Kaka Azraff tak patah semangat sokong Palestin. Jiwa penyanyi wanita ini cukup kental, walau ditamatkan kontrak lebih awal dengan syarikat rakaman Warner Music dek kerana lantang bersuara isu Palestin dan menganggap ianya sebagai jihad kecil.

Kaka Azraff Tak Patah Semangat Sokong Palestin

Memandang ke arah positiff, Kaka memberitahu apa yang dilakukan adalah sokongan buat rakyat Palestin dan tidak memberi kesan kepadanya.

“Saya lihat dari sudut yang positif sebab saya tahu bersama di pihak yang benar. Baru beberapa hari jadi nampak positif sahaja.

“Saya tak nak lihat dari sudut negatif sebab apa yang saya buat adalah untuk saudara kita di sana (Palestin).

“Jadi kalau mendatangkan kesusahan sikit, saya anggap ini jihad kecil daripada saya,” ungkap Kaka seperti mana dipetik menerusi Sinar Harian Online.

Tak Akan Berhenti Disini

Walau dugaan besar melanda namun dirinya menganggap perkara yang berlaku sebagai permulaan.

“Saya tak akan berhenti di sini kerana ini baru permulaan.

“Saya akan terus cuba berikan yang terbaik dan sentiasa sebarkan positiviti kepada anda,” katanya.

Terkilan Tak Diberi Ruang Berbincang

Menyentuh tentang tindakan Warner Music Malaysia menamatkan kontrak dengan alasan penggunaan bahasa kurang sopan yang dihantar kepada pelakon Australia, Nathaniel Buzzolic, Kaka terkilan kerana tidak diberi ruang untuk berbincang mengenainya terlebih dahulu.

Malah menerusi notis yang dihantar Warner Music pada 1 Disember lalu, syarikat itu tidak menyatakan secara rasmi mengenai perkara tersebut.

IKLAN

“Jujur saya akui tak terkilan kontrak ditamatkan, cuma kenapa tak diberi peluang berbincang lebih jelas. Malah Warner Music cuma nyatakan saya

“Malah polisi global syarikat tetapi tidak diberi kenyataan yang melarang artis naungan mereka bercakap konflik Palestin-Israel,” kongsi Kaka lagi.

Tambah Kaka lagi, mesej langsung (DM) yang dihantar kepada personaliti itu adalah respons kepada video propaganda kejam yang dimuat naik lelaki tersebut.

Bagaimanapun, Kaka mengakui dia sepatutnya memilih perkataan yang lebih sopan.

IKLAN

“Saya DM dia dalam keadaan sangat marah tapi saya lakukan ia melalui mesej secara langsung bukan mengajak umum membenci dia.

“Ingin saya tegaskan apa saya katakan kepadanya bukanlah kata-kata berunsur kebencian (hate speech), tapi pihak berkenaan menularkan mesej saya untuk menarik perhatian orang ramai dan membuatkan seolah-olah saya nampak bersalah,” sambungnya.

Untuk rekod, Kaka menjadi perhatian dunia selepas nama dan profilnya dikongsikan pengendali akaun Instagram Hate Jew Database susulan DM diberikan kepada Buzzolic.

Baca Disini : Bella Hadid Bukan Lagi Duta Dior, Dipecat Kerana Lantang Bersuara Isu Palestin

IKLAN

Gadis Palestin Nour AlSaqqa Kongsi Cerita Terkini Di Gaza, “Kami Mungkin Bukan Mati Dibom Tapi Keadaan,”

Kaka Azraff Tak Patah Semangat Sokong Palestin, Jihad Tahu Di Pihak Yang Benar 

Sumber & Sumber Foto : Sinar Harian

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI