Sejak 7 hari lalu, puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39 cuma memiliki nama timang-timangan. Malam tadi, bersempena majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik puterinya itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami mengumumkan kepada hadirin pilihan nama anak sulung mereka adalah Siti Aafiyah Binti Khalid Mohd Jiwa.
Sebelum ini Ibu dan ayahnya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, 59 memanggil Siti Aafiyah dengan nama gelaran Fatimah Az-Zahra bersempena nama puteri rasulullah SAW. Malah panggilan manja, Comel Pipi Merah turut digelar ibunya yang juga penyanyi tersohor negara.
“Selepas saya hamil, kami mula mencari nama yang paling sesuai. Ilham nama ini diperoleh ketika di Tanah Suci Makkah. Di sana, doa pendek inilah yang sering suami saya nampak.
Nama Ilham Dari Tanah Suci Makkah
Doa yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah, Allahumma inni asaluka al’afiyah (Ya Allah, aku meminta kepada kamu ‘afiyah).
Afiyah ini membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, untuk menjadi sihat, kita berada dalam afiyah, untuk mempunyai wang , kita berada dalam afiyah, untuk hidup, kita berada dalam afiyah, untuk mempunyai anak-anak kita dilindungi, kita berada dalam afiyah. Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam ‘afiyah.
Ads
“Kemudian, suami saya tanya sama ada setuju atau tidak memberikan nama Aafiyah. Nama itu membawa segala-gala maksud yang baik-baik.
“Dalam masa yang sama saya memikirkan nama yang dicadangkan suami. Tak sangka, setiap hari dekat handphone doa-doa yang diupdate pada saya adalah doa yang memang menyebut tentang aafiyah.”
Daripada situlah tercetusnya, beliau dan suami memilih Siti Aafiyah Binti Khalid Mohd Jiwa sebagai nama yang diberikan kepada permata sulung mereka.
Akui Siti lagi sepanjang 7 hari ini, dia memanggil anaknya dengan nama Fatimah Az-Zahrah. Memandangkan nama Siti Aafiyah pun sudah melekat di hati, ada ketikanya dia memanggil puterinya itu dengan panggilan Aafiyah,
“Bila panggil Fatimah Az-zahrah pun dia senyum, panggil Siti Aafiyah pun dia senyum. Ternyata dia bayi yang suka senyum.” Ulas beliau lagi, beliau akan memanggil anaknya dengan nama penuh memandangkan nama itu adalah doa.
“Biar dia dapat maksud doanya dan saya yang memanggil pun dapat juga.” Datuk Seri Siti Nurhaliza juga lebih selesa jika membahasakan dirinya sebagai ibu. Agar lebih mesra dan lembut.
Ads
Jadi Ibu Hamil & Melahirkan Pengalaman Yang Sangat Nikmat
Dalam pada itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza sempat merakam perasaan indah sebaik bergelar ibu.
“Alhamdulillah, Allah perkenankan doa selama 11 tahun. Setiap detik, setiap waktu tak pernah saya lupa memohon pada Allah agar diberi pengalaman untuk menjadi seorang ibu, merasai pengorbanan seorang ibu.
“Syukur pada ibu yang melahirkan saya, ibu mentua yang telah melahirkan suami saya. Ini adalah anugerah yang sangat terindah dalam hidup saya.
“Pengalaman jadi ibu hamil dan melahirkan pengalaman yang sangat nikmat. Walaupun sewaktu melahirkan ada komplikasi, Allah mudahkan segalanya.”
Majlis tahnik dan aqiqah puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid ini disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakri yang bertempat di kediaman pasangan suami isteri ini.
Ads
“Terima kasih yang tak terhingga kepada para ulama yang dihormati dan sanjung, Dato Mufti Wilayah Persekutuan, guru-guru agama kami yang sentiasa menasihati dan membimbing keluarga kami. Begitu juga dengan sahabat, saudara mara tercinta sepanjang saya hamil sehingga saya melahirkan.
“Doakan yang terbaik untuk saya menjadi ibu, isteri, anak malah menantu yang baik untuk anak, suami dan seluruh keluarga.” Akhiri Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam ucapannya malam tadi.
Usia 48, Aishwarya Rai Makin Langsing Mengalahkan Anak Dara. Tak sangka umur Aishwarya Rai sudah 48 tahun ya, tetapi melihat penampilannya anggun, cantik dan langsing ternyata langsung tak makan dek umur.
Usia 48, Aishwarya Rai Makin Langsing Mengalahkan Anak Dara
Seperti yang diketahui peminat, sebelum ini pelakon jelita Bolyywod ini pernah dikritik kerana tubuh badannya yang agak berisi.
Namun kini Aishwarya tampil lebih langsing. Seperti mana perkongsian portal Times of India, Aishwarya memberitahu, dirinya mengamalkan diet ringan dan melakukan aktiviti kecergasan. Selain itu dia juga mengamalkan jus lemon suam bercampur madu yang diambil setiap pagi.
Bekas ratu cantik dunia dan juga isteri kepada Abhishek Bachchan itu juga kelihatan semakin menawan.
Jus Lemon Suam Bercampur Madu Setiap Pagi
Mendedahkan antara rahsia kecantikan diri Aishwarya mengamalkan diet ringan dan melakukan aktiviti kecergasan.
Dia juga mengurangkan pengambilan makanan bergoreng dan nasi. Walau tidak mampu meninggalkan menu kegemarannya iaitu masakan kari ikan dan ayam ala Mangalore dirinya terpaksa buat begitu untuk kekalkan kelangsingan badan.
Pada masa sama, Aishwarya juga rajin mengamalkan jus lemon suam bercampur madu yang diambil setiap pagi.
Amalan tersebut dikatakan banyak membantu beliau menurunkan berat badan selain aktif mengamalkan yoga.
Terima Kritikan Secara Terbuka
Kini hidup bahagia disamping keluarga tercinta suami dan anaknya Aaradhya Aishwarya akui sukar menurunkan berat badan selepas melahirkan anak.
Malah dirinya juga sebelum ini sering menerima kritikan namun dia tidak mudah melatah.
“Mungkin mereka yang berbuat demikian berasa bahagia dan punya banyak masa untuk menjatuhkan orang lain.
“Justeru, tidak perlu peduli tentang itu. Biarkan mereka bantu diri mereka sendiri,” ujarnya.
Aisyah Hijanah stres & kurang selera makan. Seperti mana yang diketahui umum isu kontroversi rumah tangga yang dilalui oleh pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah mendapat perhatian umum.
Untuk rekod, beberapa hari lalu suami Aisyah, Alif Teega telah membuat pengakuan berpoligami. Alif dan Aisyah telah mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata manakala Aisyah juga kini sedang hamil lima bulan.
Aisyah Hijanah Stres & Kurang Selera Makan
Dek kerana isu kontroversi yang melanda rumah tangganya, Aisyah seperti mana yang dikongsi menerusi akaun Instagram Storiesnya meluahkan isu tersebut bukan saja mengganggu emosinya, malah turut memberi kesan kepada bayi dalam kandungannya.
Wanita kuat tersebut baru sahaja melakukan pemeriksaan kesihatan dan memaklumkan saiz bayi dalam kandungan tidak normal dan agak kecil daripada usia kehamilan.
Selain tertekan berdepan isu berkenaan, Aisyah berkata faktor tubuh badan kecil dan kurang selera makan juga menjadi punca anak dalam kandungannya tidak membesar.
“Bayi agak kecil daripada umurnya. Mungkin banyak faktor (iaitu) badan saya yang kecil, stres sepanjang isu dan kurang selera makan,” tulis Aisyah.
Mahu Jernihkan & Murnikan Keadaan Yang Berlaku
Wanita yang berhati lembut itu juga menerangkan dia mahu menjernihkan dan memurnikan keadaan yang sedang berlaku.
“Tujuan saya menulis kali ini adalah untuk menjernihkan dan memurnikan keadaan yang sedang berlaku.
“Pertama sekali, saya berterima kasih buat semua yang ambil berat dan memberi kata-kata motivasi. Semoga dengan motivasi kalian, Allah memberikan kemudahan dan kebahagiaan buat kalian semua. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik.
“Atas komitmen saya kepada syarikat, saya tetap perlu membuat ‘live’ seperti biasa. Saya mohon netizen untuk memberi ruang dan tidak bertanya mengenai isu yang terjadi dikhuatiri situasi akan bertambah besar,” katanya.
Hadiah Untuk ‘Teman Wanita’, Budak Prasekolah Bawa GELANG EMAS Mak Ke Tadika! Anak-anak kecil memang mempunyai pelbagai kerenah dan ragamnya. Apa yang dilihat, itulah yang dijadikan contoh.
Satu klip video yang menunjukkan seorang budak lelaki China mengaku membawa gelang emas ibunya ke tadika untuk diberikan kepada kekasih hatinya, menjadi tular di internet, lapor portal berita Thaiger hari ini.
Bawa Gelang Emas Ibu Ke Sekolah
Dalam klip itu, seorang budak lelaki dilihat mengaku kepada ibunya bahawa dia membawa barang kemas milik wanita berkenaan berharga hampir AS$1,540 (RM6,892) ke sekolahnya.
Si ibu tertawa ketika ‘menyoal siasat’ anaknya. Klip video itu mencuit hati ramai netizen dan mencetuskan sensasi di media sosial.
Si ibu berkata, seorang guru memberitahu tentang tindakan anaknya selepas dia melihat kanak-kanak tersebut membawa gelang emas itu ke tadika berkenaan di Wilayah Autonomi Mongolia, pedalaman China.
Menurut ibunya itu, dia terperanjat dengan tindakan anaknya.
Hadiah Untuk Teman Wanita
Gelang emas itu adalah hadiah daripada bapa kanak-kanak itu kepada ibunya.
Apabila ditanya mengapa dia membawanya ke sekolah, budak lelaki itu menjawab bahawa dia ingin memberikannya kepada teman wanitanya sebagai hadiah.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...