Wanita redah 300KM dari Taiping Ke KL jual sayur segar, motor jadi punca rezeki. Rezeki ada di mana-mana, asal rajin mencari dan tahu mengambil peluang. Inilah yang dilakukan oleh Siti Norol Salwani Ismail, 29 yang sanggup berulang alik dari Taiping ke Kuala Lumpur sejauh 300 KM untuk berjualan sayur segar yang dibeli dari orang kampung.
Menempuh perjalanan ratusan kilometer seorang diri, sikit pun tidak terasa penat buat wanita yang baru mendirikan rumahtangga ini buat kali kedua demi mencari rezeki. Dirinya akan memulakan perjalanan dari Changkat Jering menuju ke Bandar Sri Permaisuri, Cheras setiap Sabtu untuk berniaga sayuran segar.
Wanita Redah 300KM Dari Thaiping Ke KL Jual Sayur Segar
Motor Jadi Punca Rezeki
Siti Norol Salwani yang pernah bekerja sebagai penghantar makanan akan menunggang motosikal setiap seorang diri untuk menjual petai, pucuk paku, pucuk ubi, bayam brazil, nangka muda, durian belanda, jering dan ulam-ulaman.
Menurutnya, perancangan awal menjual sayur dan ulam-ulaman bermula pada Julai tahun lalu kerana merasakan ia akan mendapat permintaan tinggi.
“Idea menjual ini secara spontan apabila terbeli pucuk paku yang sudah tua, ulam-ulam tidak segar selain harga yang mahal. Saya teruskan perancangan berpindah ke Bukit Gantang dan berulang-alik setiap Sabtu untuk menjual sayur. Sayur-sayur ini dikutip sendiri dan beli daripada penduduk,” katanya.
Ads
Memetik laporan Sinar Harian, jualan sayur-sayur kampung sangat laris dan dirinya memperoleh keuntungan sekitar RM300 sehari.
“Tidak kekok sebenarnya menunggang motosikal kerana hampir 10 tahun tinggal di Kuala Lumpur. Empat bulan berulang-alik dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur. Sepanjang berniaga, ada yang menasihatkan untuk jual di kampung sahaja, tak berbaloi kerana jarak jauh dan sebagainya tetapi saya ‘enjoy’ berniaga sambil menyara kehidupan bersama anak,” katanya.
Bagaimanapun, usaha wanita muda berasal dari Bachok, Kelantan itu untuk terus mencari rezeki di ibu kota terhenti pada November tahun lalu apabila jentera dua tayar jenis Honda Dash yang dibelinya sejak 2018 sering rosak.
Ads
Siti Norol Salwani yang baru mendirikan rumah tangga kali kedua Jumaat lalu, menerima galakan daripada suaminya, Hazimin Radzi, 34, untuk meneruskan minat berniaganya itu.
Sekarang saya berniaga nasi kerabu dan laksam, kadang kala ada juga menerima tempahan. Usaha mengumpul deposit motosikal dilakukan sedikit demi sedikit bagi menggantikan motosikal lama.
“Saya mahu beli Yamaha LC secara ansuran. Dapat motosikal baru ini mungkin saya akan teruskan berniaga ulam-ulam di Kuala Lumpur seperti biasa,” katanya.
11 Tahun Perkahwinan Tanpa Zuriat Isteri Beri Hadiah Istimewa Buat Achey Jalani Rawatan IVF. Bukan semua pasangan yang berkahwin dikurniakan cahaya mata, begitu jugalah yang dihadapi oleh Achey dan isteri Nor Hasanah Yahaya atau lebih mesra dengan panggilan Anne.
Walaupun belum dikurniakan anak kandung namun pasangan ini tetap bersabar dan bersyukur dengan kehadiran seorang anak angkat bernama Tiara Zinnirah yang kini berusia 4 tahun.
Seperti mana yang dipetik menerusi Portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, IVF disyorkan kepada wanita yang sudah berkahwin selama dua tahun dan masih belum dikurniakan zuriat mungkin disebabkan kegagalan tiub fallopian atau ketidaksuburan yang tidak dikenalpasti.
Kejayaan IVF memerlukan ovum sihat dan baik, sperma mampu mensenyawakan ovum dan rahim boleh menampung kandungan. IVF lazimnya dicadangkan selepas teknik bantuan rawatan Inseminasi Intrauterin (IUI) gagal.
Sempena sambutan hari lahir Achey pada 17 Ogos, Anne menerusi akaun Instagranya berkongsi dirinya kini sedang menjalani rawatan persenyawaan in vitro atau singkatnya IVF.
“Happy birthday sayang. Tahun ini hadiah terindah saya bagi dekat awak. Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia akhirat….
“Semoga awak dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki, dilindungi ALLAH serta sihat tubuh badan. Aminn…
“Terima kasih menjaga saya dari dahulu sehingga sekarang. 11 tahun penantian kita, insya-ALLAH kita usaha, ALLAH yang tentukan.
“Kami kongsikan Perjalanan kami pertama kali buat IVF, 6 Jun 2022,” kongsi Anne.
Menerusi hantarannya di Instagram juga kelihatan Anne dan Achey bersama anak angkat mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor bagi bertemu Dr Tokha Muhammad.
Mak-mak yang ada anak kecil dan suka sangat buat sup bebola, memang wajib mencuba resepi bebola ayam homemade di rumah. Bukannya tak boleh beli di kedai, cuma bila buat sendiri ini mak-mak lebih puas.
Cara nak membuatnya pun, teramatlah mudah. Cubalah resepi yang dikongsikan oleh Parmiati Binti Suyudi (Atie – Yatie) ini. Ada panduan video nak bagi mak-mak lebih faham.
Bahan Bebola Ayam (Chicken Ball)
200 gram isi ayam
4 ulas bawang putih
Serbuk lada sulah dan lada hitam
1 sudu makan garam halus
1/2 gelas kiub ais
1 biji putih telur
Bahan Bawah Ini Ditapis Ya
1/2 cawan tepung ubi (tepung tapioca)
2 sudu makan tepung gandum
Secubit baking soda dan baking powder (secubit je tau)
Buatnya Macam Ini
1. Kisar ayam dan bawang putih.
2. Masukkan serbuk lada sulah dan lada hitam serta garam ikut cita rasa.
3. Masukkan putih telur dan kiub ais.
4. Campurkan bahan tapis dan kisar halus.
5. Pakai sarung tangan dan bentukkan bulat-bulat bebola ayam tu.
6. Kemudian, rebuslah bebola ayam ini sampai timbul. Bila dah timbul itu tanda dah masak.
Cara Betul Simpan Bebola Ayam Nak Bagi Tahan 6 Bulan
√ Sebaik selesai merebus, masukkan dalam bekas dan tutup kemas. Simpan dalam peti sejuk bahagian beku.
√ Bebola yang dah siap direbus itu tak perlu direndam dalam ais jika mahu disimpan dalam peti beku.
√ Jika nak terus dimakan, anda boleh rendam dalam air berisi ais untuk kekalkan kekenyalannya.
√ Bebola ayam ini boleh tahan sampai 6 bulan jika disimpan dalam peti sejuk bahagian beku.
Video : Step By Step Resepi Bebola Ayam
Kisar Semua Bahan, Jadikan Doh, Mudah Nanti Nak Bulat-bulatkan
Selepas Dibulatkan, Rebus Sampai Bebola Ayam Timbul
Jika Mahu Terus Dimakan Boleh Rendam Dalam Air Berisi Ais Untuk Kekalkan Kesegaran Dan Kekenyalan Bebola
Sumber/Foto/Video : Parmiati Binti Suyudi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Zizi Kirana pernah mengandung luar rahim. Rupa-rupanya penyanyi dan pelakon Zizi Kirana pernah mengandung namun mengalami keguguran.
Penyanyi yang berasal dari Sabah itu yang mendirikan rumahtangga bersama pelakon Yusuf Bahrin pada 19 September 2021 telah berkongsi tentang kandungan tersebut.
Pasangan yang berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia itu menyatakan hasrat untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila dia memberitau dirinya pernah mengalami keguguran sekitar akhir tahun 2021.
Zizi Kirana Pernah Mengandung Luar Rahim
Pemilik nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil turut menyatakan kandungannya tidak dapat diselamatkan kerana berada di luar rahim.
“Saya mengalami keguguran pada awal Disember 2021. Ketika itu, saya tak tahu pun sedang hamil dan sibuk dengan kerja.
“Pada mulanya, badan rasa sakit-sakit, kemudian saya teringin epal fuji merah. Bila Yusuf (suami) beli epal lain saya tak nak. Tapi layankan saja.
“Ada masa rasa tak nak makan hidangan berkuah, sampaikan tak nak tengok. Bila rasa begitu, saya jadi pelik. Jadi saya pun cuba buat ujian kehamilan, ada dua garis. Terkejutlah kami.
“Apabila buat temu janji di klinik, hari esoknya terus ada darah keluar dan sakit perut sampai menggigil. Bila ke hospital, doktor periksa ada pendarahan dan janin tak boleh diselamatkan sebab kandungan luar rahim,” kongsi Zizi seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Dua Kali Pendarahan Berlaku
Penyanyi itu juga turut berkongsi ketika kejadian dirinya terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan sebanyak dua kali akibat pendarahan terlalu banyak.
“Dua kali saya masuk bilik pembedahan dan kena bius sebab terlalu banyak pendarahan. Saya memang tak sedar.
“Apa yang saya ingat sebelum masuk bilik bedah Yusuf cakap ‘Sayang kena hidup tau… saya tunggu kat luar’.
“Saya bersyukur Yusuf selalu tenangkan saya dan beri semangat. Katanya Allah yang beri rezeki dan kita sebagai hamba-Nya perlu sentiasa bersyukur,” ungkapnya.
Walaupun berlaku keguguran namun Zizi menyatakan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk hamil.
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.