Kredit foto: Astro Awani

Betapa luluhnya hati seorang ibu apabila tiga anaknya perlu dikuarantin gara-gara Covid-19. Daripada tiga beradik itu, yang paling besar baru berusia 9 tahun, di fikiran tentu bermacam-macam sang ibu fikirkan.

Namun Allah Maha Penolong, ketika anak-anak ini dikuarantin, abang yang berusia sembilan tahunlah yang membantu adik-adiknya yang lebih kecil iaitu tujuh dan enam tahun yang sama-sama turut dikuarantin.

Dia ambil tanggungjawab menjaga adiknya. Lebih-lebih lagi ketika makan, dialah yang menyuap adik-adik makan. Kemudian setiap kali adik menangis dia akan mengajak mereka bermain.

Baca sini:

Pesakit Dengan Keadaan Paru-Paru Kronik Perlu Elak Covid-19, Amal Langkah Pencegahan!

Jujur Bila Ke Luar Negara, Balik Buat Ujian Covid-19, Atau Kuarantin 14 Hari

IKLAN

Dikuarantin Tanpa Ibu, bapa

Usianya baru mencecah sembilan tahun namun terpaksa menggalas tanggungjawab sepanjang berada di pusat kuarantin bersama dua adiknya tanpa ditemani ibu bapa.

Itulah yang terpaksa ditempuhi Hussain Izzuddin Che Mamad selepas dimasukkan ke Pusat Kuarantin COVID-19 Marang (PKCM) di sini.

IKLAN

Hussain bersama dua lagi adiknya, Hassan Nasruddin, 7 tahun, dan Ali Akimuddin, 6 tahun, ditempatkan di pusat kuarantin itu sejak 7 April lalu selepas mempunyai kontak dengan individu dalam siasatan (PUI) melibatkan kes di sebuah pusat tahfiz di Pasir Putih, dekat sini.

Menurut pelajar tahfiz itu, sepanjang berada di pusat kuarantin itu, dia bertanggungjawab menjaga dan menguruskan dua adiknya itu. Katanya, jika adiknya menangis dia akan memujuk dan mengajak mereka bermain karom dan dam.

Jelasnya, jika mereka merindukan kedua orang tuanya, dia dan adik-adiknya akan menelefon keluarga yang berada di Paka, Dungun, serta berdoa bagi mengubat kerinduan itu.

Saya sedih sebab emak tiada (di sini). Dua minggu di sini, namun masih boleh keluar, boleh makan banyak, boleh main, sembahyang dan mengaji dan baca buku.

“Kalau adik menangis, saya kena pujuk, selepas itu saya suap makanan dekat adik-adik,” katanya.

IKLAN

Tak Lupakan Ibu & Sentiasa Doakan Ibu

Dalam pada itu, Hassan berkata, dia sentiasa berdoa ibunya selamat selain melakukan rutin harian seperti mengaji dan bermain bersama abang dan adik.

Ketiga-tiga beradik itu dibenarkan pulang pada Isnin selepas bebas dari wabak COVID-19.

Jelas Hussain, sepanjang berada di pusat kuarantin itu, dia dan dua adiknya memenuhi masa terluang dengan mengaji al-Quran dan bermain untuk menghilangkan rasa rindu kepada keluarga.

Selain itu, mereka juga rindu untuk bertemu dengan orang tuanya namun terpaksa dipendamkan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Sumber: Astro Awani

MW: Semoga ujian ini menjadikan anak-anak ini semakin kuat menghadapi hidup di masa akan datang. Di samping itu diharap Covid-19 segera pergi dan keluarga yang terpisah kembali bersatu. Insyallah. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI