Suami Lebih Rendah Rezeki Jadi Murah, Inilah 4 Keunikan Jodoh Yang Allah Tentukan

Ada pasangan yang suaminya sama tinggi dengan isteri. Kebanyakannya suami lebih tinggi daripada isteri. Tapi macam mana pula jika suami lebih rendah daripada isteri. Pasangan begini ada dalam dunia ini dan itulah uniknya hubungan cinta yang tuhan tentukan jodohnya.

Kata orang bila suami lebih rendah rezekinya lebih murah. Baik dalam hubungan rumah tangga mahupun soal kerjaya. Dikatakan suami akan jadi lebih menyayangi dan memahami pasangannya. Sifat ‘caring’nya juga lain macam. Baik suami tinggi atau rendah, masing-masing ada kelebihan yang tersendiri.

Kelebihan Berpasangan Suami Lebih Rendah

1.    Seorang Yang Terus Terang

Suami yang sebegini biasanya sikapnya lebih tegas. Sudah pasti dia tidak mahu kelihatan lebih kurang berkeyakinan daripada pasangannya. Jadi, dia perlu menonjolkan kelebihan yang dia ada. Sebab itulah dalam hal berkomunikasi, dia lebih mendominasi.

Tetapi tidak bermakna dia mengongkong, cuma dia akan lebih bersikap tegas dengan pendiriannya. Dirinya juga tidak ambil peduli dengan pandangan sekeliling. Apabila hatinya sudah mencintai pasangannya, cintanya itu akan kekal sampai bila-bila.

2.    Rajin Serba Serbi

Dalam urusan rumah tangga, pastilah lelaki yang akan mengambil pusing perihal kewangan. Peranan isteri adalah menguruskan anak-anak. Lelaki rendah biasanya rajin bekerja dan ligat baik di mana saja. Dia tidak akan menyusahkan pasangannya. Dia akan memastikan dirinya kelihatan lebih berjaya daripada pasangannya.

Sebab itu, biar apa pun dirinya akan kelihatan gigih bekerja demi kebahagiaan anda. Dia juga tidak mahu pasangannya kelihatan sedih. Pasti dia akan melindungi isteri daripada pandangan mahupun kata-kata kurang enak tentang dirinya. Sebab itulah kejayaan dirinya adalah lambang kebahagiaan sekali gus menepis kata-kata kurang enak orang sekeliling tentang perbezaan dia dan isterinya.

3.    Keyakinan Diri Yang Tinggi

Biarpun orang memandang rendah dengan kemampuannya, dia tidak peduli. Sikap percaya diri begitu teguh sekali. Sebab itulah dia akan membuatkan pasangannya kelihatan lebih menarik. Dia tidak kisah andai pasangannya lebih menonjol dari dirinya.

Beruntunglah anda, kerana suami anda itu akan mendorong minat anda dengan sepenuh jiwa. Jika anda sukar melaluinya dia tidak berputus asa dan memberikan galakan.

4.    Ada Kredibiliti Tersendiri

Lelaki yang lebih rendah daripada pasangannya ini karakternya seorang yang mudah mengawal perasaan marahnya. Mereka tak mudah melenting, sebaliknya lebih bertanggungjawab dan prihatin dengan kesukaran pasangan.

Dia tidak akan menyusahkan anda dengan hal-hal yang memberatkan pasangannya. Walaupun ada ketikanya dia akan menjadi seorang yang sensitif, namun cara terbaik adalah meningkatkan kasih sayang di antara pasangannya.

3 Cara Ini Buat Suami Sayang Anda Ketat-ketat

1.    Sebelum keluar rumah atau pergi ke tempat kerja, berikan pelukan mesra dengan suami atau isteri. Tak perlu lama, cukup untuk menyatakan rasa kasih atau melepaskan kelelahan akibat sepagi menguruskan anak-anak.

2.    Salam tangan suami sebelum melangkah ke pejabat. Ambil berkat daripada keizinanNya yang membenarkan anda bekerja. Biar setinggi mana pun pangkat anda, restu suami adalah yang paling utama.

3.    Saling mendoakan pasangan. Baik ketika dalam solat mahupun ketika melakukan kerja-kerja rumah. Isteri yang taat tidak akan sanggup membiarkan suami berasa susah dengan sikapnya yang degil dan tidak mendengar kata.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI