Lumrahnya, prinsip perkahwinan adalah tanggungjawab, namun bila isteri yang tanggung keluarga jadi apa fungsi suami?

Perkara ini bukanlah cerita rekaan, malahan ada sahaja pasangan yang membiarkan isterinya menanggung itu dan ini tanpa rasa bersalah.

Jika suami sakit atau tidak berkemampuan itu lain cerita, ini tidak seolah-olah suami lari daripada tanggungjawab.

Bila Isteri Tanggung Keluarga

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya:

Isteri “tanggung” keluarga…

Suami ada, suami sihat, suami hidup… Si isteri tak jadi janda lagi, tapi si isteri lah yang “tanggung” keluarga…

Makin hari, makin banyak kes isteri yang kena tanggung keluarga… Isteri yang keluar cari rezeki, isteri yang bayar itu ini.

Isteri yang buat kerja rumah, isteri yang urus anak-anak… Pendek kata, kehidupan rumah tangga itu, bebannya banyak ke bahu isteri berbanding suami…

Itu Ini Isteri, Jadi Apa Fungsi Suami?

Jadi apa fungsi suami…?

IKLAN

Ini satu persoalan… jawapannya, kena tanya diri sendiri…

Prinsip perkahwinan dan batu asas dalam setiap rumah tangga ialah tanggungjawab…

Bila seorang lelaki memilih untuk berkahwin dan mendirikan rumah tangga, maka dia kena bertanggungjawab ke atas diri wanita yang dijadikannya isteri…

Baca Juga Di sini:

Suami, Jangan Letak Semua Tanggungjawab Jaga Anak ‘Atas Kepala’ Isteri

IKLAN

Walau Tak Kaya, Anak Sihat Dan Suami Bertanggungjawab Juga REZEKI

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Prinsip Perkahwinan Adalah Tanggungjawab

Tanggungjawab dari segi penyediaan tempat tinggal, tanggungjawab dari segi memberi makan minum, tanggungjawab dari segi pakaiannya, tanggungjawab dari segi batinnya…

Ianya menyeluruh…cover semua… Kebajikan isteri itu, dari hujung rambut sampai hujung kaki…

Bukan bila sudah bagi tempat tinggal, maka yang lain-lain isterilah pula kena buat…

IKLAN

Bukan bila sudah bagi makan minum, yang lain-lain isterilah kena tanggung… Tak selesai tanggungjawab kalau buat satu saja, pastu kira macam sudah buat semua…

Jangan Sampai Berhutang Tanggungjawab

Masih “berhutang” lagi tanggungjawab serta kewajipan yang lain pada isteri… Itu hak yang patut dia dapat bila mana dia sendiri sudah menjalankan tanggungjawab serta kewajipan dia sebagai seorang isteri…

Benda ini, bukanlah jadi “tak manis” dipandang orang ke, apa ke…

Bila kita letak sesuatu itu pada tempat yang tak sepatutnya, maka itu tak adil… Itu sudah jadi satu penganiayaan, itu sudah jadi satu kezaliman…

Dosa kalau kita menganiayai isteri dalam perkahwinan… Dosa kalau kita biar isteri buat apa yang sepatutnya kita buat dalam rumah tangga…

Jadi, tolong cakna dengan tanggungjawab serta kewajipan suami… Buat apa yang sepatutnya suami buat, tunai apa yang sepatutnya suami tunai… Jangan biar isteri “tanggung” keluarga…Prinsip Perkahwinan Adalah Tanggungjawab, Bila Isteri Tanggung Keluarga Jadi Apa Fungsi Suami?

MW: Sebagai suami dan ayah, lelaki harus peka dengan tanggungjawab sebenar selepas mendirikan rumah tangga dan memiliki keluarga. Memang tak mudah tapi jika seorang suami mengutamakan tanggungjawabnya dalam segala hal, insyallah rumah tangga akan bahagia.

Sumber: Firdaus Shakirin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI