Cikgu Fadli kongsi hasil kerja murid tahun 3, “dinafikan” hak belajar kerana ibu bapa mahu anak sekolah biasa. Tiada ibu bapa yang tidak sayangkan anak. Malah sesetengahnya sanggup berkorban jiwa dan raga.

Namun ada sesetengah ibu bapa mungkin tidak menyedari bahawa anak sebenarnya sesuai untuk belajar di sekolah Pendidikan khas dan bukannya aliran perdana. Satu perkongsian hasil kerja murid tahun 3 oleh cikgu Fadli menunjukkan pelajar ini berada dalam “dunianya” tersendiri.

Namun masih tetap dihantar ke aliran biasa kerana ibu bapa kurang cakna mengenai anak yang ada masalah pembelajaran. Suatu masa, ada ibu bapa yang tahu anak bermasalah dalam pembelajaran tapi tak akui dan terus membiarkan anak bersekolah seperti biasa

Cikgu Fadli Kongsi Hasil Kerja Murid Tahun 3

Baca perkongsian dari Cikgu Mohd Fadli Salleh.

Hasil kerja murid Tahun 3.

Murid ni masuk pemulihan sejak darjah 1. Guru mata pelajaran dan guru pemulihan kesan murid ini kemungkinan besar ada masalah pembelajaran.

  1. Dia tak boleh fokus
  2. Bila bercakap mata pandang tempat lain
  3. Sangat pendiam dan tak pernah libatkan diri dalam apa-apa aktiviti pembelajaran dalam kelas
  4. Hasil kerja yang sangat lemah. Walau sekadar minta salin balik apa yang guru tulis, dia gagal.

Cikgu Fadli Kongsi Hasil Kerja Murid Tahun 3, “Dinafikan” Hak Belajar Kerana Ibu Ayah Mahu Anak Sekolah Biasa

Cikgu Fadli Kongsi Hasil Kerja Murid Tahun 3, “Dinafikan” Hak Belajar Kerana Ibu Ayah Mahu Anak Sekolah Biasa

IKLAN

Guru pemulihan buat ujian saringan awal untuk kesan samada murid ni benar-benar ada masalah pembelajaran.

Hasil ujian awal, memang ternyata murid ni ada masalah pembelajaran. Maka ibubapa dimaklumkan untuk bawa anak mereka ke hospital dan berjumpa doktor pakar kanak-kanak untuk pengesahan pakar.

Hanya pengesahan dari doktor pakar kanak-kanak sahaja membolehkan murid ini mendapat kad oku (masalah pembelajaran) seterusnya dimasukkan ke kelas pendidikan khas.

“Dinafikan” Hak Belajar Kerana Ibu Bapa Mahu Anak Sekolah Biasa

Tapi sayangnya, ibubapa tak ambil tindakan. Tak akui dan terus biarkan murid ini berada di aliran perdana.

Kesannya, murid ini langsung tak boleh ikuti pembelajaran dalam kelas. Dia duduk dalam dunia dia sendiri, tak ada peningkatan dalam belajar, bahkan makin tertinggal lagi.

IKLAN

Hak dia dinafikan oleh ibubapa dia sendiri. Tiada apa lagi yang mampu kami sebagai guru nak bantu anak ini.

Parent yang ada anak-anak autisme, disleksia, diskalkulia, disgraphia, hyper, adhd dan seumpamanya memang sebahagian mereka in denial dan tak terima kenyataan.

Akhirnya kesan dan akibat, anak mereka yang tanggung.

#MFS

IKLAN

– Kisah Sekolah Rendah –

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Matematik Jadi Subjek Paling Dibenci Kerana Terlalu Susah, Cikgu Fadli Dedah 25% Pelajar Gagal Dalam SPM

Pesan Cikgu Fadli, Mak Ayah Jangan Masuk Campur, Anak Gaduh Sekejap Tak Simpan Dendam

Pengajaran Daripada Kisah Cikgu Azizan, Kalau Betul Mak Ayah Sayang Anak Tolonglah Baca!

Kawan Anak Selalu Minta DUIT, Pesan Cikgu Mak Ayah Kena Tenang Tak Cepat Melenting!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Naim Daniel Akui Masih Makan Bersuap Hingga Kini
Naim Daniel mengaku anak mak, masih disuap makan walaupun sudah dewasa. Kasih sayang kepada mak yang berpanjangan dan tidak pernah malu untuk menunjukkan kasih sayangnya kepada ibu-bapa walaupun di public. Comel betul!

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI