Lebih sebulan kehilangan suami, ibu muda segera bangkit fokus teruskan kehidupan dengan anak! Bukan mudah untuk bangkit meneruskan kehidupan dan membesarkan anak selepas kehilangan suami. Apatah lagi suami ‘pergi’ secara tiba-tiba, meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang pesan. Namun ketabahan ibu muda anak satu ini wajar dicontohi.
“Saya tidak mahu terlalu memikirkan kehilangannya dan fokus meneruskan kehidupan bersama anak,” kata bekas pekerja kilang elektronik, Nadzirah Kamaruzzaman, 29, yang kematian suami lebih sebulan lalu.
Suami Meninggal Mati Mengejut
Nadzirah mengambil keputusan berhenti kerja di Shah Alam, Selangor dan pulang ke rumah keluarganya di Kampung Kubang Kuar di sini untuk menjual kasut terpakai selepas suaminya, Allahyarham Mohamad Hafiz Sohani meninggal dunia akibat mati mengejut.
Berkongsi kisahnya, Nadzirah memberitahu, pada malam 31 November, dia menerima panggilan telefon yang memaklumkan Mohamad Hafiz mengalami sawan dan tidak sedarkan diri.
Bagaimanapun katanya, ada rakan yang membantu dan suaminya boleh bercakap seperti biasa sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
“Saya berada di rumah bersama anak kami, Mohd Faeq Mikael Mohd Hafiz, yang ketika itu berusia tiga bulan kerana bekerja shif pagi.
“Kira-kira jam 1 pagi, adik lelaki saya datang ke rumah dan memaklumkan suami saya meninggal dunia. Luruh jantung mendengarnya kerana dia tiada penyakit selama kami saling mengenali,” katanya.
Ads
Modal Dari Sedekah Kawan-Kawan & Keluarga
Nadzirah tidak mengambil masa panjang kerana memikirkan anak yang masih kecil dengan terus berhenti kerja dan pulang ke kampung.
“Alhamdulillah, ALLAH SWT permudahkan kehidupan kami dua beranak selepas adik saya, Mohd Baharizi Kamaruzzaman mencadangkan menjual kasut berjenama terpakai,” katanya ketika lawatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di rumah keluarganya pada Rabu.
Lebih mengharukan katanya, modal untuk membeli kasut hasil daripada sedekah rakan-rakan dan keluarga yang tidak pernah putus.
Nadzirah yang berpengalaman menjual beberapa produk lain sebelum ini memberitahu, jualannya kini sudah dikenali penduduk setempat dan ada yang singgah untuk membeli dan mencadangkan supaya menambah jenis kasut.
Ads
Dia juga berhasrat menjualnya melalui dalam talian dibantu adik.
Layak Terima Pencen Penakat
Ibu muda itu juga memberitahu, tiada yang dimahukan dalam hidup selain membesarkan anaknya dengan sokongan dan kasih sayang keluarga.
Ads
Sementara itu Timbalan Pengarah Perkeso negeri, Wan Izani Wan Isa berkata, Nadzirah layak menerima pencen penakat sebanyak RM1,746 sebulan seumur hidup.
“Anak Nadzirah turut layak menerima syer pencen itu sehingga berusia 21 tahun.
Menurut beliau, sebelum itu Skuad Perkeso Prihatin mengunjungi Nadzirah selepas menerima maklumat daripada orang awam dan memaklumkan layak menerima faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000.
Mingguan Wanita: Memang bukan mudah untuk membesarkan anak yang masih kecil dan meneruskan kehidupan selepas kematian suami secara tiba-tiba. Namun ketabahan ibu muda ini segera bangkit dari kesedihan dan fokus dalam kehidupan wajar dicontohi.
Rezeki, jodoh dan ajal telah ditentukan olehNya. Ditakdirkan diri kita dijemput dalam satu kejadian yang tidak disangka dan tidak tahu keadaan diri kita. Jalan terbaik untuk sahkan identiti diri tentulah melalui rekod pergigian dan ujian DNA.
Sebab itu, jangan ambil ringan tentang rekod pergigian yang kita lakukan sejak dari sekolah lagi. Inilah pentingnya bila berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini. Ini juga yang ditakdirkan oleh 5 sahabat iaitu pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang viral sebelum ini terlibat dalam kemalangan. Alhamdulillah ksemua mangsa telah selamat dikebumikan.
Malah, sebelum ini kesemua proses pengesahan identiti mangsa dilakukan melalui pemeriksaan dan padanan rekod pergigian. Daripada apa yang difahamkan, padanan atau persamaan identiti boleh dikenalpasti melalui rekod pergigian.
Tetpai, jika padanan rekod pergigian itu gagal dikenalpasti, barulah langkah seterusnya beralih kepada kepada ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Inilah yang diulaskan oleh Dr Iqbal Rosali tentang bagaimana nak kenalpasti mayat mangsa.
Macam mana rekod pergigian digunakan untuk mengenal pasti mayat?
Bila datang klinik gigi, doktor gigi akan periksa semua gigi. Itu yang selalu kita dengar doktor selalu sebut, “11 sound” “27 missing” dan lain-lain. Itu maknanya doktor beritahu pada pembantu untuk tandakan dalam rekod kita setiap keadaan gigi kita pada waktu itu.
Sebab itu benda pertama doktor gigi kena belajar ialah anatomi setiap gigi. Semua gigi ada ciri-ciri masing-masing. Contoh gigi geraham kecil pertama dan kedua tak sama bentuknya.
Kalau salah satu hilang, doktor kena tahu gigi apa yang tertinggal dalam mulut tu.
Setiap gigi ada simbol masing-masing untuk beritahu gigi itu rosak ke atau pernah dicabut ke.
Gigi rosak pun dibahagikan kepada 5 permukaan, jadi kena tanda bahagian mana yang rosak. Itu pun boleh jadi perbezaan dalam rekod.
Bila buat rawatan, doktor akan rekodkan pula apakah rawatan untuk gigi-gigi yang perlu dirawat. Gigi apa, permukaan gigi yang mana, rawatan jenis apa.
Jika rekod teratur dan keadaan gigi dalam keadaan baik, mudah bagi pasukan forensik membanding bezakan setiap rekod dengan mayat untuk mengesahkan identiti.
Mingguan Wanita : Sejak masuk sekolah, mesti ada kad warna hijau. Itulah rekod pergigian kita. Ingat itu perkara biasa. Rupanya inilah salah satu cara untuk sahkan identiti kita selain daripada ujian DNA.
Bagi seorang YouTuber macam-macam cara digunakan dengan memuat naik video semata-mata untuk mendapat view. Namun urusan berkaitan agama tak sepatutnya dijadikan satu gurauan dan bahan mainan.
YouTuber dari Palembang, Sumatera Selatan, Edo Putra ditahan kerana memberi sampah kepada orang ramai yang mempercayainya sebagai daging korban sempena Aidiladha.
Edo ditahan Unit Siasatan Jenayah Polis Palembang selepas memuat naik video berkenaan di saluran Youtubenya, Edo Putra Official dan kemudian tular di laman sosial, lapor Kompas.
Ketua Komisioner Polis Palembang, Anom Setiyadji mengesahkan penahanan tersebut semalam.Bagaimanapun, Anom belum dapat menjelaskan secara terperinci lokasi penangkapan dan motif pelaku kerana kes masih dalam siasatan.
Isi Sampah
Sebelum itu, Edo merakam video melakukan ‘prank’ dan memuat naik di saluran YouTube dengan tajuk ‘Prank bagi daging kepada emak-emak isinya sampah’.
Video berdurasi 11 minit 56 saat menunjukkan dia mengedarkan beg plastik kepada dua wanita yang percaya ia berisi daging korban.
Kedua-dua wanita itu kelihatan gembira dan bersyukur dengan pemberian yang diberikan tetapi wanita itu kecewa selepas melihat isinya hanya sampah.
Selepas melihat reaksi wanita berkenaan, Edo memohon maaf dan memberi wang RP 500,000 (RM145) kepada mereka.
MW: Nak bergurau ada batasnya. Memang agak keterlaluan apabila urusan berkaitan agama dibuat gurauan apatah lagi dijadikan ‘content’ semata-mata untuk mendapat view yang tinggi. Semoga YouTuber ini diberi pengajaran yang setimpal.
Bahagiakan jika celik saja mata, buka tingkap dan pintu rumah terbentang luas pemandangan gunung ganang yang menghijau. Tanaman sayuran pula mekar berbuah, subur hasilnya.
Perkongsian Azizul Julirin yang juga Pengarah Urusan Kundasang Aquafarm PLT tentang ayahnya ini begitu menjentik hati.
Bapanya dalam usia 62 tahun tetap produktif bekerja dengan tanam-tanamannya. Malah, kreatif dan berinovasi menghasilkan sistem tanaman hidropinik yang lebih baik.
Bukan sedikit tanaman yang ada di sekeliling kediamannya. Ada strawberi, buah tin, jambu kampung malah markisa yang sentiasa mengeluarkan hasil.
Menariknya, berganti-gantian pula jenis tanaman di sekeliling rumah mengikut bulan.
Bapa Masih Produktif Walau Usia Menjangkau 62 Tahun
Day 2 Ramadhan 2022
Alhamdulillah cuaca cantik pagi ni. Jadi saya keluar rumah hajat mau ambil gambar gunung. Bapa saya rupanya lagi dulu keluar tengok tanaman sayuran beliau.
Beliau masih sangat produktif walaupun usia sudah menjangkau 62 tahun. Saya pun kalah kalau pasal produktiviti kerja dengan beliau.
Tanaman di halaman rumah kami silih berganti. Bulan lepas tanam romaine lettuce, bulan ni tanam sayur minyak. Bulan sebelumnya tanam tomato kem, bulan ni bapa saya mau tanam tomato cherry dengan kaedah inovasi baru beliau.
Tanaman lain sekeliling rumah seperti strawberry, buah tin, jambu kampung, markisa sentiasa mengeluarkan hasil.
Anggur di rumah masih kecik. Yang di tanam di ladang sayuran saya yang sudah berbuah. Bunga ati-ati dan keladi mama punya bikin terapi walaupun sayang sekali nda boleh dimakan.
Semoga Ramadhan menjadikan kita mukmin yang lebih produktif dan berdaya usaha cemerlang.
Siapa yang pernah ke Kundasang, tentunya pernah sampai ke Kundasang Aquafarm ini. Ladang tanaman yang menghasilkan sayuran segar untuk masyarakat setempat dan sekitarnya.
Tentunya graduan Universiti Malaysia Sabah ini boleh berbangga dengan hasil tanaman yang subur lagi menghijau ini.
Anak Kongsi Rutin Bapa Setiap Pagi, Jengah Tanaman Sayuran
Jom! layankan gambar-gambar ayah Azizul yang komited dengan tanamannya.
Pemandangan yang membahagiakan. Semoga bapa-bapa kita semua sentiasa sihat setiap masa dan sempat melihat kejayaan anak-anak.
Rutin tiap pagi bapa saya, cek tanaman beliau sebelum beliau keluar tengok-tengok kebun lain.
Ada 4 rekabentuk sistem hidroponik di sini. Paling hujung kiri saya bikin, yang 3 lagi bapa saya bikin.
Inovasi sistem tanaman tomato hidroponik. Belum siap lagi. Petang bapa saya sambung dia bilang.