Dek kerana terlalu rindu arwah ibunya, seorang jemaah wanita rebah tiga kali di atas pangkuan Ustazah Asma’ Harun. Insiden itu berlaku setelah selesai ibadah saie dilakukan.

Jemaah Wanita Rebah 3 Kali Atas Pangkuan Ustazah Asma’ Harun Selesai Saie

Dalam satu perkongsian di Facebooknya, Ustazah Asma’ ada bercerita tentang pengalamannya berhadapan dengan jemaah yang rebah ketika menunaikan ibadah umrah di Makkah. Kejadian ini berlaku kira-kira dua tahun yang lalu (Oktober 2022).

“ALLAH… Mak… Mak… Allahu Akbar, 3 kali jemaah wanita ini rebah atas pangkuan saya dan beberapa jemaah wanita lain.”

“Sebaik selesai ibadah saie, 7 kali ulang alik sejauh   lebih kurang 3.5 km, setibanya di Bukit Marwa, beliau pada awalnya stabil dan memeluk saya sekuatnya sambil memberitahu bahawa umrah yang dilakukan ini untuk ibunya.

Jemaah Wanita Rebah 3 Kali Atas Pangkuan Ustazah Asma’ Harun Selesai Saie, Rupanya Terlalu Rindu Arwah Ibu

“Saya cuba menyejukkan hatinya dengan berulang kali memberitahu bahawa, “Insya ALLAH, kita berdoa dan bersangka baik bahawa pahala umrah ini telah membahagiakan arwah ibu beliau hingga alam barzakhnya bercahaya dan ibarat taman syurga, insya ALLAH tak lama lagi akan berkumpul kembali di syurga,” cerita Ustazah Asma.’

Menurut Ustazah Asma’ setelah selesai mengerjakan saie, kaki wanita itu seolah tidak lagi berdaya walau sedikit pun. Badannya juga lemah longlai. Lidahnya tidak henti-henti menyebut, ALLAH.. mak.. mak.. mak.. dengan air mata yang bercucuran.

IKLAN

“Boleh jadi sepanjang perjalanan bermula dengan tawaf dan saie, ingatan dan hatinya sarat rindukan arwah ibunya yang tidak terbendung lagi. Pengalaman sendiri, setiap kali melakukan ibadah badal umrah buat arwah ayah memang akan terasa sangat berat dan sayu, sepanjang tawaf dan saie seperti terbayang-bayang wajah arwah dengan senyuman dan suara memanggil nama kita,” jelas Ustazah Asma’ Panjang lebar.

Jemaah Wanita Rebah 3 Kali Atas Pangkuan Ustazah Asma’ Harun Selesai Saie, Rupanya Terlalu Rindu Arwah Ibu

Jelas Ustazah Asma’ lagi, jemaah wanita itu berusia sekitar 62 tahun (ketika itu). Beliau adalah anak yang direzekikan untuk menjaga ibunya sehingga kembali ke pangkuan Ilahi sekitar 4 tahun yang lalu (ketika itu).

“Saat itu arwah ibunya berusia sekitar 80 tahun lebih. Suaminya juga telah meninggal dunia sebelum ibu tercinta. Begitulah yang diceritakan oleh adik dan kakaknya yang juga turut sama dalam jemaah umrah kali ini.

IKLAN

“Akhirnya kerana ketidakmampuan beliau berjalan bahkan untuk berdiri pun tidak mampu, lalu wanita ini ditolak dengan kerusi roda hingga ke bilik. Begitulah antara kisah sayu yang berlaku ketika menunaikan ibadah umrah,” jelas Ustazah Asma.’

Jemaah Wanita Rebah 3 Kali Atas Pangkuan Ustazah Asma’ Harun Selesai Saie, Rupanya Terlalu Rindu Arwah Ibu

Akui Ustazah Asma’ lagi sebenarnya banyak kisah syahdu yang berlaku ketika beliau menyertai trip mengerjakan umrah. Kebanyakan jemaah yang menyertai trip umrah majoriti terdiri daripada mereka yang berusia dan uzur. Masing-masing sarat dengan pengalaman hidup yang pahit dan manis.

IKLAN

Diharapkan dengan perkongsian Ustazah Asma’ ini dapat dijadikan iktibar agar dapat dijadikan panduan bersama. Semoga kita menjadi insan yang lebih baik di dunia dan di akhirat.

Sumber: Ustazah Asma’ Harun 

Kredit (gambar kaabah): Freepik 

Artikel berkaitan: “Tidak Salah Ingin Menjadi Kaya, Namun Jadilah Orang Kaya Yang Beriman Dan Bertaqwa” Ustazah Asma’ Harun

Ustazah Asma’ Harun Hiking Pakai Jubah, Uji Stamina & Nikmati Keindahan Alam, Comel Sangat!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI