Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin turut menemani isteri tersayang, Intan Nur Fathihah menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara baru-baru ini. Menerusi perkongsian Zarul, isterinya telah dikurniakan Pingat Pangkuan Negara (PPN) oleh Yang Di Pertuan Agong.
Menerusi laman web Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, Pingat Pangkuan Negara merupakan pangkat keenam dalam keluarga Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara. Seramai 341 penerima diraikan pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara. Pingat berkenaan juga tiada had bagi keanggotaannya.
Selebriti yang pernah bertugas sebagai pramugara Penerbangan Malaysia Airlines selama 17 tahun ini tampil segak mengenakan persalinan Baju Melayu rona hitam lengkap bersampin songket.
Untuk rekod, Zarul dan isterinya, Intan Nur Fathihah mendirikan rumahtangga pada 26 April 2009.
Ini merupakan perkahwinan kedua Zarul di mana dia mempunyai seorang anak perempuan, Puteri Ayu Nur Arisya, hasil daripada perkahwinan pertamanya bersama bekas isteri, Ayu. Selain bergiat aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan, Zarul juga aktif sebagai seorang YouTube Vloger (ZARUL UMBRELLA).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Datuk Siti elak Aafiyah leka dengan gajet, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza, 43 berasa lega dan bersyukur apabila mendapat khidmat seorang guru sebagai pengganti pengasuhnya yang tamatkan perkhidmatan.
Malah Siti juga menerangkan dia tidak mahu anak sulungnya, Siti Aafiyah, 4 terlalu memberi tumpuan pada gajet dan dengan khidmat bersama pengasuh baru yang juga seorang guru Aafiyah boleh lakukan pelbagai aktiviti.
Datuk Siti Elak Aafiyah Leka Dengan Gajet
Ketika sidang media secara virtual Majlis Ulang Tahun Kedua Beausiti Stronger 2Gether baru-baru ini Siti berkongsi perkembangan Aafiyah yang kini bersama penjaga baharunya, setelah pengasuh anak sulungnya sebelum ini, Nur Hidayah Zubit atau lebih dikenali sebagai Dayah menamatkan perkhidmatannya baru-baru ini.
“Selepas Dayah berhenti kerana berkahwin, saya dan suami mendapatkan khidmat orang baharu yang juga merupakan seorang guru untuk mengajar dan melakukan aktiviti bersama Aafiyah di rumah.
“Alhamdulillah saya lega apabila dapat seorang cikgu untuk jaga Aafiyah. Setiap hari saya lihat banyak perkembagan positif daripada Aafiyah.
“Saya tidak mahu dia hanya tertumpu pada gajet sahaja, sebaliknya biar dia ada aktiviti lain bersama cikgunya, walaupun saya tiada di rumah.
“Afwa pula masih lagi baby, tak berapa faham lagi. Jadi tak terlalu sukar macam Aafiyah,” ungkapnya.
Pandemik Covid-19, Banyak Masa Di Rumah
Akui Siti lagi, pandemik Covid-19 menyebabkan pelbagai aktiviti terpaksa dihentikan dan banyak masa dihabiskan di rumah.
Malah kesempatan itu digunakan sepenuhnya untuk meluangkan masa bersama anak-anak dan melihat perkembangan mereka di depan mata setiap hari.
Kedua-dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa yang kini memasuki usia lima bulan, sedang membesar dan memerlukan sepenuh perhatian daripadanya.
“Gembiralah hati saya dapat melihat anak-anak membesar di depan mata. Itulah hikmah di sepanjang PKP ini di mana saya banyak meluang masa dengan anak-anak di rumah.
“Walaupun terlibat dengan pelbagai zoom meeting di rumah, tetapi dalam masa masih dapat tengok dan uruskan anak. Jika saya bekerja seperti biasa di luar, kena masuk pejabat atau aktiviti lain melibatkan kerjaya seni, tentunya lewat petang baru balik rumah bertemu mereka,” luah Siti.
Setiap wanita memiliki kisah pengalaman mengandung yang berbeza-berbeza. Ada yang diulit bahagia, tidak kurang juga dihimpit dengan seribu satu ujian yang adakalanya tidak tertanggung perasaan sepanjang tempoh kehamilan! Namun kehidupan harus diteruskan, perlu kuat demi insan kecil yang berada didalam rahim serta mengharap kasih sayang apabila dilahirkan.
Ramai yang mengetahui episod duka yang pernah dilalui oleh pelakon kecil molek, berbakat besar Nora Mohd Danish Hanif, 36 atau lebih dikenali dengan nama Nora Danish suatu ketika dahulu.Pernah mengalami perpisahan sewaktu melalui tempoh kehamilan ternyata dugaan yang hebat buat pelakon ini.
Namun kini, awan mendung telah berarak pergi, meninggalkan sang pelangi yang menyinari kehidupan pelakon ini. Pelakon yang terkenal dengan sitcom PUTERI ini telah berkahwin dengan cinta hatinya Nedim Nazri pada Mac 2017 dan pasangan ini dikurniakan dengan cahayamata yang comel Mohamed Neqayl Nedim 11 bulan.
Sempena ulangtahun kelahiran anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli kesepuluh tahun, pada 7 Januari, Nora ada berkongsi curahan hatinya didalam instagram beliau baru-baru ini.
Berikut perkongsian yang dikongsikan;
7th January 2009 at 11.40pm he was born. Putra Rayqal Ramli , the name Rayqal was given by his daddy. Yusuff was the actual plan but somehow saya akur dengan nama itu.
When he was born , i was 26 years old. Membesarkan Rayqal dengan sendiri bersama bantuan my mother’s , Mama & Mummy @rajanoora, merekalah suami saya ketika itu. From day one I did my check up mummy teman, sampailah masuk labour room nak melahirkan. I remembered my first argument that I had with mummy when Rayqal was still dalam pantang, mummy insisted untuk Rayqal tido Di rumah mummy & I was so upset. Hahah.
Those days. Kalau semua nak tawu, Rayqal loves his Tah & Atok first , baru mommy dia n the rest. Heheh. That shows how much love Tah & Atok curahkan. & I am so blessed. Syukur sangat. Sebab tu pertalian antara kami tidak pernah putus walau macam mana pun. Cuz we are more like a family then ex in laws.
Pernah Sangat Lemah & Menangis Setiap Hari
To tell u the truth, i was weak , so weak semasa mengandungkan Qal. I cried every single day. & at the same time I needed to be strong for my baby, my fans,my family yang selalu support me day & night. I was lost. I had nightmares, i cudnt sleep well. I prayed everyday , baca yasin every solat & mama had to give me air to drink from Ustaz Harun Din just to make sure that I akan ok & will be ok. Something that I don’t want anyone in this world to experience.
And Alhamdullilah , all that disappeared when I saw him, my putra for the first time , I held him tight, & he opened his little sepet eyes n looked at me while I fed him. Then I realised..He is the reason. He is why! He is my kekuatan! He is my Anugerah! He is the love of my life & that time i know straight away that I will be OK!
Rayqal’s father (Jejai) & me, will always be a good friend, cuz we both know what is the best for the both of us. Semasa mahkamah nak bercerai pun kita boleh gelak gelak cuz ketawa kan orang lain dalam kandang mahkamah. Our relationship is one in a mil. Hahahha. Bro for life !
Ujian Jadikan Diri Kita Lebih Baik, Hadapi Dengan Senyuman
I sedar & belajar banyak dalam Hal ini, Allah akan duga kita , mungkin sampai tidak tertanggung , tetapi ujian itulah yang akan buat kita jadi lebih baik di masa akan datang.
I am better now , I am stronger , selalu bersyukur, tak cepat melatah, selalu berfikiran positive , fikir Yang baik tentang orang lain, semua kerana PENGALAMAN.
Jadi setiap apa yang terjadi dalam diri kita, kita hadapi dengan senyuman & sentiasa berfikir, Ada… nanti di depan sana…. KEBAHAGIAAN. InsyaAllah.
Harapkan Kebahagiaan Anak Dunia Akhirat
And about this cheeky loving caring boy , Rayqal. He is a blessing..Dia la teman saya kesana kesini Dan layan my sewelness before I met my Nedim, imamku. U can tell from the pictures i posted.Thank u God for giving me this angel. Tidak ada lain yang saya mintak selain kebahagian buat anak anak saya dunia dan akhirat.Thank u all for ur wishes & prayers for my Teen baby.
MW: Tersentuh hati apabila membaca curahan hati Nora Danish ini pada anak kesayangan. Benar, siapa sangka ujian dan dugaan yang pernah dihadapi menjadikan diri lebih kuat malah memberi sinar kebahagian buat pelakon ini kini. Selamat Hari Lahir Putra Rayqal Ramli, semoga menjadi anak yang soleh dan menggembirakan hati mak dan ayah!
Penghijrahan selangkah demi selangkah “Mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini”. Begitulah doa dan harapan daripada pelakon, Nelydia Senrose yang kini sedang belajar ke arah menjadi Muslimah yang baik.
Penampilan bertudung Nelydia Senrose sekembalinya daripada mengerjakan umrah kali ketiga dan diikuti kembara percutian ke negara Timur Tengah baru-baru ini begitu mencuri perhatian ramai.
Isteri kepada ahli perniagaan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid ini begitu cantik dan ramai peminat yang mendoakan Nelydia terus istiqamah dalam menggenakan hijab.
Penghijrahan Selangkah Demi Selangkah
Akui dirinya masih bertatih, Nelydia tidak mahu terlalu drastik dalam penghijrahannya.
“Penghijrahan ini saya mahu jalani selangkah demi selangkah tapi pasti. Saya memang ke arah itu. Saya cuma tak berani nak cakap lebih.
“Saya tak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus ke Z.
“Budak belajar berenang pun tak dicampak terus ke tempat yang dalam bimbang lemas. Sama juga dengan saya.
Hormati Bulan Ramadan
“Saya masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan mendalami agama Islam.
“Kita pun nak sambut Ramadan, jadi ia juga satu cara menghormati bulan itu.
“Sekaligus saya mahu menjadi muslimah yang lebih baik.
“Sekembali dari umrah saya perlahan demi perlahan memakai tudung. Dapat berkunjung ke negara Arab Saudi pun kira sesuai lokasi itu untuk berhijab. Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit. Aturan itu sangat cantik,” ungkap adik kepada Uqasha Senrose ini.
Doa Yang Baik-Baik
Pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Nik Sen itu juga takut jika tersilap percaturan.
“Saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut juga andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.
“Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila bila masa boleh tersasar.
“Hari ini okay, esok jadi lain. Namun saya tak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah.
“Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat. Tak semua akan faham apa yang dilalui kerana mereka (netizen) tidak berada di tempat kita.
“Cuma saya percaya dan berharap mereka tahu proses untuk terus istiqamah mengambil masa, berdepan cabaran dan ujian. Saya harap mereka dan peminat boleh terus menyokong diri ini,” ungkapnya.
Wajah MINAZ Hijab
Nelydia juga telah disunting jenama MINAZ Hijab sebagai wajah wakilan koleksi raya, dipanggil MINAZ Blooming Raya.
“Sejak Nelydia diperkenalkan di semua platform digital sebagai wajah kempen utama edisi istimewa ini, ramai yang telah memberikan maklum balas positif terhadap pemilihannya. Tidak kurang juga yang mendoakan dia untuk kekal istiqamah berhijab.
“Seperti seorang adik, tutur bicara Nelydia yang lemah lembut dan dirinya sendiri yang tidak malu meminta nasihat untuk kekal berhijab membuatkan saya begitu selesa bekerjasama dengannya,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Pija MINAZ.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...