Setelah mengharungi lapan minggu pertandingan, Kumpulan Al-Maqari telah diumumkan sebagai juara program Pentas Marhaban sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 pada pentas akhir yang berlangsung semalam.

Untuk rekod, perkataan Marhaban berasal daripada perkataan Arab ‘ahlan wa sahlan’ yang membawa maksud ucapan ‘selamat datang’ mengalu-alukan kedatangan tetamu. Pentas Marhaban yang pertama kali dianjurkan ini turut menyaksikan lingkungan umur peserta adalah daripada semuda usia 9 tahun hingga 80 tahun.

Persembahan Mantap

Hadiah RM50,000 Milik Al-Maqari Juara Sulung Pentas Marhaban

Keputusan itu sekali gus mengetepikan kedudukan pesaing terdekatnya Al-Muhtadin, Qalbun Hadi dan Raudhatul Ashwaq untuk bergelar juara sulung  program yang bersiaran secara langsung dari Studio Pusat Penyiaran TV AlHijrah.

Kumpulan Qalbun Hadi pula dinobatkan sebagai naib juara dan membawa pulang RM25,000 berserta trofi sumbangan TV AlHijrah.

IKLAN

Ketika ditanya mengenai kelebihan Al-Maqari pada persembahan akhir semalam, Juri Jemputan  Ustaz Hasim Harun berkata persembahan mantap, irama unik, dinamik dari sudut kreativiti terutamanya dari segi marhaban turut menjadi elemen penting dalam proses penjurian pada prgram tersebut.

Hadiah RM50,000 Milik Al-Maqari Juara Sulung Pentas Marhaban

Sementara itu, kumpulan Al-Muhtadin dan Raudhatul Ashwaq sekadar meraih hadiah saguhati dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 bagi setiap kumpulan.

IKLAN

Tugasan akhir Pentas Marhaban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu marhaban dan rawi, penceritaan serta qasidah.

Program realiti yang disiarkan selama lapan minggu itu diadili sepenuhnya oleh juri tetap Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis atau lebih dikenali sebagai Along Gambus serta Ustaz Hasim Harun selaku juri jemputan.

IKLAN

Pemarkahan diberikan berdasarkan gaya persembahan, pakaian, lagu, solo dan harmoni.

Pentas Marhaban akhir turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Rabbani dan Daqmie.

Program itu dihoskan oleh gandingan pengacara, Tilmiz Fahmi dan Syamsul Ghau Ghau.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI