Sweetnya pasangan suami isteri jaguh Badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo ini. Walau sudah 7 tahun mendirikan rumahtangga, Chong Wei tetap ingat hutang bulan madu yang tak sempat ditunaikan.
“Saya berhutang dengan isteri saya. Kami belum sempat bulan madu walaupun sudah tujuh tahun berkahwin.”
Salah satu faktor kegagalan bawa isteri ‘honeymoon’ itu disebabkan jadualnya sebagai atlet badminton yang memerlukan banyak latihan dalam menyertai pelbagai kejohanan.
“Sukan ini tidak membenarkan saya untuk berhenti atau berehat seminggu. Kemudian sambung beraksi semula. Saya terpaksa beraksi dan berlatih dan jarang mempunyai masa.”
Ads
Bagaimana pun bapa kepada dua cahayamata ini, Kingston Lee dan Terrence Lee memaklumkan yang dia akan bercuti bersama keluarganya. Kata Chong Wei lagi, dia mahu tebus semula bulan madu mereka yang tertangguh dan akan meluangkan lebih banyak masa dnegan anak-anaknya.
Ads
Chong Wei Akan Rindu Itu Akak Cuci Tandas
Persaraannya itu akan membuatkan dirinya bakal merindui akademi badminton BAM. Malah, orang sekeliling yang banyak menaikkan dirinya sehingga ke hari ini, termasuk pekerja pembersih tandas yang sering ditemuinya.
“Saya akan merindui anda semua (media) sebab ini mungkin sidang media terakhir saya. Saya akan merindui semua wartawan yang selama ini menyokong saya.”
“Dan saya juga akan merindui akademi badminton BAM, tapak untuk saya sampai ke tahap ini. Saya akan rindu itu akak cuci tandas, akak sapu lantai dan staf-staf lain dalam BAM kerana banyak tolong saya.”
“Saya juga akan merindui penaja-penaja dan paling utama rindu sorakan seluruh rakyat Malaysia.”
Bagaimana pun, Chong Wei tetap akan menabur baktu dalam sukan badminton selepas bersara.
Macam-macam ‘challenge’ yang pelik-pelik menjadi ikutan ramai di media sosial. Kemunculan pelbagai ‘challenge’ yang viral di laman sosial menyebabkan ramai yang mahu mencuba namun tidak semua cabaran tersebut selamat untuk dilakukan.
Ada antara cabaran tersebut membawa maut seperti ‘momo challenge’ tidak kurang juga yang mendatangkan bahaya seperti ‘birdbox challenge’ dan sebagainya.
Terkini, muncul pula ‘vacuum challenge’ juga dikenali sebagai ‘Bin Bag challenge’.Bagi melakukan cabaran ini, peserta perlu memasukan badan ke dalam plastik sampah hitam dengan hanya bahagian kepala kelihatan untuk membolehkannya bernafas.
Pembersih hampagas (vacuum cleaner) kemudian digunakan untuk menyedut keluar semua udara dari dalam plastik tersebut. Ia menyebabkan plastik ‘mengecut’ lalu membalut ketat tubuh.
Dalam beberapa video, kelihatan peserta yang masuk ke dalam beg plastik sampah dalam posisi duduk, jatuh tergolek sebaik udara disedut keluar.
Trend terbaharu ini ternyata boleh mendatangkan kecederaan namun semakin ramai kanak-kanak dan juga golongan dewasa yang tidak mahu ketinggalan mencuba cabaran ini.
MW: Pelik-pelik sungguh ‘cabaran’ yang dicipta ni. Tak perlu lah kita nak mengikutnya, silap-silap ‘memperbodohkan’ diri dan mengundang bahaya pula.
Tiada yang mustahil. Itu ayat yang sesuai diucapkan kepada atlet istimewa yang berasal dari Kuala Selangor, Nooraishah Arshad. Gadis berusia 21 tahun ini, sedang giat menjalankan latihan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg Pandan. Paling membanggakan dia juga mewakili negara untuk Sukan Lawan Pedang. Malah tahun lalu gadis yang meminati sukan lasak ini juga terpilih ke Sukan Para Asia 2018 di Jakarta.
Namun di sebalik kejayaan yang diraih pada hari ini sebenarnya banyak onak dan duri yang terpaksa ditempuhi. Nooraishah dilahirkan normal, namun kuasa Tuhan tiada siapa dapat menghalang. Ketika sedang meningkat remaja tatkala usia menjangkau 14 tahun Nooraishah yang aktif dalam sukan sekolah telah disahkan menghidap kanser. Hanya Allah yang tahu perasaanya ketika itu, apatah lagi dia terpaksa melupakan minatnya yang mendalam dalam sukan.
“Saya seorang yang sangat aktif bersukan. Sewaktu sedang berlari di kejohanan sukan sekolah menghampiri garisan penamat tiba-tiba saya tidak mampu melangkah dan terus pengsan. Bila sedar doktor cuma berikan minyak untuk disapu dan beritahu ada darah beku. Selepas itu, kaki kanan saya semakin sakit dan apabila ke hospital dan jalani x-ray rupanya tulang kaki sudah hitam dan mereput. Saya duduk di Hospital Sungai Buloh selama dua minggu dan kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan disitulah saya menjalani rawatan kimoterapi. Selepas lima bulan kanser saya sudah tahap tiga dan kaki kanan terpaksa dipotong.
“Tarikh 7 Februari 2015 sememangnya saya tak boleh lupakan kerana pada waktu inilah kehilangan kaki kanan. Lepas pembedahan dilakukan saya jadi murung sampai ada yang bercakap rupa saya macam ‘mayat hidup’. Bayangkanlah tiba-tiba tak ada kaki saya tak boleh nak terima. Memandangkan pada tahun tersebut saya perlu menduduki peperiksaan PMR, saya bersekolah di hospital tetapi saya tak boleh serasikan diri.
“Saya kembali ke sekolah seperti biasa, namun keadaan bertambah sukar kerana saya bertongkat dan perlu naik turun tangga hingga saya hampir pitam. Namun saya mendapat kelonggaran dari Pengetua sekolah yang saya boleh balik bila-bila masa kerana keadaan saya. Saya gigih belajar dan alhamdulillah keputusan peperiksaan PMR juga baik. Cuma saya ambil keputusan untuk berhenti sekolah semasa tingkatan 4 kerana berasa tidak selesa,” ungkap Noorasihah yang cukup peramah.
Kurang Terdedah Dengan OKU
Selepas berhenti sekolah, Nooraishah tidak mahu keluar rumah dan berasa rendah diri. Ini berlaku mungkin kerana dia masih belum terdedah dengan persekitaran golongan kurang upaya.
“Tak banyak aktiviti golongan OKU di kampung saya. Kemudian kakak cadangkan supaya saya ke Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Orang Kurang Upaya Bangi. Bermula dari situ saya lihat pelbagai OKU dan mereka boleh buat semua perkara. Disini disediakan peluang pekerjaan dan elaun buat mereka yang ikuti latihan.
“Seminggu juga saya sesuaikan diri, namun mereka semuanya sporting dan saya terima mereka semua menjadi rakan. Disinilah saya menerima kekurangan diri dan kemudian bina keyakinan. Mereka cungkil bakat terpendam yang ada dalam diri dan saya senditi tak menyangka saya boleh menyanyi. Selepas setahun disana saya bertugas sebagai pembantu pentadbiran dan bekerja selama tujuh bulan.
“Memandangkan saya aktif dalam sukan, saya kemudiannya hadiri temuduga di Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik. Alhamdulillah saya diterima dan tahun ini merupakan tahun ketiga saya mengikuti latihan di sini. Pada awalnya seolah-olah tidak percaya saya mampu bersukan walaupun sebelah kaki sudah tiada.
“Saya terpilih untuk menjadi atlet bagi sukan lawan pedang dan saya berterima kasih kepada Ketua Jurulatih, Mohd Firdaus Jamaluddin kerana banyak beri latihan dan membantu saya menjadi seorang atlet yang berjaya,” luah Nooraishah yang tidak pernah rasa lelah terhadap bidang sukan yang diminatinya.
Pandangan Positif
Anak keenam daripada 10 adik beradik ini tidak lagi berfikiran negatif dan kini kian celik dan positif ke arah semua benda. Bagi dirinya, walaupun kini bergelar OKU namun dia rasa sangat bersyukur kerana didorongkan ke arah jalan yang sewajarnya.
“Saya bersyukur kerana dibimbing dengan baik. Pada saya bergelar atlet paralimpik merupakan satu pengalaman yang amat bermakna dan pencapaian terbesar dalam hidup. Saya tak menyusahkan mak dan ayah malah dapat bantu orang tua saya.
“Saya juga tak sangka dapat melangkah ke luar negara dan jelajah negara orang menerusi sukan. Saya dan rakan-rakan sangat hargai pemberian dari negara terhadap golongan seperti kami. Malah sebelum ini saya tak pernah impi dalam hidup tengok negara orang. Pengalaman ini cukup berharga dan tak akan saya lupakan,” kata Nooraishah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pasangan suami isteri, pelakon dan usahawan Fizo Omar, 34 dan Mawar Abdul Karim, 30 pula berdepan konflik rumah tangga. Bagaimana pun Fizo jelaskan punca keretakan itu bukan disebabkan orang ketiga.
Malah sejak pertengahan Mei lalu, Fizo tak lagi berkongsi gambar bersama isterinya di instagramnya. Malah Fizo juga tak meraikan Aidilfitri bersama Mawar dan anaknya, Wan Maryam, 2 tahun.
Khabarnya, Fizo beraya di Kelantan, manakala Mawar dan Maryam beraya di Pulau Pinang.
Jelas Fizo, sejak Ramadan lalu dia sehabis baik cuba menyelesaikan konflik rumah tangga yang dihadapinya dengan Mawar. Namun apakan daya, dia pula mendapat tahu yang Mawar sudah pun mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam.
“Saya tahu perkara ini sudah menjadi serius.”
“Saya tidak menyalahkan Mawar atau mengaibkan sesiapa pun atas apa yang berlaku. Apa yang berlaku adalah ujian Allah untuk menguji keimanan hambaNya.”
“Saya berdoa Allah kurniakan penyelesaian terbaik dalam rumah tangga kami. Seandainya Dia sudah tentukan perpisahan adalah yang terbaik buat kami, saya redha dengan ketentuanNya.”
Ketika ini, Fizo masih menanti tindakan selanjutnya daripada pihak Mawar dan peguamnya untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Biar apa pun yang berlaku dalam hubungan mereka, Fizo sama sekali takkan mensia-siakan satu-satunya anak mereka, Maryam.
“Empat tahun saya menunggu kehadiran cahaya mata dan Wan Maryam adalah darah daging saya. Hubungan darah itu tidak akan terputus sampai bila-bula. Saya mohon semua sama-sama mendoakan yang terbaik buat kami.”
Perkongsian terkini Fizo di instagram memberikan maksud yang cukup mendalam bagi menjelaskan konsep rezeki kesihatan yang tuhan beri.
Money or banana?
Ramai sekarang ni terlepas pandang atau abaikan soal ‘money vs banana’.
Kita semua sibuk mengejar rezeki kewangan atau harta benda sedangkan kita terlupa rezeki atau nikmat utama dari Allah adalah rezeki kesihatan, bila dah sihat datang pula rezeki ketenagan, bila dah tenang, didatangkan pula rezeki kebahagiaan, bila dah bahagia insyallah rezeki idea akan datang mencurah-curah. Bila adanya idea ditambahkan dengan ilmu yang dicari pasti akan membuahkan hasil iaitu rezeki kewangan atau harta duniawi.
So rezeki mana yang patut kita utamakan dan daripada mana datangnya semua itu?
Tepuk dada tanyalah selera.
MW : Mendoakan agar hubungan pasangan suami isteri ini dapat menyelesaikan konflik rumah tangga mereka secara baik.
Baru-baru ini anak kepada pelakon, Allahyarham Lydia Ibtisam iaitu Nur Sarah Alisya menitipkan ucapan menyentuh hati buat arwah ibunya menerusi satu hantaran di TikTok.