PU Abu Sufyan

Panas di media sosial dan rata-rata orang ramai mengecam tindakan PU Abu Sufyan atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi kerana sanggup meninggalkan isteri serta anak dalam kandungan demi wanita lain.

Dugaan buat wanita hamil ini, dia cuba selamatkan namun sebaliknya yang berlaku.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Ain Afini, suaminya iaitu Pencetus Ummah (PU) Abu melepaskannya demi mengahwini seorang janda anak satu yang dikenali nama Hana Azraa.

Menerusi perkongsian di Instagram, PU Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi melafazkan talak kepada Ain Afini menerusi mesej di aplikasi Whatsapp.

“Pada 13.3.2019 saya telah dilepaskan dan ditinggalkan oleh bekas suami saya Pencetus Ummah Abu Sufyan kerana beliau memilih untuk bernikah dengan seorang janda bernama Hana Azraa.

“PU Abu meminta saya bersetuju untuk berpoligami selepas dua bulan bernikah tetapi saya menolak kerana perkahwinan kami masih terlalu awal.

IKLAN

Dengan usia pernikahan yang masih baru, dia meminta lelaki itu membuat pilihan antara dirinya dan anak mereka dalam kandungan atau ibu tunggal tersebut. Tapi dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini.

Cuba Rahsiakan Tapi…

Ain Afini membuat perkongsian duka itu melalui Instagram pada Jumaat.

Ain Afini tjuga berkongsi paparan skrin lafaz cerai daripada pengirim yang menggunakan nama ‘Cian’ – dipercayai adalah PU Abu.

IKLAN

Beberapa paparan skrin daripada pengirim Whatsapp bernama ‘Hana’ serta posting Instagram juga dikongsikan Ain Afini.

Pada awalnya Ain Afini telah berusaha untuk menutup kisah ditinggalkan sewaktu mengandung ini tetapi disebabkan PU Abu dan Hana Azraa tidak menyembunyikan kemesraan mereka di media sosial, dia mengambil keputusan untuk menceritakan perkara sebenar kepada umum.

“Saya sudah cuba untuk menutup mulut dan tidak menghebahkan kepada orang walaupun sudah ramai yang mengesyaki perkara ini.

IKLAN

“Namun mereka sendiri yang membuka aib di Instagram masing-masing,” tulis Ain Afini lagi.

Jangan Tanya Kepada Saya

“Saya minta semua pihak untuk tidak bertanya lebih lanjut pada saya tentang perkara ini kerana emosi saya semasa mengandung tujuh bulan ini sudah cukup banyak tersiksa. Saya inginkan pengalaman mengandung dan pantang yang lebih tenang.

“Terpulanglah apa yang ingin dibuat oleh individu terbabit kerana pada akhirnya tiada manusia yang akan tenang dengan menzalimi manusia lain. Jangan lupa, dosa kezal1man kepada manusia, kena mohon maaf dengan manusia itu sendiri.

“Semoga ‘ustaz’ tidak menyesal dan berbahagia dengan pilihan anda. Untuk mangsa-mangsa lain yang pernah hubungi saya, InsyaAllah kita akan bawa kes ini ke mahkamah selepas saya habis pantang. Moga Allah bantu,” tulisnya lagi.

Masih menjadi tanda tanya, namun team Mingguan Wanita mendoakan agar masalah rumahtangga ini boleh diselesaikan dengan cara yang lebih manis, tambahan pula keadaan Ain Afini yang kini sedang hamil.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI