Tahniah Zahirah dan Aiman. Lengkap sepasang!  Kegembiraan jelas terpancar di wajah Itu pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza saat mengumumkan jantina anak kedua dalam kandungannya ketika ini.

It’s a girl (bayi perempuan). Alhamdulillah,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Zahirah Macwilson, Aiman Hakim bakal timang anak perempuan

Zahirah yang kini sarat hamil mengumumkan perkara tersebut pada majlis istimewa bersama keluarga dan kenalan terdekat di kediaman mereka, semalam. Turut kelihatan, ibu Zahirah Macwilson,  Maslinda Yusoff yang kelihatan sibuk menyediakan pelbagai hidangan untuk para tetamu.

Zahirah Macwilson, Aiman Hakim bakal timang anak perempuan

Pasangan selebriti itu turut berkongsi kemeriahan majlis tersebut bersama para peminat menerusi hantaran video di Instagram. Kegembiraan jelas terpancar pada wajah Aiman apabila bakal menyambut kelahiran anak perempuan selepas menimang cahaya mata lelaki pada tahun 2021.

Hantaran tersebut turut meraih perhatian netizen dan rakan artis yang rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah buat pasangan pelakon itu.

IKLAN

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/154951-2/

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Sebelum ini, Aiman, 35, berkongsi gambar janin selepas isterinya melakukan pemeriksaan ultra bunyi menandakan mereka bakal menyambut zuriat kedua. Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 itu mempunyai seorang putera iaitu Isaac Raees yang kini berumur tiga tahun.

IKLAN

Cantik Ketika Hamil

Zahirah Macwilson, Aiman Hakim bakal timang anak perempuan

Zahirah melahirkan Isaac Raees di Perth, Australia pada 5 Januari 2021. Tidak dapat dipastikan sama ada Zahirah memilih untuk bersalin di Malaysia atau Australia untuk kandungan keduanya ini. Apapun, para peminat mendoakan segala urusan Zahirah melahirkan cahayamata kedua ini dipermudahkan!

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Masjid Al-Aqsa Bertukar Lautan Darah, Teriakan Ya Allah Disusuli Tangisan Wanita Dipukul Tanpa Belas Kasihan

Pergi Ke Luar Negara Bawa Emas, Sesak-sesak Boleh Jual Jadi Duit

IKLAN

“Tak Sabar Nak Rehat, Beli Makanan” Kantin Sekolah Ala Cafe, Tarik Perhatian Murid, Terbaik!

Ibu Usung Jenazah Anak Dalam Senyuman, Bahagia Syahid Dalam Perjuangan Di Palestin

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI