Hari ini hari lahir, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Setiap orang pasti inginkan hadiah yang istimewa sempena hari ulangtahun kelahiran.
Bagi hero negara ini, beliau hanya inginkan rakyat Malaysia terus kekal di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi sempena ulangtahunnya yang ke- 57.
MW mengucapkan selamat ulangtahun kepada Datuk Dr Noor Hisham yang telah mengorbankan masa dan tenaga demi memerangi virus Covid -19. Semoga Allah melindungi Datuk Dr Noor Hisham.
Hadiah Hari Jadi
Sempena hari jadi saya esok, 21 April, hadiah paling istimewa untuk saya ialah, kalau boleh rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi.
Demikian ungkap Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sambil tersenyum.
Ads
Ketua Pengarah Kesihatan itu yang menjadi tumpuan media dan rakyat Malaysia sejak wabak koronavirus (Covid-19) melanda dunia, genap usianya 57 tahun pada Selasa, 21 April.
Saban hari, kemunculan anak kelahiran Sepang, Selangor itu di kaca televisyen pada 5 petang, sentiasa dinanti-nantikan bagi mendapatkan maklumat perkembangan mutakhir Covid-19 dan hal berkaitan.
Gembira Dengan Khabar Positif Covid-19
Menjelang hari ulang tahun kelahirannya, Dr Noor Hisham membawa khabar positif wabak Covid-19 apabila menyatakan jumlah kes positif baharu dicatatkan Malaysia pada Isnin adalah yang terendah sejak 12 Mac lepas dengan 36 kes dan tiada kematian dilaporkan.
Ads
Ketika ditemui Bernama, Ketua Pengarah Kesihatan itu menyampaikan pesanan meminta semua rakyat Malaysia kekal di rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai hadiah hari lahirnya dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak yang telah meragut ratusan ribu nyawa di dunia.
Disenarai antara tiga doktor terbaik dunia dalam menangani situasi Covid-19, Dr Noor Hisham menyifatkan permintaan itu adalah antara hadiah hari lahir paling bermakna buatnya.
Dua lagi doktor yang disenarai rangkaian televisyen China Global TV Network (CGTN), ialah Dr Anthony Fauci daripada Amerika Syarikat dan Dr Ashley Bloomfield daripada New Zealand.
Ads
Dinobat Sebagai Doktor Terbaik
CGTN menyatakan, ia “menobatkan” Dr Noor Hisham sebagai antara doktor terbaik di dunia berikutan pendekatannya yang berterus-terang dan tenang dalam mengendalikan wabak Covid-19 di Malaysia.
Jelas CGTN, sebelum ini tidak ramai yang mengenali Dr Noor Hisham dan dua lagi tokoh berkenaan, namun mereka kini menjadi sumber maklumat paling ‘dipercayai’ bagi pandemik itu di negara masing-masing.
Dr Noor Hisham, yang juga pakar bedah berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 1 Mac 2013 menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.
Sumber: Bernama
MW: Sesungguhnya pengiktirafan Dr Noor Hisham sebagai antara doktor terbaik di dunia menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Syabas Datuk!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap hari lambakan kes bayi dibuang merata-rata dengan cara yang cukup menyayat hati.Ada yang dibuang di tong sampah, dibunuh kejam dalam lubang tandas, ditinggalkan dalam semak digigit semut dan binatang liar.
Dilahirkan berpunca akibat terlanjur berzina, mangsa rogol dan sebagainya. Kebanyakan mangsa mungkin takut, malu, buntu atau tidak tahu tempat untuk dituju ‘membuang’ bayi dengan selamat. Menerusi tempat perlindungan ‘baby hatch’, bayi-bayi ini dapat diselamatkan sekaligus memberi kehidupan lebih baik buat mereka.
1. Boleh bawa bayi tersebut ke Pusat Kebajikan ORPHANCARE yang ada di Petaling Jaya, Johor Bahru dan Sungai Petani.
2. Tak perlu jumpa sesiapa, luar garaj rumah ada ‘baby hatch’.
3. Masukkan bayi, PENTING isi nama dan warganegara bayi pada borang yang disediakan.
4. Identiti maklumat dirahsiakan dan bayi selamat.
5. Bayi akan dijaga dan diambil sebagai anak angkat bagi pasangan yang memerlukan.
Senarai ‘baby hatch’ di Malaysia
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Perlu ingat, baby hatch ini bukanlah menggalakkan penzinaan. Sebaliknya ia membantu bayi yang tidak berdosa ‘dibuang’ dengan selamat berbanding dibuang merata-rata dengan cukup menyayat hati. Bayi tersebut dapat diselamatkan, diberikan kehidupan kerana ramai pasangan suami isteri yang tiada anak memerlukan mereka.
Sila kongsikan maklumat ini, semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang memerlukan, sekaligus menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa!
Juruterbang penuhi impian ibu ke Makkah, nota digantung di dada ketika kecil jadi inspirasi. Setiap kata-kata seorang ibu adalah doa buat anak-anaknya.
Ia terus tembus ke langit. Sebab itulah ibu-ibu disaran berkata yang baik-baik kepada anak-anak kerana kebaikan menjadi doa, keburukan juga menjadi doa.
Pasti seorang ibu ingin melihat anak-anak tumbuh menjadi seorang yang sangat berguna kepada agama dan keluarganya. Dan ternyata impian seorang ibu yang mahu melihat anaknya menjadi seorang juruterbang dan membawanya terbang ke Makkah benar-benar menjadi kenyataan.
Dikongsi dari twitter @amirrashidwani dipaparkan seorang juruterbang menulis, ketika kecil ibu telah menggantung satu nota di dadaku.
Tulis ibunya, “ketika kamu menjadi pilot, bawa aku ke Makkah dengan pesawat diterbangkan olehmu.
Tulis pilot ini, “hari ini ibuku menjadi salah seorang musafir ke Tanah Suci Makkah dan saya adalah pilot penerbangan itu,” yang mana tweetnya menerima lebih 20,000 tanda suka.
Kata mereka, betapa doa seorang itu makbul di mana impian untuk melihat anak menjadi juruterbang dan terbang menuju ke Makkah al Mukaramah benar-benar menjadi impian.
Ya, pasti sang ibu benar-benar bangga kerana impian melihat anaknya mencapai impian membawanya ke Makkah terlaksana. Dan sebagai anak, kita pasti membuat sesuatu agar impian dan doa mak ayah berjaya dicapai.
Terasa sebak di hati menatap gambar yang dikongsikan guru ini, Zuraini Khair. Sekeping gambar tentang bekas anak muridnya yang mengimamkan solat jenazah ayah nya.
Anak lelaki ini baru berusia 16 tahun. Betapa kuat dan cekalnya hati anak berdepan ujian kehilangan ayah tercinta. Ketika dirinya sedang bergelut dengan peperiksaan di sekolah.
Tentulah pelbagai emosi sedang bergelut dalam hati anak remaja ini. Namun, dia berjaya melaksanakan bakti terakhir untuk seorang ayah yang bakal menempuh perjalanan akhir bertemu sang pencipta.
Anak Hebat, Umur 16 Tahun Imamkan Solat Jenazah Ayah
Hebat
anak ini.
Usianya 16.
Bapanya dijemput Ilahi ketika sedang bergelut dengan Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Pagi itu, dia berikan khidmat terbaik
Khidmat unggul sebagai anak bongsu dalam keluarga.
Mengimami solat jenazah buat bapa tercinta.
Bukan biasa-biasa bagi pelajar seusia di sekolah biasa.
Dia lahir daripada ibu bapa hebat yang luar biasa.
Semoga anak soleh ini terus cemerlang dunia akhirat.
Kongsi guru ini lagi, anak lelaki seusia 16 tahun ini merupakan bekas anak muridnya. Dari sekolah lama tempatnya mengajar di SMK Tan Sri Mohamad Rahmat.
“Saya telah berpindah ke sekolah lain setelah 18 tahun di sana.”
Maklum guru ini lagi, dia dan ibu anak itu berkawan baik. Gambar yang diterimanya itu adalah kiriman daripada rakannya itu yang berkongsi kesedihan dalam masa sama rasa syukur di atas bakti terakhir seorang anak.
“Ibunya yang berikan kepada saya gambar tersebut.” Jelasnya.
Semoga sekeping gambar dan kebaikan yang anak ini tunjukkan dapat menjadi ibrah kepada orang yang lain.
Mingguan Wanita: Sejuk perut ibu yang melahirkan. Semoga anak ini diberikan ketabahan hati dan kekuatan jiwa menempuh ujian tuhan yang hebat ini. Dan semoga digantikan kesedihannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi.
Ibu dan anak kecil ditemui hampir reput dalam rumah, sudah bercerai dengan bekas suami. Bau busuk dari sebuah rumah berkunci menemukan sesuatu mengejutkan iaitu...