2 Tahun Sebelum Acap Hilang, Ini Yang Dilalui Pemuda Broga Di Sempadan Perkampungan Bunian

Misteri kehilangan runner bernama Acap atau nama penuhnya, Mohamad Ashraf Hasan, 29 tentu akan mengingatkan kita pada kejadian hilangnya pemuda bernama Mukhriz di Bukit Broga, Semenyih.

Penghujung Januari 2017, Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 22 pernah hilang selama 7 hari. Sehingga membuatkan ibunya, Rohana Saad, 51 yang telah tua itu bertekad naik ke puncak bukit itu untuk mencarinya.

MW imbas kembali perkongsian yang pernah dibicarakan Mukhriz dalam rancangan Motif Viral sebelum ini. Pengalamannya dibawa ke sempadan perkampungan bunian untuk dinikahkan dengan seorang wanita bunian di alam sana.

Pemuda Broga Disorok Dekat Sempadan Perkampungan Bunian

1. Mukhriz hilang selama 7 hari di Bukit Broga tanpa makanan, tanpa tempat berlindung apatah lagi kelengkapan hutan. Hilang bersendirian. Ditemui oleh dua pendaki warga Britain kira-kira jam 9.30 pagi Sabtu.

2. Dia bersama lima rakannya mendaki Bukit Broga. Daripada lima rakan ini, dia yang pertama sampai ke puncak. “Saya sampai puncak, diaorang tak sampai lagi,” kata Mukhriz.

3. Di puncak terakhir Mukhriz bertembung dengan seorang budak perempuan kecil. Memakai purdah serba putih. Bagaikan terpukau dia mengikut budak perempuan itu dalam remang senja. Kira-kira, 6.30 petang.

4. Maklumnya, ketika di alam lain dia dijaga oleh bunian. Itu yang dimaklumkan oleh makhluk yang menjaganya. Dibawa masuk ke sempadan bunian. Sempadan bunian ini ada di dalam gua. Dan dalam gua itulah dia diletakkan.

5. Gua itu lapang, ada pasir dan luas kawasannya. Tiada rumah di persekitarannya. Melainkan jika Mukhriz masuk ke perkampungan bunian, barulah dia akan menjumpai rumah. Ketika itu, dia cuma berada di sempadan perkampungan bunian.

IKLAN

6. Penjaga bunian itu terdiri dari ibu ayah dan 2 anak perempuan. Memakai purdah putih. Wajah lelakinya, sederhana saja di pandangan matanya. Fizikalnya lebih tinggi dari manusia.

 

2 Tahun Sebelum Acap Hilang, Ini Yang Dilalui Pemuda Broga Di Sempadan Perkampungan Bunian

Ingat Keluarga, Tolak Pinangan Gadis Bunian

7. Mukhriz ditawarkan berkahwin dengan anak perempuan bunian yang sulung. Dia menolak kerana masih ingat akan keluarganya. Anak perempuan kecil itu adalah adik yang membawanya masuk ke alam bunian. Untuk ditawarkan berkahwin dengan kakaknya.

8. Biarpun cuba berusaha untuk keluar, Mukhriz tetap tidak berjaya. “Saya jalan.. berpusing-pusing di situ saja. Tak boleh keluar.” Tapi tiada rasa takut dalam hatinya. Fikirnya cuma mahu keluar dari tempat itu.

IKLAN

9. Seminggu hilang di Broga, bagi Mukhriz di alam bunian, dia merasakan cuma tidak pulang selama 3 hari.

10. Ibu Mukriz, percaya yang anaknya masih hidup. Malah dia bermimpi anaknya datang memaklumkan yang dia masih hidup.

11. Aktiviti pagi makhluk bunian yang menjaganya bersolat pada sebelah pagi. Membaca Al Quran yang saiznya lebih besar dari manusia. Malah Al Quran yang dibaca, boleh menegur jika bacaan itu salah.

12. Ketika hari terakhir di alam bunian, ular tedung selar jatuh ke atas tubuhnya. Ular itu bercakap mintanya ikut cahaya matahari yang menyuluh mata.

IKLAN

Kata PU Taha Tentang Kewujudan Bunian

Persoalannya, betulkah apa yang dikongsikan Mukhriz? “Iya, jawapannya betul.”

Apa yang dikatakan oleh pemuda Broga ini ada kaitannya dengan jin dan syaitan. Syaitan ini bukan makhluk, dia adalah sifat. Sebab itu, manusia boleh jadi syaitan dan jin pun boleh jadi syaitan.”

Jin ini berasal dari api. Manusia dari tanah sama ada tanah yang gelap atau cerah. Bunian itu adalah jin. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah berdakwah kepada golongan jin.”

Bermakna jin itu wujud. Dan jin ini beragama. Ada agama Islam dan kafir. Yang diceritakan itu, jin Islam kerana dia solat, baca Al Quran.

Dia culik sebab berminat nak kahwin. Andai lamaran diterima, maka Mukhriz akan terperangkap dalam alam itu. Target calon suami untuk bunian itu adalah lelaki bujang, dan kalau dah berkahwin dia tiada zuriat.

Bagaimanapun perlu diingat dalam Islam, dilarang untuk manusia biasa berkahwin atau bersetubuh dengan jin.

Sumber : Petikan video Motif Viral

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI