Rider nekad berhenti kerja kerana sokong Palestin, rezeki di tangan Allah diterima kerja kerja di J&T. Krisis kemanusiaan dan penghapusan etnik bangsa Zionis laknatullah telah mengakibat lebih 10,000 ribu warga Palestin terkorban sejak sebulan lalu.

Masa yang sama, semakin banyak jenama-jenama menyokong Israel terkena tempias akibat boikot dilakukan. Ini termasuklah syarikat penghantaran Grab bila mana timbul isu berkaitan dengan mereka.

Rider Grab Nekad Berhenti Kerana Sokong Palestin

Perasaan untuk sama berjuang demi Palestin membuatkan sebahagian rider Grab nekad berhenti kerja dan mencari pekerjaan lain kerana  yakin  rezeki datangnya dari Allah. Bila mana kita yakin, insya Allah, Allah mengatur kehidupan rezeki mereka yang meminta.

Kami kongsikan penulisan Sha Ramson Abdullah tentang perjuangan adik Mustaqim yang sanggup berhenti kerja dari Grab dan kerana kesabarannya, dirinya diterima kerja tempat lain selepas membuat keputusan nekad itu.

Baca perkongsiannya.

“Ayang, cuba tengok posting adik Mustaqim ni…” saya tunjuk pada suami.

Masya’Allah Tabarakallah rezeki Allah Maha Kaya! Dari rider Grab terus bertukar jadi rider yang lain dengan izin Allah Ta’ala.

Rider Grab Nekad Berhenti  Kerana Sokong Palestin, Rezeki Milik Allah Tak Sampai 2 Hari Dapat Kerja Baru

Dua hari lepas ketika saya mengambil keputusan untuk uninstall aplikasi Grab, adik Mustaqim ini masih bekerja sebagai rider untuk Grab dan dia mohon saya mendoakannya semoga dia dapat kerja jadi rider yang lain.

IKLAN

“Doakan saya dapat kerja lain ye kak. Sementara menunggu kerja lain ni, saya terpaksa bertahan dengan Grab dulu. Banyak tempat dah saya apply tapi belum ada respond lagi.” katanya.

Rezeki Milik Allah Tak Sampai 2 Hari Dapat Kerja Baru

Kaksha doakan semoga Allah mudahkan segala urusan rezeki Mustaqim sekeluarga. Allahumma aamiin. Kejap je Allah tunjuk kuasa Dia. Sebak saya. Sentap sampai ke jantung!

Kita risau tentang rezeki Allah sedangkan rezeki itu Allah dah aturkan sejak kita dalam rahim ibu lagi.

Kita risau kita nak kerja apa, kerja kat mana tapi kita lupa semuanya Allah dah aturkan dalam takdir kita. Kita lupa yang ALLAH SUDAH JAMIN REZEKI SETIAP MAKHLUK.

“Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua dalam Kitab yang nyata (Luh Mahfuz).

IKLAN

(Surah Huud: Ayat 6)

Yakin dengan rezeki Allah. Yakin dengan aturan takdir Allah. Allah tak kejam nak aniaya kita. Allah uji kita ada sebab kebaikannya.

Alhamdulillah Allah makbulkan doa adik Mustaqim ini. Dua hari kemudian Allah mudahkan urusan rezekinya dapat jadi rider lain… Masya’Allah Tabarakallah…

Allah tunjuk kuasa Dia. Allah. Allah. Allah.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Rider Meninggal Nahas Pesawat Terhempas Dikenali Sebagai Apit, Sempat Sebut Allahuakbar Ketika Terbakar

IKLAN

Dua Rider Wanita Terperosok Bawah Treler, Rakan Kongsi Arwah Beri Petanda “Menangis Tak Bagi Balik Masa Jumpa”

Penunggang Ducati Jatuh Flyover Punya Keperibadian Mulia, Geng Rider Kongsi Al-Quran Tak Pernah Lepas Dari Tangan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

DS Vida tawarkan pekerja McD kerja dengan gaji banyak selepas bersimpati mendengar luahan Izuan, pemuda masalah pendengaran yang merayu agar rakyat Malaysia menghentikan boikot ke atas restoran makanan segera McD kerana banyak pekerja yang terjejas.
Memahami keperitan dialami Izuan, dirinya menawarkan pekerjaan. Alhamdulillah, moga rezeki DS Vida terus murah.

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI