Adira Suhaimi  fail cerai kali kedua terhadap Datuk Red. Baru saja beraksi di pentas final Famili Duo musim ketiga malam tadi, pagi ini dikejutkan pula dengan berita penyanyi Adira sudah memfailkan penceraian terhadap suaminya iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pada 25 Oktober lalu.

Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua

Untuk rekod permohonan tersebut adalah yang kali kedua dibuat oleh pemilik nama penuh, Siti Adira Suhaimi terhadap Datuk Red selepas memfailkan penceraian terhadap suaminya pada 1 April 2019. Namun pada ketika itu ia ditarik semula selepas Adira memberi peluang kepada suaminya dan cuba berbaik demi anak-anak.

Permohonan tersebut berdasarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Seperti mana dipetik menerusi mStar Online, Adira dan kakaknya Emma Suhaimi hadir ke mahkamah bagi sebutan kedua kes berkenaan pada pagi Isnin.

Emma sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JPK). Manakala Datuk Red, hadir seorang diri dan gagal tampil bersama wakil bagi proses tersebut. Kes itu didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar.

Datuk Red Ditegur Sengaja Melambat-Lambatkan Penubuhan Jawatankuasa Pendamai

Pada sebutan kes itu, Hakim Syarie telah menegur tindakan Datuk Red yang dianggap sengaja melambat-lambatkan penubuhan jawatankuasa pendamai daripada dilakukan segera.

Hakim Syarie juga telah menangguhkan kes berkenaan pada 18 Disember ini bagi membolehkan Adnan melantik wakil bagi pihaknya.

IKLAN

Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua Terhadap Datuk Red

Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua Terhadap Datuk Red

Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua Terhadap Datuk Red

IKLAN

Menarik Disini : Berkawan Baik Dengan Madu, Adira Akui Suami Kena Main Peranan Penting Serta Perlu Adil

“Semoga Allah Sentiasa Menjaga Hubungan Ini, Sayang Kamu Dunia Akhirat,” Datin Red

Sumber : mStar Online

IKLAN

Foto : Instagram Adira Shuhaimi

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI