Enam Hari Dirawat, Anak Yatim Piatu Tiada Gajet, Al-Quran Jadi Peneman

Ketika cerita ini dikongsi, anak yatim piatu #anaktahfiz seusia 11 tahun ini sudah pun keluar dari hospital dan disahkan pulih, negatif dari virus Covid-19.

Sepanjang diwadkan di hospital, anak tahfiz ini sama seperti pesakit yang lain, perlu diasingkan. Duduk sendirian tanpa siapa pun menemani. Dia tiada pun gajet di tangan, cuma Al-Quran menjadi penemannya sepanjang berada di wad isolasi.

Sendirian di dalam bilik kuarantin, keadaan anak yatim piatu yang dikenali dengan nama adik Alhan mengundang sebak di hati petugas pengurusan sisa klinikal hospital bernama Mohd Irman Mat.

Enam Hari Dirawat, Anak Yatim Piatu Tiada Gajet, Al-Quran Jadi Peneman

Tiada Gajet, Hanya Bertemankan Al-Quran

Alhamdulilah.. hari ini adik Alhan #anaktahfiz dah boleh discharge selepas berada di sini lebih kurang 5 ke 6 hari. Sebelum itu di Hospital Pasir Mas, 10 hari kerana suspek jangkitan Covid-19. Syukur pada mu ya ALLAH.”

Kali pertama melihat adik Alhan di dalam bilik kuarantin, perasaan Mohd Irman bertukar sayu. “Manakan tidak sedih, tengok seorang budak umur 11 tahun duduk keseorangan tanpa kedua ibu bapa.”

Pesakit ini juga tidak mempunyai gajet, hanya bertemankan Al-Quran.

IKLAN

Mula-mula sekali perkataan yang dituturkan.. Puas abe!

Faham akan risiko berdepan pesakit Covid-19, Mohd Irman cuma ambil masa sekejap berbual dengan adik Alhan.

Tanya ibu bapanya duk mana.. dia senyap. Nampak lain muka dia. Aku cuba risik tanya ore-ore. Rupanya adik Alhan ini anak yatim piatu.”

Baca sini : Pesakit tahfiz Covid-19 tetap solat berjemaah dalam wad, jarak 1 meter

IKLAN

Adik Alhan Gembira, Dah Boleh Keluar Hospital

Lepas pada tu, setiap hari pagi dan petang bila aku masuk melakukan kerja mengutip sisa klinikal. Aku meluangkan sekejap masa 5 ke 10 minit untuk berbual dengan adik Alhan.

Kadang-kadang saja Mohd Irman bertanyakan makanan yang diinginkan adik Alhan. “Jarang-jarang sekali bertanya dia ada nak makan gapo. Aku cuba gi beli ko dia, walaupun aku pun bukan berkemampuan. Tapi boleh la berkongsi sedikit rezeki.”

Hari ini, bila aku masuk mengutip sisa klinikal.. aku tengok dia gembira. Rupa-rupanya dia dah boleh keluar.”

Staff hospital ini tahu anak kecil itu sudah bebas dari Covid-19, jadi dia memberanikan diri memberikan adik Alhan telefon bimbitnya. Dapatlah anak itu berbual dengan ustaznya yang juga suspek Covid-19. Tetapi diwadkan di wad yang berbeza.

IKLAN

InsyaAllah dik, semoga kita dapat berjumpa lagi di luar.” Kongsi Mohd Imran.

Dalam pada itu, petugas barisan hadapan ini menegaskan perkongsiannya itu bukan mahu mengaibkan adik Alhan. Bukan juga untuk menjadikan dirinya dihormati.

Tapi sekadar perkongsian untuk kita bersama.”

“Cuba kita bayangkan anak itu, anak kita yang tak pernah berpisah dengan kita. Terpaksa hidup keseorangan kerana virus Covid-19 yang kita pandang remeh.”

Jadi TURUTILAH ARAHAN #PKP #STAYATHOME #KITAJAGAKITA #FIGHTCOVID19 #PRAY4MALAYSIA

MW : Ini cuma secebis kisah adik Alhan yang dikongsikan. Ramai lagi sebenarnya anak-anak kecil yang terpaksa berpisah dari ibu bapa kerana virus Covid-19 ini. Teruslah prihatin dan ikut arahan #DudukRumah untuk 2 minggu lagi.

Sumber/Foto : Mohd Irman Mat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI