Kuih tart merupakan antara kuih kegemaran ramai. Baik dibuat saja-saja untuk makan sendiri ataupun dibuat berniaga pada musim-musim perayaan. Ada pelbagai resipi untuk menghasilkan kuih tart yang sedap.Namun perkongsian resipi oleh Anida Azmi ini, antara yang mak-mak boleh cuba kerana diakui sedap dan beliau buat berniaga menggunakan resepi yang dipelajari 25 tahun yang dulu. Jadi jika mak-mak nak tambah pendapatan sampingan boleh cuba resipi ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
“25 tahun dulu saya dapat ilmu belajar buat kuih tart dengan yuran RM10.Ilmu yang saya dapat manafaatkan untuk tambah pendapatan saya. Alhamdulilah walaupun dah lama saya tingalkan perniagaan ini tapi hingga kini kuih ni memang menjadi kegemaran tetamu dan biskut yang wajib ada setiap kali raya. Dengan ikhlas hati saya kongsikan resipi ni untuk teman-teman disini. Mana tau boleh dijadikan pendapatan sampingan musim raya nanti.”
Royal Pineapple Cheese Tart
Bahan-Bahannya:
Tepung gandum 350grm (anggaran)
Buttercup 250grm
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar Cream Cheese (saya guna jenama Tantura) kalau nak letak lebih pun boleh
Sedikit garam halus
1 biji kuning telor
Ads
Jem nenas secukupnya
Dulu masa niaga saya buat Jem sendiri
Tapi sekarang dah byk jual.Senang beli je (saya beli di Bagus Bakery)
Cara Membuat:
1. Satukan Buttercup cream cheese dan garam.
2.Masukkan kuning telor kacau sebati kemudian masukkan tepung gandum, tepung kastad dan tepung jagung. Uli sebati. Kalau adunan agak lembut boleh tambahkan sedikit lagi tepung.
3.Terap mengunakan acuan semperit dan gulung seperti biasa. Bila hendak dibakar sapukan kuning telor yang telah dicampurkan sedikit pewarna kuning.
4.Bakar dalam suhu 170~180 darjah Celsius selama lebih kurang 25min hingga 30min mengunakan api atas bawah.
Ads
**Saya letak dalam papercup supaya nampak kemas dan cantik.Tart ni gebu dan cair dalam mulut.Sedap!
‘Krisis makanan bukan main-main.’ Kemerosotan gandum seluruh dunia, rakyat malaysia perlu bersedia. Perkara ini jangan dibuat main, kerana bukan seorang dua yang terjejas, masalah satu dunia.
Mungkin setengah orang beranggapan tak makan gandum bukan boleh mati pun tetapi jika difikir kesan jangka panjang, banyak yang akan menerima impaknya.
Mereka yang terlibat dalam industri makanan antara mereka yang terjejas dahulu bila kilang tutup dan tiada sumber pendapatan.
Kongsi Khairul Hakimin Muhammad, rakyat Malaysia perlu bersiap sedia gais…
Selepas Rusia dan Ukrain berperang dan masih belum berhenti sehingga hari ini, kemerosotan gandum berlaku di seluruh dunia.
Terbaru, India pula tarik brek dan hentikan eksport gandum ke luar negaranya. Siap sedia krisis gandum besar-besaran kali ini. Gandum tiada, tepung tiada. Produk berasaskan gandum (tepung) semua akan tiada stok.
Roti, biskut, pasta, mi, serta apa sahaja yang menggunakan tepung, akan berlaku tiada stok. Langsung tiada gais.
Bukan Main-Main
Krisis makanan gais. Tak main-main punya.
Apabila ada stok, stok yang ada akan sedikit. Apabila sedikit, harganya akan tinggi. Standby belaka kenaikan harga tepung dan yang seangkatan dengannya gais.
2-3 bulan lepas seguni boleh dapat RM69. Kini seguni dalam RM90. Lepas ini tak tahulah berapa.
Selepas tepung, minyak masak, minyak sayuran, minyak bunga matahari, butter, margerin, susu pekat manis semua akan kekurangan stok.
India melarang eksport gandum berkuat kuasa serta-merta, ketika gelombang haba akibat cuaca panas terik menjejaskan hasil tanaman dan harga tempatan mencecah rekod paras tertinggi.
Bagaimanapun, Kerajaan India menjelaskan, pihaknya masih membenarkan eksport membabitkan surat kredit sudah dikeluarkan serta atas permintaan negara yang berusaha memenuhi keperluan keselamatan makanan mereka.
Pembeli global mengharapkan negara pengeluar gandum kedua besar di dunia ini untuk bekalan gandum, selepas eksport dari wilayah Laut Hitam merudum susulan krisis pencerobohan Russia terhadap Ukraine.
Rakyat Malaysia Perlu Bersedia
Sebelum penguatkuasaan larangan itu, India menyasarkan untuk mencatat rekod eksport 10 juta tan gandum, tahun ini.
Larangan eksport oleh India itu boleh mengakibatkan harga global melonjak ke paras baharu, sekali gus menjejaskan pengguna miskin di Asia dan Afrika.
Peningkatan harga makanan dan tenaga mendorong inflasi runcit tahunan India melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun, April lalu, serta mengukuhkan pandangan ahli ekonomi bahawa Bank Pusat perlu menaikkan kadar faedah secara lebih agresif untuk mengekang harga.
Harga gandum di India meningkat kepada rekod tertinggi, dengan beberapa pasaran mencecah 25,000 rupee (RM1,418) per tan, berbanding harga sokongan minimum ditetapkan kerajaan sebanyak 20,150 rupee (RM1,143).
Mingguan Wanita : Sebagai isteri dan ibu, kawallah perbelanjaan isi rumah dan berbelanja mengikut keperluan tanpa perlu membazir.
Susah cari rezeki lepas motor terbakar, Nurul Izzah bantu seorang ibu beli dalam tempoh 3 jam. Nurul Izzah terus berkhidmat walau bukan MP Permatang Pauh.
Walau dirinya bukan lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, namun jasanya terus ditagih rakyat untuk membantu tambah-tambah lagi itulah saja kenderaaan mencari rezeki.
Betapa bertuahnya Malaysia apabila masih ramai yang baik hati dan sedia membantu meringankankan beban mereka yang diuji.
Susah Cari Rezeki Lepas Motor Terbakar
Kita sememangnya terkenal kerana kemurahan hati dan sedia tolong menolong di antara satu sama lain. Buktinya walau dirinya bukan lagi ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah masih prihatin membantu penduduk Seberang Jaya yang diuji musibah dengan membelikan sebuah motosikal buat seorang ibu.
15 penduduk di Flat Tuna Seberang Jaya kerugian ribuan ringgit apabila motosikal hangus dalam kebakaran
Memahami itulah satu-satunya rezeki si ibu gunakan untuk mencari rezeki, berkat Kerjasama dengan rakan-rakan dan sedekah dari kenalannya, masalah warga penduduk di Flat Tuna Seberang Jaya di atasi dalam masa 3 jam saja.
Beberapa hari lepas, saya menerima mesej daripada seorang penduduk Seberang Jaya meminta bantuan. Katanya, 15 penduduk di Flat Tuna Seberang Jaya jatuh terduduk apabila motosikal yang mereka miliki hangus dalam suatu kebakaran.
Katanya lagi, itu sajalah mod pengangkutan yang ada untuk pergi kerja, menghantar anak ke sekolah, membawa ahli keluarga sakit ke hospital, dan macam-macam lagi.
Penduduk yang terjejas ni semuanya dari keluarga berpendapatan rendah, justeru sukar dan tidak mampu membeli ‘kuda’ baru.
Nurul Izzah Bantu Seorang Ibu Beli Dalam Tempoh 3 Jam
Ya, saya bukan lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, namun ramai penduduk yang datang memohon bantuan daripada saya.
Mereka juga ada bertemu wakil rakyat kawasan, tetapi mereka datang kepada saya dengan permohonan ini kerana masih menantikan penyelesaian. Syukur Alhamdulillah – kadang-kadang rezeki datang daripada pelbagai sumber rezeki.
Sebelum delivery motor baru, saya mintak isi kan minyak motor full tank supaya mereka boleh terus guna! 💪🏽 Terima kasih, Lee Khai Loon 李凯伦 bantu saya sekali!Alhamdulilah, dapat nego bersama kedai motor! Dari RM4,000 jadi RM3,500. Saya ucap terima kasih pada owner kedai, bersama misi kami bagi membantu mereka yang terkesan.
Saya team up dengan YB Lee Khai Loon 李凯伦 dan cuba cari jalan untuk menyelesaikan isu rakyat di Seberang Jaya ini.
Alhamdulillah, kami berdua berkat sumbangan juga hamba-hamba Allah SWT lainnya mampu meraih wang sebanyak RM30,000 untuk membantu meringankan beban mereka.
Kami pergi ke kedai motor dan membeli Modenas Kriss MR3. Asalnya, harga motor ni dalam RM4,000 sebijik, tetapi akhirnya dibeli pada harga RM3,500 seusai proses rundingan nego!
Saya tersentuh. Owner kedai sangat baik dan prihatin – beliau bagi diskaun, bila tahu tentang usahasama demi membantu keluarga berpendapatan rendah di Seberang Jaya. Syabas!
Berkat dokongan team dan sukarelawan, proses lesen, road tax, insuran, dan isi minyak full tank selesai! InshaaAllah, semoga token kecil ini dapat membantu mereka mencari pendapatan dan meneruskan kehidupan. ‘Kuda’ dah ada, bolehlah pergi mencari rezeki semula.
Sedih tengok keadaan di mana semua motorsikal hangus dijilat api.Kakak ni cerita pada saya, tak sangka, sekelip mata hilang segalanyaHampir kakak menitiskan air mata dan terharu bila lihat saya datang delivery motor baru dalam masa 3 jam 🥺 saya hanya minta kakak mendoakan saya dan pesan supaya bawa motor dengan berhati hati!
Saya sedar, saya bukan lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, tapi Permatang Pauh sentiasa di hati saya, selama-lamanya.
Isu 15 motosikal terbakar ini juga mendapat perhatian dari ahli Parlimen Permatang Pauh, Ustaz Fawwaz namun ia belum diselesaikan.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kasihan sungguh nasib seekor kucing yang ditinggalkan dalam rumah kosong selama 52 hari, hingga terdesak makan cebisan kertas untuk terus hidup. Fitrah kucing makan sumber makanan berasaskan daging, namun siapa sangka kerana lapar dan tiada sumber makanan lain, hingga terpaksa makan kertas.
Makan Kepingan Kertas
Seekor kucing ditemui terselamat selepas ditinggalkan bersendirian di dalam sebuah rumah kosong selama 52 hari dengan hanya memakan kepingan kertas, lapor akhbar Daily Star semalam.
Kucing yang dinamakan Finn itu ditemui oleh seorang pembeli rumah yang ingin memasuki rumah baharunya itu.
Haiwan tersebut kemudiannya dibawa menemui doktor haiwan, dan hasil pemeriksaan mendapati, perutnya dipenuhi dengan kertas yang dimakan akibat terdesak.
Enggan Di Samping Manusia
Menurut Ketua Perlindungan Haiwan Belanda, Dik Nagtegaal, Finn buat masa ini enggan berada di samping manusia.
“Finn amat kurus ketika ia ditemui di rumah tersebut, namun kini telah sihat.
“Berkemungkinan terdapat paip bocor di mana-mana yang membolehkannya untuk minum air.
“Ia amat sedih dengan apa yang telah dilaluinya. Jadi, kami akan mencari seorang pemilik yang sesuai dengannya,” kata Nagtegaal.
Dibuang Tanpa Makanan & Minuman
Setakat ini, polis masih mencari pemilik lama Finn, yang berkemungkinan berdepan dengan tuduhan kekejaman terhadap haiwan.
Selain itu, polis juga tidak dapat memastikan bagaimana kucing itu boleh berada di dalam rumah kosong tersebut, selain tidak menolak kemungkinan bahawa ia dibuang oleh pemiliknya di situ tanpa sebarang makanan dan minuman.
Mingguan Wanita: Kasihannya, terdesak lapar sehingga terpaksa makan cebisan kertas. Jika nak ‘buang’ kucing sekalipun, letaklah ditempat terbuka dan ramai orang, serta letak sekali makanan dan minummanya. Bukannya dibiarkan begitu sahaja, terkurung dalam rumah kosong.