Bersalin Dalam KOMA, Lawan Covid-19, Akhirnya Pegang Anak Buat Pertama Kali
Foto kredit Instagram Angela Primachenko @angela_primo

Bersalin dalam koma ketika lawan COVID-19. Akhirnya  pegang anak buat pertama kali. Kisah ibu kepada dua orang anak ini pasti beri inspirasi kepada semua.

Angela Primachenko, 27, telah melahirkan anak perempuannya Ava pada 1 April 2020 ketika dirinya dikomakan secara perubatan dan bergantung pada alat bantuan pernafasan. Pada masa yang sama wanita ini perlu berjuang untuk melawan coronavirus.

Primachencko tidak ada memori indah saat dia melahirkan Ava. Tetapi  ibu ini akan sentiasa ingat hari dia akhirnya dapat memegang bayi perempuannya buat pertama kalinya.

Dalam temubualnya dengan Today.com, ahli terapi dari Vancouver, Washington ini menggelarkan dirinya sebagai ‘ a walking miracle ’ selepas keluar dari hospital, apabila dirinya disahkan bebas daripada  coronavirus.

Bersalin Dalam KOMA, Lawan Covid-19, Akhirnya Pegang Anak Buat Pertama Kali
Foto kredit Instagram @angela_primo

Baca ini juga: tiada-peneman-tiada-pelawat-ibu-kena-kuat-bersalin-masa-pkp-covid-19

2 Kali Diuji Negatif COVID-19

Primachenko telah menjalani dua ujian berturut-turut yang mengesahkan dirinya negatif Covid-19 sebelum doktor membenarkan dia bertemu dengan anak perempuannya Ava, yang berada di unit penjagaan rapi neonatal (NICU) di Legacy Salmon Creek Medical Center.

IKLAN
Bersalin Dalam KOMA, Lawan Covid-19, Akhirnya Pegang Anak Buat Pertama Kali
Foto kredit Instagram @angela_primo

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila pada 16 April 2020, Primachenko dapat memegang dan memeluk Ava buat pertama kalinya. Dia memakai topeng penutup mulut sewaktu memangku anak keduanya itu.

Bersalin Dalam KOMA, Lawan Covid-19, Akhirnya Pegang Anak Buat Pertama Kali
Foto kredit Instagram @angela_primo

Tulisnya dalam akaun Instagram @angela_primo, dia perlu memakai topeng penutup mulut kerana semua orang perlu memakainya ketika melawat NICU. Dia juga gembira kerana perkembangan bayi perempuannya itu agak baik.

Malah setiap hari berat badan Ava juga turut bertambah. Dalam masa seminggu dua dia mungkin boleh membawa anaknya pulang ke rumah.

David suami kepada Angela, dan Emily anak sulung mereka yang berusia 11 bulan telah melakukan ujian dan tidak positif COVID-19, jadi David boleh memegang anak kedua mereka di NICU sebelum Angela boleh melihatnya.

IKLAN

Boleh Tulis Novel

Primachenko berada pada minggu ke 33 kehamilannya apabila dia mengalami demam dan gejala-gejala lain apabila diuji untuk COVID-19 pada 24 Mac 2020 lalu.

Lapan hari kemudian, dia perlu menggunakan alat bantuan pernafasan apabila dikomakan secara perubatan.

Akhirnya, dia berjaya melalui kesukaran tersebut. Dia tidak lagi dalam koma. Alat bantuan pernafasannya juga dibuka pada 6 April 2020.

Setelah sedar daripada koma, barulah Primachenko menyedari bahawa dirinya tidak lagi hamil.

IKLAN

Primachenko berharap ceritanya ini boleh memberikan harapan semasa pandemik COVID-19.

Bersalin Dalam KOMA, Lawan Covid-19, Akhirnya Pegang Anak Buat Pertama Kali
Foto kredit Instagram @angela_primo

Beberapa minggu ini telah dipenuhi dengan banyak perubahan yang tidak dijangkakan dalam hidup…dan saya rasa seperti saya boleh menulis novel…tetapi untuk malam ini saya hanya mahu tulis yang hidup ini amat baik dan mari cuba cari kebaikan di dalamnya setiap hari,” tulis Angela Primachenko di Instagram.

Sumber: www.today.com

Baca ini juga: pujuk-suapkan-makan-hanya-abang-9-tahun-jaga-adik-sepanjang-kuarantin

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI