Pengawal keselamatan hospital akui macam mimpi bakal terima darjah kebesaran dari Agong. Buat baik dibalas baik. Ikhlas membantu memudahkan orang ramai di tempatnya bekeja mencari rezeki, R Yogeswary sama sekali tidak menyangka perbuatan baiknya itu mendapat perhatian ramai.

Paling tidak disangka dirinya tersenarai sebagai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong pada 19 Disember ini.

Pengawal Keselamatan Hospital Akui Macam Mimpi

Bertugas sebagai  pengawal keselamatan wanita Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),  R Yogeswary, 44, berkata, penghargaan diterima itu merupakan satu pengiktirafan tertinggi sepanjang lebih empat tahun perkhidmatannya.

Memetik laporan Sinar Harian, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu juga mengakui seakan-akan satu mimpi ketika mula menerima pengesahan perkhabaran itu menerusi satu surat rasmi, dua hari lalu.

“Rasa syukur, gembira dan terharu bercampur baur membuatkan saya menitiskan air mata. Saya tak sangka, khidmat kecil saya dihargai seluruh negara.

“Sudah tentu penganugerahan ini melonjakkan semangat saya untuk terus mencurahkan bakti kepada masyarakat di sini,” katanya.

Bakal Terima Darjah Kebesaran Dari Agong, Ikhlas Bantu Orang Ramai

Anak kelahiran Ipoh itu bertekad, selagi diberikan kesihatan yang baik akan terus bekerja dan memberikan perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

Pengawal Keselamatan Hospital Akui Macam Mimpi,  Bakal Terima Darjah Kebesaran Dari Agong

Katanya, melihat pengunjung gembira dan selesa kerana bantuannya, sudah cukup membuat hatinya tenang.

IKLAN

“Masalah hospital ini apabila susah nak dapatkan parkir, jadi apa saya buat hanya bantu urusan mereka, bawakan barang dan dapatkan tempat letak kenderaan yang mudah dan dekat. Itu sahaja,” katanya.

Yogeswary berkata, kakaknya akan menemaninya pada sesi istiadat penganugerahan di Balairung Seri Istana Negara, Kuala Lumpur nanti.

“Saya masih gementar, belum ada persiapan lagi tetapi saya teringin nak pakai baju kebaya. Mungkin dalam dua atau tiga hari lagi saya cari baju kebaya yang bersesuaian,” katanya.

Beliau turut berkongsi kegembiraan itu dalam Facebook dengan menzahirkan rasa terima kasih kepada orang ramai serta pengurusan HRPB yang banyak memberi sokongan kepadanya.

Wanita itu menyifatkan hantaran dan komen positif daripada orang ramai terutama pesakit dan ibu mengandung yang pernah dibantunya, menjadi titik tolak kepada penganugerahan itu.

IKLAN

Yogeswary sebelum ini tular apabila gelagatnya membantu pengunjung Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB dikongsi di media sosial hingga meraih perhatian Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Wanita itu membantu membukakan pintu kereta, mengangkat barang, menjaga lalu lintas di parkir, menenangkan pesakit yang cemas, serta mengucapkan tahniah kepada ibu yang baharu melahirkan anak.

Atas komitmen tinggi ditunjukkan, beliau kini ditugaskan mengawal keselamatan di Kompleks Rawatan Harian HRPB bagi membantu warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sejak enam bulan lalu.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Elak Mangga Dicuri, Suami Isteri Nekad Upah 4 Pengawal Keselamatan & 6 Anjing

Ibu Nafi Anak Mati Dibelasah Dalam Masjid Tak Siuman, Pernah Bekerja Sebagai Pengawal Keselamatan

IKLAN

Wanita Ini Bersyukur, CCTV Selamatkannya Dari Niat Tak Baik Pengawal Keselamatan

Datin Shahidah Bersyukur Bawa Mak Ayah Tunai Umrah “Dulu Ayah Pemandu Teksi, Bekas Pengawal Keselamatan. Mama Kerani”

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Wanita jika nak kahwin dengan suami orang di Songkhla ibarat menggali lubang kubur sendiri. Jangan biar maruah dan hak kita sebagai wanita diambil mudah begitu sahaja ya.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI