1 ini.
Baca sini : Semak 8 perkara penting kena buat, sebelum anak mula bersekolah.
Bila mana ada yang bertanya,
“Cikgu, macam mana hari pertama anak didik tahap 1 sekolah hari ini?”
Ada ibu bapa tanyakan aku tadi.
“Sukar nak laksanakan penjarakan sosial, terutama anak Tahun 1 yang masih kurang faham apa itu penjarakan sosial.”
Itu jawapan jujur aku sebagai guru.
Biar apa pun SOP yang dirancang, perlaksanaannya tidaklah semudah di atas kertas. Ia sebenarnya sangatlah mencabar.
Dan inilah pandangan peribadi yang Cikgu Pe Chey kongsikan daripada hasil pertama persekolahan anak-anak murid tahap 1 di sekolahnya. Semoga, sedikit sebanyak dapat beri guideline pada mak ayah untuk memahami situasi persekolahan anak-anak di musim pandemik Covid-19 ini.
8 Perkara Mak Ayah Perlu Tahu, Anak-anak Tahap 1 Lalui Di Sekolah
Hari pertama pembukaan sekolah untuk murid tahap 1, aku kongsikan dapatan yang aku perhati dan perolehi hasil sesi hari ini :
1. Sukar untuk mematuhi SOP terutama tentang penjarakan sosial kerana ruang terhad. Baik di dalam sekolah, apatah lagi waktu balik, ramai ibu bapa berkerumun menunggu anak. Kegagalan, baik murid dan ibu bapa dalam memahami arahan ini bakalengundang bencana tak diingini.
2. Pihak sekolah cuba menjarakkan murid, namun murid berhimpit di dalam van sama ada waktu datang atau balik. Situasi ini sangat menggerunkan jika berlaku jangkitan. Perlukan tindakan drastik daripada pihak berkuasa.
3. Masih ada murid yang tidak sihat, tapi masih tetap datang ke sekolah. Ini memerlukan keprihatinan ibu bapa supaya anak tidak terdedah kepada jangkitan penyakit. Kasihan anak sendiri, dan cuba fikirkan masib anak orang lain juga sebenarnya. Begitulah.
4. Galakkan anak bawa bekalan makan/minuman dari rumah ekoran kekangan tenaga penghantar makanan dari kantin ke kelas. Biar pengusaha kantin mahu pun guru cuba membawa ke kelas, ia sangat mengambil masa. Anak makan di dalam kelas ye semua.
Mohon Mak Ayah Fahami Kesulitan Ini..
5. Didik anak kerap mencuci tangan agar kebersihan dapat dijaga. Tadi, aku picitkan sanitizer ke tangan anak murid, biar pun di setiap tingkat kelas, pihak sekolah menyediakan paip air untuk cucian tangan.
6. Tugas guru bertambah ekoran kerja-kerja seperti mengambil suhu, catat kehadiran, menjarakkan murid dan menghantar makanan menyebabkan kami agak terganggu dalam kerja hakiki. Setiap masa perlu perhatikan murid dan bantu mereka dalam banyak hal. Mohon para ibu bapa memahami akan kesulitan yang timbul ekoran pematuhan SOP yang kami perlu laksanakan.
7. Tahniah kepada ibu bapa yang telah memahamkan anak mereka tentang apa yang perlu dilakukan. Ramai tadi yang memakai facemask dan membawa sanitizer sendiri. Tugas aku tadi, mengingatkan mereka agar menjaga barangan tersebut dan menggunakan sebaiknya dan jangan buang merata.
Tujuh dulu aku kongsikan. Semoga apa yang dikongsikan ini dapat dijadikan peringatan sesama kita. Sharekan jika perkongsian aku ini dirasakan bermanfaat untuk ingatan semua.
#NfI
22 Julai 2020 , tarikh yang sangat bermakna dalam sejarah pendidikan negara kita. Doakanlah agar pandemik berlalu segera.
Sumber/Foto : Pe Chey * Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI