Suami Maryam dikecam netizen dakwa masuk gereja dikecam. Ryzal Ibrahim cuma lawat International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).
Baru-baru ini suami kepada Pempengaruh, Maryam Younarae, Ryzal Ibrahim telah berkongsi video dirinya melawat International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) di Bukit Tunku.
Walaupun hanya melawat ISTAC namun Ryzal dikecam netizen yang mendakwa dia memasuki gereja.
Suami Maryam Dikecam Netizen Dakwa Masuk Gereja
Video yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya, Ryzal menerangkan seni bina asal bangunan itu memang ada unsur rekaan gereja.
“Kamu tahu tak ini tempat apa? Nampak macam ‘familiar’ kan? Nampak macam gereja kan? Tempat ini adalah dewan kajian Islamik.
“‘Set-up’ tempat ini nampak macam meragukan. Namun, bila kita sampai sini, ia lebih kepada Islamik. Ia ada seni bina ukiran Sepanyol dan sedikit seni bina Islam,” ungkapnya.
Netizen ada yang meninggalkan komen yang mendakwa bangunan terbabit pernah dijadikan sebagai gereja suatu ketika dulu.
Dek kerana itu, akaun The Patriots telah mengambil peluang berkongsi fakta dan mengulas dengan lebih terperinci mengenai rekaan ISTAC berkenaan di Facebook.
“Institut ini sepatutnya kita umat Melayu kenal. Ia didirikan oleh Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas dan dirasmikan oleh Tun Mahathir Mohamad pada 1991.
“Tapi sayang, saya jumpa komen-komen yang kata ia macam gereja dan hina institut yang berjasa pada perkembangan Tamadun Melayu-Islam kini.
“Sebegini bebalkah rakyat Malaysia, kalau ISTAC yang menjadi pusat pemikiran mengkaji peradaban Islam pun mereka tak kenal?
“Pada hari ini, Dinasti Nasriyah paling diingati sebagai negara Muslim terakhir di Semenanjung Iberia setelah tumbangnya Granada kepada Kristian-Sepanyol. Lebih utama adalah legasi yang ditinggalkan olehnya terutama Alhambra.
Ads
“Seni bina Maghribi-Andalusia pun kita tak kenal sehingga didabik sebagai gereja? Oh Alhambra, menangislah dikau di Sepanyol sana, dek kerana kejahilan anak bangsa aku,” katanya.
Mengikut penerangan, seni bina ISTAC sebenarnya dinspirasikan daripada seni bina Andalusia – Maghribi.
Ia sebagai kenangan dan inspirasi kegemilangan umat Islam di Sepanyol suatu ketika dulu dapat diulangi semula pada zaman moden.
Malah The Patriots turut membuat perbandingan menggunakan contoh Hagia Sophia yang terletak di Turkiye.
Bangunan itu adalah gereja yang ditukarkan menjadi masjid ketika zaman Al-Fateh.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak-mak yang pernah menggunakan khidmat dobi layan diri tentu pernah berdepan situasi semacam ini. Walaupun kedai dobi dah tulis sabun percuma dan softener (pelembut pakaian) percuma.. tetap ada pelanggan yang memasukkan sabun debu mereka sendiri.
Kerana, ada sesetengah pengguna semacam tidak puas bila tengok pakaian yang dicuci dalam mesin basuh dobi layan diri ini tak berbuih macam dekat rumah.
Kongsi Liyana Anaqi, tak perlu sebenarnya nak masukkan sabun debu jika kedai dobi sudah sediakan sabun dan softener sendiri.
Sebab cara itu akan menyebabkan kesusahan kepada pengguna seterusnya. Beliau juga berkongsi alternatif yang boleh digunakan oleh pelanggan semasa mencuci di mesin dobi.
Hadamkan perkongsiannya,
Ada Sebab Dobi Layan Diri Bagi Sabun Percuma
Kat kedai dobi selalu ada tulis, sabun dan softener free.
Orang tak paham, depa buh gak sabun. Pekedai tulis lagi jangan buh sabun debu (serbuk). Apedehal aku guna sabun liquid.
Aku gelak besar tergolek-golek at people’s ingenuity.
Sabun debu la sebab di Kelate, padahal kat tempat lain pun gini. Buh sabun di dobi layan diri.
Tau dak pasai pa dobi layan diri bagi free sabun?
Sebab takmau buh sabun banyak la pasai. Dan sabun untuk mesin muatan hadapan, adalah sabun low suds, kurang buih. Sebab mesin tu kurang guna air.
Bila tambah sabun, jadi berjebok buih cam mesin dalam bulatan hijau tu, nanti air yang sikit membilas, dia tak bersih bilas. Masih ada sisa sabun di baju.
Bukan di baju aje. Malah di mesin pun masih bersisa buih sabun untuk next customer. Pernah je saya nak guna mesin tengok-tengok buih bertompok kat dalam. Kalau kat dalam mesin pun gini, baju dia macam mana laaa.
Please people, jangan la tambah sabun ke mesin dobi yang sedia sabun dah. Memang la tak berbuih mana. It was meant to be kurang buih, bukan technical error.
Kalau tak puas hati buih tak banyak, rasa tak bersih, boleh basuh di rumah, pastu datang dobi keringkan.
Oh tambahan, nowadays ada laundry pods. Guna laundry pods lagi senang di dobi layan diri (yang takde sabun). Dah ngam elok kuantiti, dan dah ada softener sekali.
Selepas melalui episod paling mendebarkan, hari ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi.
Hukuman ini dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan perbuatan pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa membabitkan wang RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd,.
Beliau didakwa dengan 3 pertuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa dan 3 dakwaan penggubahan wang, selepas kerajaan Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum 2018.
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas perdana menteri ini dipenjarakan 10 tahun, masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah wang RM42 juta, penjara 12 tahun penjara dan denda RM210 juta (jika gagal bayar, lima tahun penjara) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Datuk Seri Najib Razak diiringi para penyokongnya.
Hukuman Tujuh Pertuduhan Ke Atas Najib
Manakala tuduhan pengubahan wang haram pula, hakim menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.
Sejumlah 72 tahun hukuman penjara bagi kesemua sebutan pertuduhan. Namun, hakim memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak, yang bermakna Najib hanya perlu dipenjarakan selama 12 tahun.
Ahli Parlimen Pekan ini juga dikecualikan dari hukuman sebat kerana umurnya.
Najib menjadi Perdana Menteri keenam dari 2009 hingga 2018, malah menjadi ketua negara pertama di Malaysia yang diheret ke mahkamah, dibicarakan dan disabit bersalah atas pertuduhan jenayah susulan tindakannya ketika memegang jawatan itu.
Menjalinkan perhubungan dengan pasangan yang panas baran memang membimbangkan dan boleh membahayakan diri. Sebaiknya angkat kaki dan memutuskan hubungan sebegini.
Gara-gara enggan menamatkan hubungan cinta, seorang lelaki menikam bekas teman wanitanya sebelum melarikan diri dalam kejadian di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, di sini, Sabtu lalu.
Tikam Cermin, Toreh Tayar Kereta
Menceritakan semula kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Sharifah, 46, berkata, dia yang baru tiba di rumahnya berada di tempat letak kereta sebelum menyedari kehadiran bekas teman lelakinya itu.
“Dia bertindak menikam cermin pada bahagian pemandu menggunakan pisau, namun tidak berjaya. Malah, dia turut menoreh tayar hadapan dan belakang sebelah kanan menggunakan pisau.
“Dia kemudian mengambil pemadam api berhampiran lif dan memecahkan cermin hadapan kereta sehingga ia berlubang. Ketika itu, saya ada menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tikam Perut & Tangan
Sharifah berkata, dia yang panik kemudian berlari keluar dari kereta sebelum dikejar lelaki berkenaan yang menarik bajunya dan menikam di perut serta tangan.
“Selepas menikam saya menggunakan pisau, dia terus melarikan diri. Dalam keadaan menahan sakit, saya gagahkan diri untuk berjalan sebelum terserempak dengan seorang lelaki yang membawa saya ke pos pengawal.
“Saya kemudian dibawa ke Hospital Ampang dan dimaklumkan oleh pihak doktor terdapat lima tikaman di bahagian perut, lengan dan tangan.
“Difahamkan salah satu tikaman itu mengenai hati yang mengalami luka,” katanya yang masih menerima rawatan di hospital berkenaan.
Bekas Teman Lelaki Baran
Dia berkata, dia mengenali lelaki berusia 41 tahun itu menerusi aplikasi temu janji kira-kira tiga bulan lalu sebelum nekad memutuskan hubungan mereka kerana bekas teman lelakinya itu seorang yang baran.
“Kali terakhir saya bergaduh dengannya pada 26 Julai lalu disebabkan isu remeh sebelum membuat keputusan untuk berpisah. Selepas itu, dia ada memujuk untuk kembali, namun saya enggan.
“Malah, dia juga menuduh saya curang apabila masih berhubung dengan bekas suami dan sentiasa muncul di mana-mana lokasi saya berada selepas pergaduhan itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Kami sudah mengenal pasti suspek dan usaha mengesan lelaki itu masih dijalankan.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...