Baharu minggu pertama berlangsung, sudah ada penyingkiran dalam Akademi Qurra 2024. Tilmiz Arif menjadi peserta pertama tersingkir apabila mengambil Keputusan menarik diri atas faktor peribadi.
Menurut Pemangku Pengurus Kanan Program Akademi Qurra’ 2024, Zulkarnaen Mokhtar, keputusan Tilmiz Arif menarik diri berlaku pada saat-saat akhir berikutan isterinya sedang sarat hamil dan atas beberapa faktor peribadi yang tidak dapat dielakkan.
Penyingkiran peserta dari Kota Bharu Kelantan itu bagaimanapun digantikan apabila pihak produksi membawa masuk seorang peserta baharu iaitu Tilmizah Athiyyah.
“Jika diikutkan minggu pertama tiada penyingkiran, namun atas permintaan peserta untuk menarik diri, kami terpaksa akur dan tempatnya digantikan dengan kemasukan Tilmizah Athiyyah di mana dia merupakan peserta ke-13 terbaik daripada senarai finalis,” katanya kepada media sejurus selepas usai episod pertama Akademi Qurra 2024 sabtu lalu.
Terdahulu, kedudukan tertinggi pada minggu pertama disandang oleh Tilmiz Amnan dan Tilmizah Firza yang masing-masing memperoleh markah 92 peratus. Manakala Tilmiz Dr Adlee menduduki tangga terbawah dengan markah 84 peratus.
Tilmiz Luqman pula dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Alunan Terindah yang membawa pulang wang tunai RM500 dan sebuah rehal dari Million Bucks.
Penjurian markah diadili daripada Taranum, Alunan Suara, Tajwid dan Fasohah yang masing-masing membawa 25 peratus.
Akademi Qurra’ 2024 diadili oleh Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman selaku juri tetap dan dibantu oleh Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarim. Seramai 12 peserta bakal berentap bagi merebut gelaran juara Akademi Qurra’ 2024 sekali gus membawa pulang hadiah utama. Akademi Qurra’ 2024 bersiaran secara langsung menerusi saluran TV AlHijrah, setiap Sabtu, jam 9 malam.
Perasan tak, kalau kita sedang mengambil makanan panas, secara automatik akan tiup makanan itu dahulu sebelum masuk ke mulut. Tak kiralah jenis makanan atau minuman sekalipun. Sedangkan kalau orang tua cukup marah bila kita buat macam tu.
Kadang-kadang, dia tak bagitau secara terperinci kenapa tidak boleh. Katanya ‘tidak baik’. Malah, ia turut dikaitkan dengan larangan Nabi Muhammad s.a.w supaya tidak berbuat demikian.
Sebenarnya, ada sebab orang tua marah kalau kita tiup makanan. Antara yang dikongsikan oleh Habibah Badar Bajrai boleh memberi manfaat pada kita semua sebab apa larangan itu.
Orang tua tua selalu marah bila kita suka tiup makanan atau minuman yang panas.
Mereka cuma selalu cakap, tak bagus.
Rupanya, Nabi Muhammad s.a.w sendiri tak beri kita tiup makanan atau minuman.
Tiup makanan atau minuman ni boleh sebab kan macam-macam penyakit. Antaranya:
1. Penyakit Jantung, Buah Pinggang Dan Sistem Tubuh
Tahu tak, bila kita meniup makanan atau minuman, udara (karbon oksida /CO2) yang kita tiupkan dalam makanan atau minuman akan menghasilkan H2CO3 atau carbonate acid.
Bila bahan kimia tersebut masuk dalam perut kita, kita mudah dapat risiko penyakit jantung dan buah pinggang. Sistem badan pun boleh terganggu.
2. Partikel Berbahaya
Dalam mulut kita terdapat partikel bahaya iaitu sisa makanan dalam mulut yang membusuk sampai bau mulut jadi tak sedap.
Bau ni kan, bila kita tiup dalam air panas yang kita nak minum, dia akan menempel dan tak bagus kalau kita minum lagi.
3. Bakteria
Bila kita tiup makanan especially makanan untuk anak, micro organism yang ada dalam mulut kita akan berterbangan keluar bersama virus dan bakteria. Jadi kita dah sebarkan pulak bakteria tu kat anak kita.
Tak pasal-pasal kalau ada penyakit, penyakit tu akan menular.
Jadi sebenarnya jangan asyik nak cari makanan berkhasiat tapi masih buat benda-benda yang boleh datang kan mudarat untuk kesihatan.
Dari Abu Said Al Khudri bahwasanya Nabi saw melarang meniup minuman
(HR. Tirmidzi)
“Sesungguhnya Nabi saw melarang untuk bernafas atau meniup wadah air minum.”
(HR. Al-Tirmidzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728)
MW: Kalau tak nak tiup, biarkan seketika makanan itu sejuk dulu, jangan gelojoh. Baru tau pesanan orang tua-tua dulu ada benarnya.
Bulan Zulhijjah antara bulan kebesaran Islam. Kita dituntut untuk menambah nilai ibadah untuk merebut ganjaran pahala yang dijanjikan terutamanya pada 10 hari pertama dalam bulan ini.
22 Julai 2020 ini, iaitu esok merupakan 1 Zulhijjah 1441.In yang kita perlu ambil tahu.
1. 10 hari pertama di bulan Zulhijjah ini (iaitu 1 Zulhijjah Rabu hingga 10 Zulhijjah Jumaat) adalah hari-hari yang sangat mulia di sisi Allah. Saya ulang “HARI-HARI YANG SANGAT MULIA DI SISI ALLAH”.
2. Ia bukan sembarangan hari. Ia adalah hari-hari yang DICINTAI ALLAH. Oleh kerana itu, Allah akan melipat gandakan pahala bagi setiap amalan soleh yang dilakukan pada hari-hari tersebut.
3. Pahala yang dilipat gandakan itu adalah lebih dari hari-hari biasa. Hari-hari biasa 1 amalan soleh dibalas 10, akan tetapi dalam 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini akan dibalas 700 kali ganda.
4. Jangan biarkan hari-hari terbaik ini berlalu tanpa kita MENAMBAH NILAI IBADAH.
5. PERBANYAKKAN amalan ibadah di 10 hari yang mulia ini seperti;
Solat sunat.
Puasa sunat (1-9 Zulhijjah sahaja dibenarkan).
Sedekah.
Zikir dan salawat.
Membaca Al-Quran.
Qiamullail.
Qurban.
Membantu orang lain.
Menuntut ilmu.
Bertaubat.
Dan lain-lain.
6. Para ulama’ menyatakan bahawa TANDA seseorang itu BERUNTUNG ialah dia diberi Allah hidayah dan taufiq untuk MENAMBAH IBADAH di hari-hari yang mulia di dalam Islam.
Semoga kita adalah hamba-hamba Allah yang beruntung itu, amin.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-sama kita rebut peluang menambah ibadah, agar segala amalan diterima dan dilipatkali gandakan pahala pada bulan Zulhijjah ini.
Tukar duit raya. Ini salah satu perkara wajib yang kita akan buat bila tiba ahari raya. Nak beri duit raya bukan pada mak ayah tapi anak saudara, ahli keluarga dan tetamu kecil yang datang ke rumah.
Biasanya dua minggu atau seminggu sebelum raya, inilah masa untuk tukar duit raya. Kalau boleh mestilah nak duit baru yang biasa bank-bank akan keluarkan khas untuk hari raya.
Memikirkan nak beratur panjang semata-mata nak tukar duit raya, ada daripada kita lebih rela minta kenalan tolong tukarkan. Tak kurang juga yang ada mengambil kesempatan dengan mengenakan caj sebagai upah.
Ada beberapa senario yang perlu kita tahu bila tukar duit raya. Mungkin cara kita itu boleh membawa kepada isu riba, jatuh haram kalau ikut hukumnya.
Macam mana nak tahu ada isu riba dalam tukar duit raya ini, ikuti perkongsian daripada Ustaz Lariba ini.
Tukar duit raya, dengan maksud kita bagi RM500 duit terpakai kepada seseorang, dan kita dapat duit baharu RM500 dalam denominasi tertentu seperti RM10, atau RM20, adalah tertakluk kepada hukum hakam al-sarf.
Oleh sebab tukar duit raya melibatkan item ribawi iaitu wang kertas, dan melibatkan dua item yang sama iaitu ringgit ditukar dengan ringgit, maka WAJIB menepati dua syarat:
1. Penyerahan duit terpakai dengan duit baharu berlaku dalam satu sesi/majlis tanpa penangguhan. Jika ada penangguhan maka berlaku RIBA NASA’;
2. Pertukaran hendaklah dengan kadar yang sama, tanpa ada lebihan. Jika ada lebihan maka berlaku RIBA FADHL.
Mari kita aplikasikan dua syarat di atas pada senario-senario di bawah:
Senario 1:
A mahu menukar duit raya sejumlah RM1000 daripada B.
A serahkan duit terpakai kepada B pada hari ini, kemudian B serahkan duit baharu pada keesokan harinya.
Hukum: Haram kerana berlaku riba nasa’ sebab ada penanggguhan (melainkan guna Senario 4).
Senario 2:
A mahu menukar duit raya sejumlah RM1000 daripada B.
B bersetuju dan mengenakan caj RM10 ke atas A.
Lalu A membayar RM1010 duit terpakai, dan B menyerahkan RM1000 duit baharu.
Hukum: Haram kerana berlaku riba fadhl sebab pertukaran dengan jumlah yang tak sama.
.
Senario 3:
A mahu menukar duit raya sejumlah RM1000 daripada B.
A mewakilkan C untuk menukarkan duit dengan B.
C sebagai wakil mengenakan caj sebanyak RM10 ke atas A.
A menyerahkan RM1010 kepada C, dan keesokannya C membayar RM1000 kepada B, dan B membayar RM1000 duit baharu kepada C.
C kemudian menyerahkan RM1000 duit baharu itu kepada A.
Hukum: Harus, kerana tidak berlaku riba. Kelewatan antara A dan C adalah kelewatan dalam bab wakalah (jadi wakil).
Manakala transaksi al-sarf berlaku antara B dan C tanpa penangguhan.
Lebihan RM10 juga adalah berlaku dalam bab wakalah sebagai upah wakil atas sebab A mengetahu dan bersetuju dengannya. Manakala dalam akad al-sarf tidak berlaku sebarang lebihan.
Senario 4:
Maslan ingin menukar duit raya sejumlah RM1000 daripada Bank XYZ.
Maslan mempunyai seorang kawan, bermama Awang yang bekerja di Bank XYZ tersebut.
Maslan menyerahkan duit RM1000 kepada Awang pada waktu pagi sebelum Awang pergi kerja.
Di Bank XYZ, Awang menukarkan duit Maslan di kaunter tukar duit raya.
Pada sebelah petang, Awang menyerahkan duit raya kepada kawannya Maslan.
Hukum: Tidak ada masalah sekiranya pertukaran duit raya oleh Awang di Bank XYZ berlaku secara tunai.
Ini kerana ketika Maslan menyerahkan duit kepada Awang, Awang bukan di atas kapasiti pegawai Bank, kerana tukaran duit raya di bank hanya berlaku di kaunter. Jadi ketika Maslan serah duit kepada Awang, ia adalah wakalah.
.
Senario 5:
A ingin menukar duit raya sejumlah RM1000 daripada B.
A meminta B datang ke tempatnya untuk membuat pertukaran.
B bersetuju dan meminta A membayar kos dia datang ke tempat A.
B lalu menaiki Grab dengan caj RM5.50 dan sampai ke tempat A, lalu berlaku pertukaran RM1000 duit terpakai dengan RM1000 duit baharu.
A membayar caj Grab sebanyak RM5.50 kepada B.
Hukum: Diharuskan, kerana bayaran caj Grab adalah kos sebenar yang dibayar oleh B untuk datang ke tempat A atas permintaan A.
Semoga bermanafaat.
Jauhi dosa besar riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah…
Nota Lariba: tak tau tak pa, dah tau buat cara yang betul ya…
Dipetik drp FB Ustaz Lokmanulhakim Hussain
Mingguan Wanita : Jangan ambil mudah. Nampak perkara ini biasa saja tapi kena tahu hukum hakamnya terutamanya yang kenakan caj lebih sebab tolong tukarkan.