Pempengaruh Syamimia hilang lebih 100,000 pengikut dalam masa sehari, gara-gara isu Palestin. Nampaknya kuasa media sosial membuatkan seseorang popular. Tapi masa yang sama, media sosial juga mampu membuatkan seseorang jatuh.
Inilah realitinya apabila pempengaruh media, Syamamia yang dikenali kerana sering berkongsi kisah kehidupan flatnya yang hilang 100,000 lebih jumlah pengikut hanya dalam masa sehari kerana isu berkaitan Palestin.
Pempengaruh Syamimia Hilang Lebih 100,000 Pengikut Dalam Masa Sehari
Jika semalam di Tik Toknya berjumlah 1.1 juta pengikut, tetapi petang ini jumlah itu berkurangan kepada 997,0000 ribu sahaja. Malah ada ura-ura mereka, jumlah pengikutnya berkurangan kepada 800,000 saja.
Ternyata pengikutnya mengambil sikap berundur dalam diam selepas kontroversi ini tercetus.
Pengikutnya menyifatkan pempengaruh ini tidak cakna dengan nasib rakyat Palestin yang mana dirinya sepatutnya berkongsi hal ini di platform media sosialnya bagi menyebarkan kesedaran apa yang berlaku di Gaza.
Ads
Namun dirinya mengambil pendekatan mendiamkan diri dan memaklumkan bahawa dirinya kini lebih fokus kepada keperluan keluarga dan membuat kebaikan dengan secara menyeluruh bukannya dengan mengikut isu tertentu.
Gara-Gara Isu Palestin
Semalam di aplikasi Tik Toknya, Syamimia menyifatkan media sosial sebagai lubuk dosa kerana menerima hinaan.
Menyifatkan boleh memberi teguran tapi bukan hinaan tapi apa yang didapatinya adalah hinaan melampau.
“Tidak berkongsi tidak bermaksud tidak mengambil tahu, tidak tahu, jahil atau tidak sayang. Kita semua ada rahsia, hanya tuhan saja yang tahu.
Ads
“Sama-samalah perbaiki diri kita, sokong mana yang benar dan sumbangkan doa. Jika ada rezeki lebih, salurkan sumbangan,” katanya yang berkongsi mengenai kesengsaraan rakyat Palestin di media sosialnya.
Naim Daniel mengaku anak mak, masih disuap makan walaupun sudah dewasa. Kasih sayang kepada mak yang berpanjangan dan tidak pernah malu untuk menunjukkan kasih sayangnya kepada ibu-bapa walaupun di public. Comel betul!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Amelia Henderson berjaya dalam rayuan. Terbaru pelakon dan pengacara jelita yang kini popular dengan rancangan audio siar (podcast) kendaliannya, Studio Sembang telah berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Rayuan tersebut bagi mengetepikan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd dalam isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Pesuruhjaya Kehakiman Leong Wai Hong memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Amelia selaku pemohon selain meneliti segala rekod rayuan secara maksimum dan hujah kedua-dua pihak.
Bagaimanapun mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi nominal RM10,000 dalam tempoh 14 hari dan faedah lima peratus kepada syarikat produksi bermula hari ini.
Dalam prosiding secara dalam talian itu, Amelia diwakili peguam Mansheel Kaur manakala peguam Ashmadi Othman mewakili syarikat produksi itu selaku responden.
Untuk rekod sebelum ini, Amelia telah memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A. Aida Production Sdn Bhd pada 18 April lalu.
Pada 7 April lalu, Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Amelia membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A. Aida Production selepas didapati melanggar kontrak lakonan dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.
Mahkamah turut memerintahkan Amelia untuk memohon maaf dan memadam video di Instagram mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu.
Pada 2 Ogos lalu, Amelia berjaya mendapatkan penangguhan bagi pembayaran ganti rugi dan permohonan maaf yang perlu dibuat kepada A. Aida Production.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar wang RM200,000 tersebut dimasukkan ke dalam akaun bersama yang akan dikendalikan oleh kedua-dua firma guaman yang mewakili syarikat produksi itu dan Amelia.
Isu derma Palestin, pakar muamalat jelaskan berdosa guna 30% jika tiada pemberitahuan kepada penderma. Di negara kita, terlalu banyak pertubuhan bukan kerajaan diwujudkan bagi membantu golongan susah, baik di dalam mahu pun luar negara.
Sikap rakyat Malaysia yang terkenal pemurah membuatkan mereka tidak teragak-agak mengeluarkan sedekah bagi membantu golongan tidak berkemampuan khususnya bagi isu rakyat Palestin yang sedang diuji peperangan kala ini.
Terkini, isu berkaitan derma kepada Palestin yang didakwa diambil sebanyak RM34 juta hanya untuk kos pengurusan dengan kutipan RM114 juta dari rakyat Malaysia mengundang perdebatan di media sosial.
Ada yang jelas tidak menghalalkan wang diambil begitu saja tapi penjelasan dari pakar muamalat, Dr Abdul Rahmanov di fbnya boleh dijadikan panduan buat orang ramai apabila isu ini viral di media sosial.
Ikuti pandangannya mengenai isu derma dan bayaran 30 peratus kepada Ngo terlibat.
Dua hari lepas ada kawan saya call bertanya tentang NGO yang berjaya mengutip derma Palestin sebanyak RM114 juta dan mengambil caj pengurusan sebanyak RM34 juta.
RM34 juta adalah angka yang cukup besar. Kira-kira 29% untuk caj pengurusan!
Kawan saya kata, “Baik kita berniaga macam ini lah ustaz!
Saya hanya ketawa kecil sahaja.
Tetapi ada betul juga yang kawan saya sebut itu.
Sekarang ini, NGO tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Berpuluh-puluh NGO kita lihat untuk Palestin, Syria, Kemboja dan sebagainya.
Saya difahamkan kerajaan membenarkan NGO mengambil 30% daripada jumlah derma untuk urusan NGO.
Namun jika tiada sebenarnya peraturan 30% itu maka atas dasar apa NGO itu ambil kos pengurusan sampai 29%?
Bukankah ini namanya perompak di siang hari?
Kita andaikan peraturan 30% itu wujud.
Kalau NGO dapat kutip RM100K maka NGO boleh ambil RM30K.
Jika NGO dapat kutip RM1juta maka NGO boleh ambil RM300K.
Wow! Hebat betul bisnes derma ini. Apatah lagi rakyat Malaysia terkenal dengan sikap dermawan.
Kita juga jarang bertanya adakah duit derma itu benar-benar sampai ke tempatnya sebab kita sentiasa bersangka baik.
Jika NGO menggunakan marketing kaw-kaw dan ustaz selebriti sebagai duta NGO. Pasti duit derma masuk mencurah-curah tanpa henti.
Bisnes derma ini memang berbaloi!
30% adalah peraturan kerajaan namun daripada perspektif syariah, bolehkah NGO mengambil peratusan tertentu daripada wang derma tersebut?
Apabila NGO menubuhkan dana kebajikan maka NGO bertindak sebagai wakil kepada penderma (muwakkil) untuk salurkan bantuan ke tempat yang berkenaan.
Ini merujuk kepada konsep Wakalah.
Wakil perlu bertindak mengikut arahan muwakkil. Jika dana dibuka untuk membina sekolah tahfiz maka duit derma itu perlu disalurkan untuk pembinaan bangunan sekolah tahfiz.
Dalam wakalah, perlu dinyatakan dengan jelas bayaran kepada wakil atau wakalah tanpa upah
Jika NGO ingin caj kos pengurusan maka NGO perlu nyatakan dengan jelas bahawa ada peratusan tertentu digunakan untuk kos pengurusan NGO.
Jika NGO mengambil kos pengurusan tanpa memberitahu kepada penderma maka NGO itu telah mengkhianati amanah.
Darul Ifta’ Jordan, majlis Fatwa berautoriti Jordan menyatakan seperti berikut:
الوكيل مؤتمن وما يدفع إليه من أموال الصدقات أمانة عنده يجب عليه أن يحفظها ويؤديها، وإلا كتب عليه وزر الخيانة، وإن تصرف فيها بغير الوجه المحدد له أو قصر في حفظها فقد تعدى وأثم، ويكون ضامناً لذلك المال، ولا تبرأ ذمته منه إلا بدفعه، يقول الله عز وجل: (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ) الأنفال/ 98.
“Wakil sifatnya boleh dipercayai. Apa sahaja wang yang diberikan kepadanya adalah amanah dan dia mesti menjaganya dan menyalurkannya.
Jika tidak, dosa khianat akan ditulis ke atasnya. Jika wakil menguruskannya dengan cara lain daripada ditentukan atau tidak menjaganya dengan baik maka dia telah melampaui batas dan berdosa. Dia menjadi penjamin wang itu dan tidak terlepas daripada tanggungjawab melainkan membayarnya. Allah berfirman: –
“Wahai orang yang telah beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)” (Surah Al-Anfal: 27).
Sekirannya NGO ingin mengambil peratusan daripada wang derma untuk urusan NGO maka NGO perlu memaklumkan kepada penderma terlebih dahulu.
Darul Ifta’ Jordan menyebut seperti berikut:-
فإذا أراد أن يأخذ من الصدقات فعليه أن يستأذن المتبرعين بذلك، فإن لم يفعل فقد خان الأمانة، واستجاب لما يلبسه الشيطان عليه، ويجب عليه التوبة والاستغفار.
“Jika institusi ingin mengambil daripada wang derma, institusi mesti meminta izin daripada penderma untuk berbuat demikian.
Jika institusi tidak melakukannya maka ia telah mengkhianati amanah dan terpedaya dengan belitan syaitan. Ia wajib bertaubat dan memohon keampunan.”
Dengan itu, NGO perlu menyatakan bahawa peratusan tertentu akan digunakan untuk kos pengurusan NGO.
Dengan cara ini, baharulah bertepatan dengan konsep wakalah.
Pada masa yang sama, caj pengurusan itu perlu berpatutan dan bukan bersifat keuntungan.
Kita tidak mahu terjadi senario NGO kutip derma untuk Palestin tetapi CEO pakai kereta Merc!
NGO juga perlu insaf bahawa duit derma bukan untuk menampung kos marketing iklan di media massa, media sosial atau memasang billboard di tepi highway dan sebagainya.
Benar dalam dunia digital, peratusan besar kos digunakan untuk marketing tetapi NGO bukan perniagaan!
NGO perlu ingat duit derma adalah amanah dan akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti.
Biar kerja NGO menambah pahala dan bukan menambah dosa. Salam hormat.
Semoga Shila tabah harungi dugaan bersama adik beradik. Shila sememangnya wanita kuat dan dari kecil sudah bekerja untuk keluarga tersayang. Besar pengorbanan anak perempuan ND Lala ni.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Izara Aishah selamat bersalin. Tahniah diucapkan buat pelakon Izara Aishah dan suami, Adib Khalid yang telah menimang cahaya mata kedua mereka.
Seperti mana yang dicoret menerusi akaun Instagram, Aishah berkongsi berita gembira tentang kelahiran bayi perempuan yang juga cahaya mata kedua dirinya dan suami.
Malah menerusi ruangan komen, Adib turut menzahirkan rasa syukur atas kelahiran puteri keduanya.
“Alhamdulillah, menyambut seorang lagi anak perempuan dalam keluarga kami.
“Terima kasih semua untuk doa-doa kalian,” tulisnya.
Menerusi hantaran sama, Izara juga turut memuat naik video Adib sedang memangku bayi yang baru dilahirkan sambil diperhatikan anak pertamanya, Irisa Alaia.
Peluang mengalunkan surah Al -Asr di Festival Sunnah 6.0 tanggal 12-14 Okt ini di Alor Setar, Kedah adalah satu debaran buat Azza Elite. Mengakui masih banyak dipelajari, kata Azza dia bersyukur dengan peluang ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Siapa sangka, niat seorang pensyarah untuk mengadakan majlis akikah dan sambutan hari lahir cucu tidak kesampaian apabila mangsa meninggal dunia dalam kemalangan.