Ustazah Asma’ Harun beri amaran, ada produk guna nama & gambar dirinya lariskan jualan. Sesetengah orang menggunakan populariti orang lain untuk melariskan produk jualan dengan cara yang salah dan tiada keberkatan dalam perniagaan.
Antara yang menjadi mangsa nama dan gambar digunakan ialah pendakwah Ustazah Asma’ Harun yang turut menjadi mangsa.
Ustazah Asma’ Harun Beri Amaran
Bukan satu, dua atau tiga tetapi lebih banyak dari itu. Dalam satu perkongsian di facebooknya, pendakwah ini memberi amaran untuk mengambil tindakan saman jika nama dan gambarnya terus digunakan dalam penipuan jualan ini.
Dalam satu perkongsian di facebooknya, dirinya berkongsi amaran ini.
HATI-HATI DENGAN IKLAN PRODUK SEPERTI DI BAWAH, IA ADALAH PALSU DAN SATU PENIPUAN MENGGUNAKAN NAMA DAN GAMBAR SAYA, JANGAN TERPEDAYA
Saya ingin menegaskan bahawa semua posting berkaitan produk di bawah ini adalah PALSU DAN SCAMMER yang menggunakan nama saya untuk melariskan perniagaan mereka.
Mohon agar orang ramai lebih berhati-hati dan TIDAK TERPEDAYA.
Ads
Saya juga ingin menyeru Tuan/Puan semua untuk melaporkan laman facebook (report page) sebagai fake account kerana telah menggunakan gambar saya sendiri, Ustazah Asma’ Harun di media sosial mereka bagi tujuan PENIPUAN.
Ada Produk Guna Nama & Gambar Dirinya Lariskan Jualan
DI BAWAH ADALAH SEBAHAGIAN POSTING SCAMMER YANG DITEMUI, NAMUN MASIH BANYAK BENTUK LAMAN PALSU LAIN YANG DIBANGUNKAN SEMATA-MATA UNTUK MARKETING PRODUK DAN PELABURAN MEREKA.
Saya senaraikan SCAMMER di posting ini sebagai rujukan Tuan/Puan dan mohon semua bersama dalam usaha REPORT PAGE SCAMMER tersebut andai ternampak atau terjumpa di mana-mana laman media sosial agar tiada yang menjadi mangsa tipu daya.
Ads
Malah lebih teruk lagi, bayangkan jika produk tersebut memberi kesan negatif dari segi kesihatan kepada mereka yang membeli dan melanggan.
Di sini, saya Ustazah Asma’ binti Harun memberi PERINGATAN buat mana-mana individu mahupun organisasi yang menggunakan nama saya untuk tujuan PENIPUAN, tindakan undang-undang akan diambil ke atas pihak yang berkenaan.
Ads
SEKALI LAGI, KEPADA PEMILIK AKAUN PALSU INI, JIKA TIDAK DITURUNKAN SEGERA POSTING BERKAIT PRODUK YANG DIPALSUKAN DENGAN ENTITI SAYA SENDIRI, TINDAKAN TEGAS AKAN DI AMBIL.
Minyak wangi sememangnya aksesori penting untuk lelaki mahupun wanita untuk tampil berkeyakinan di khalayak ramai. Wangian yang mempersona mampu membangkitkan rasa dan memberi keselesaan buat si pemakai.
Komited untuk meneroka pasaran minyak wangi tempatan termasuk di peringkat antarabangsa, jenama Ameer Safone baru-baru ini melancarkan tiga rangkaian wangian eksklusif sebagai tanda pengenalan kepada semua penggemar wangian.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ameer Safone Ventures , Amirul Safuan Mohd Ishak berkata, tiga wangian tersebut iaitu Baiduri, Srikandi dan Mahkota dihasilkan khusus bagi melengkapi personaliti si pemakai mengikut selera masing-masing.
Menurut Amirul, jenama Ameer Safone diyakini mampu menjadi sebahagian daripada kejayaan integral Malaysia dalam usaha mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjelang 2023.
Dalam berkongsi mengenai motivasi diri dan sumber inspirasi, Amirul menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menganggap ketidakupayaan atau statusnya sebagai orang kurang upaya (OKU) sebagai batu penghalang dalam membina empayar perniagaan. Mengekalkan pemikiran yang positif, Amirul yakin bahawa tiada yang mustahil, dan kejayaan boleh digapai dengan semangat dan tekad yang kuat.
‘‘Terlibat dalam kemalangan pada tahun 2020 secara drastik telah mengubah hidup saya. Daripada menjalani kehidupan biasa, saya terlantar di katil hampir dua (2) tahun. Walau bagaimanapun, saya enggan membiarkan kekurangan fizikal saya menjadi penghalang untuk saya berjaya.
Sebagai seorang Muslim, saya berpandukan kepada kepercayaan bahawa Allah SWT telah menjadikan kita manusia berakal dan secara lahiriah, kita mempunyai daya tahan untuk berkembang maju. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), bantuan zakat, institusi korporat serta keluarga dan rakan-rakan atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi sepanjang perjalanan saya dalam pemulihan,’’ katanya.
Amirul percaya bahawa terdapat banyak lagi pengalaman dan pencapaian yang masih belum diraih. Justeru, beliau berazam untuk terus bangkit dan cuba mengejar kejayaan walaupun di sebalik kekurangan dirinya kini. Beliau mendapat inspirasi daripada ramai individu kurang upaya yang berjaya dalam pelbagai bidang.
‘‘Satu perkara yang saya percaya adalah, kita harus kreatif dalam kehidupan ini. Kini terdapat pelbagai pelbagai kemudahan teknologi yang boleh membantu daya kreativiti kita walaupun dengan batasan fizikal, dan saya menggunakan kesemuanya.
Ramai berkata, bidang keusahawanan mempunyai banyak risiko yang bakal dihadapi, tetapi hakikatnya semua perkara ada risiko dalam hidup ini. Perkara yang menarik dalam dunia keusahawanan ini adalah anda boleh mengawal dan melakar perjalanan anda sendiri,’’ katanya.
Amirul juga tidak menafikan kekuatan dan keberanian yang dimiliki selama ini diwarisi daripada Allahyarhamah ibunya yang turut berkecimpung dalam dunia perniagaan dan banyak mencurahkan ilmu pengetahuan yang kini dimanfaatkan dengan sebaiknya.
‘‘Bagi saya, Allahyarhamah ibu memang seorang pejuang. Mesikipun beliau diuji dengan kanser tahap empat (4), beliau masih boleh kekal tenang dan positif, manakala ayah saya sentiasa menjadi penyokong utama. Atas sebab itu, saya dedikasikan jenama Ameer Safone sebagai sebuah epitome keberanian dan daya tahan yang turut melambangkan semangat saya,’’ tambahnya.
Ameer Safone memperkenalkan tiga (3) haruman minyak wangi dalam koleksi sulung iaitu ‘‘Srikandi’’, ‘‘Bahaduri’’, dan ‘‘Mahkota’’. Setiap haruman unik dihasilkan khusus bagi melengkapi personaliti si pemakai mengikut citarasa masing-masing, menggunakan bahan semula jadi.
‘‘Srikandi’’ menampilkan aroma manis yang melambangkan keanggunan, keyakinan dan feminin. ‘‘Bahaduri’’ bercirikan lelaki moden yang tampan bergaya, melambangkan kekuatan, keberanian, serta ketenangan. ‘‘Mahkota’’ menawarkan haruman yang diilhamkan oleh budaya Timur Tengah, membangkitkan unsur kemewahan dan misteri.
Malah, Amirul berkata, jenama Ameer Safone juga diyakini mampu menjadi sebahagian daripada teras pembangunan Malaysia Madani iaitu Kesejahteraan ekonomi, sosial dan kelestarian alam melalui budaya ilmu dan kepelbagaian pandangan.
Berkongsi mengenai cetusan perniagaan, Amirul yang memulakan langkah dalam bidang keusahawanan sejak setahun lalu mengakui bahawa dunia wangian tidak asing bagi dirinya memandangkan sejak sekian lama merupakan penggemar dan pengumpul koleksi minyak wangi dari seluruh dunia.
“Idea ini datang kerana saya sendiri sebenarnya adalah peminat minyak wangi. Saya mempunyai banyak koleksi wangian daripada pelbagai jenama terkemuka dunia. Malah, minyak wangi juga membuatkan saya sentiasa teringat akan Allahyarham ibu tersayang.
“Saya percaya bahawa wangian juga mampu menjadi ‘mesin masa’ yang membawa kita kepada memori atau nostalgia lalu,”katanya.
Menurut Amirul, meskipun sedar bahawa wujud persaingan sengit dalam dunia perniagaan minyak wangi khususnya bagi produk tempatan, ia bagaimanapun bukan satu halangan untuknya mengambil peluang untuk meneroka potensi dalam bidang keusahawanan.
“Memang pada awalnya ramai yang skeptikal sebab saya tak pernah menjalankan perniagaan minyak wangi. Bagaimanapun, saya memiliki latar belakang dalam bidang perbankan dan pengurusan kewangan sebelum ini.
“Jadi, kepakaran dan ilmu dalam bidang itu saya suntik dalam dunia baharu yang saya cuba terokai kini. Saya sedar, ada banyak persaingan sebab ramai sahaja pengeluar minyak wangi yang menguasai pasaran tempatan.
“Bagi saya, mengapa tidak? Saya juga mendapat banyak sokongan daripada pelbagai agensi termasuk usahawan lain. Ini memberikan saya semangat untuk meneruskan cita-cita,”katanya.
Jelas Amirul, menerusi kempen keutamaan dan pembelian barangan lokal yang sedang rancak dilakukan oleh pengguna juga dilihat sebagai satu bonus buat usahawan tempatan sepertinya sekali gus diyakini mampu menjadikan rangkaian minyak wangi Ameer Safone sebagai pilihan ramai.
Malah, kata Amirul, menerusi pengenalan tiga rangkaian wangian ini, ia sejajar dengan hasratnya untuk mengangkat nilai produk jenama tempatan setanding dengan jenama terkemuka antarabangsa.
“Antara inspirasi saya adalah untuk membuktikan kepada semua bahawa produk tempatan juga mampu berada setanding dengan produk luar negara terutama dari sudut kualiti. Persaingan bagi saya adalah normal untuk mana-mana produk.
“Permintaan pasaran untuk minyak wangi berjenama mewah pun sentiasa sahaja ada. Tetapi saya yakin jenama tempatan seperti Ameer Safone ini juga mampu mendapat tempat di hati penggemar wangian kerana kita juga menjaga kualiti dan eksklusiviti.
“Tiga rangkaian wangian kita juga unik dengan notasi haruman berbeza yang mampu memikat jiwa sesuai dengan personaliti masing-masing. Kita juga menggunakan bahan semula jadi untuk membangkitkan haruman segar dan istimewa tiga wangian ini,”katanya.
Amirul berkata demikian semasa ditemui pada Majlis Pelancaran Wangian Ameer Safone; ‘Celebrating Resilience, the New Beginning’ di Worq KL Sentral, di sini, baru-baru ini. Majlis telah dirasmikan oleh mantan pengerusi kumpulan CIMB, Tan Sri Nazir Razak.Turut hadir ialah Pengasas dan Presiden Persatuan OKU Sentral, Datuk Dr Ras Adiba Radzi dan Ketua Pegawai Eksekutif WORQ, Stephanie Ping.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tiktokers Korea akui durian Malaysia lagi sedap banding Thailand, “so lemah, tak sedap & rasa pun kurang. Bila sebut tentang durian, ramai yang suka pada Raja Buah ini. Ada banyak jenis seperti Blackthorn, Musang King, Duri Hitam dan banyak lagi.
Isi pun ada berbagai termasuk kuning keemasan, kekuningan bahkan rasa juga berbeza seperti lemak manis, ada rasa pahit serta lain lagi. Tak hairanlah setiap kali musim buah, peminat akan berpusu membeli walau ada kala harganya tak masuk akal.
Banding durian Malaysia dan negara jiran, Thailand, ramai mengatakan buah durian Thailand nampak besar dan warna keemasan tetapi dari segi rasa mungkin tidak seenak rasa durian Malaysia.
Seorang Tiktokers Korea, Tara Choi yang bekerja sebagai Content Coordinator di Malaysia yang mencuba durian Thai jenis Monthong, mengakui durian Thailand tidak sesedap durian Malaysia.
Dalam video dimuat naik di Tik Toknya @tara_choi kelihatan Tara Choi membeli durian di pasar malam Thailand. Dirinya membawa balik ke hotel (mungkin tiada bau jadi tiada masalah dikesan) dan mencubanya.
Mengakui durian Thailand agak besar tapi sebaik mencuba dirinya faham kenapa durian Malaysia lagi sedap.
“Tak sedap, itu ayat pertama keluar dari mulutnya sebaik mencuba durian Monthong itu. Tak macam durian, so lemah katanya.
“Bau pun kurang, rasa pun kurang, rasa pun kurang. Saiz saja besar tapi rasa tak ada,” katanya mengakui durian Malaysia lagi sedap.
Jutawan tudung bawal, Haliza Maysuri ternyata tidak dapat menyembunyikan keterujaan dan kegembiraan menerima kehadiran menantu di dalam keluarganya. Mana tidaknya, empunya Bawal Exclusive ini membelanjakan lebih RM3.5 juta untuk meraikan hari bahagia anak sulungnya, Zuhaini Syazwan.
Teruja melihat pengantin perempuan mengundi hari ini, tetap meluangkan masa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.