Lazimnya, uniform kru kabin wanita yang bertugas di syarikat penerbangan akan kelihatan terdedah, menampakkan susuk badan dan tidak dibenarkan memakai tudung.
Namun, berita baik buat kru kabin wanita yang bertugas di awan biru dibawah syarikat penerbangan British Airways kini tampil lebih sopan. Buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun, British Airways mula memperkenalkan pakaian seragam baharu dengan menyertakan pilihan tunik dan tudung untuk kru kabin wanita sebagai pilihan pertama atau ‘airlines first’.
Dalam pengenalan pakaian seragam baharu itu, kru lelaki mempunyai pilihan memakai sut (three-piece suit) manakala wanita boleh memakai gaun, skirt atau seluar bukan sekadar jumpsuit.
Projek Pereka Fesyen Britain, Ozwald Boateng
Rombakan pakaian seragam syarikat penerbangan itu adalah hasil projek selama lima tahun oleh pereka fesyen Britain, Ozwald Boateng dan sebelum ini ditangguhkan selama dua tahun disebabkan pandemik COVID-19.
Pereka Fesyen Britain, Ozwald Boateng
Justeru, setiap anggota 30,000 kakitangan barisan hadapan syarikat penerbangan itu akan dilihat dengan pakaian seragam baharu, yang bermula dengan jurutera dan pengendali darat, menjelang musim panas.
Ads
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif British Airways, Sean Doyle, berkata pakaian seragam mereka adalah representasi ikonik jenama penerbangan itu, yang akan membawa ke masa depan.
“Ia mewakili yang terbaik dari zaman moden Britain dan membantu kami menyampaikan perkhidmatan asli British yang hebat untuk pelanggan kami,” katanya.
Lambang Jati Diri Negara
Beliau berkata, sejak awal penghasilan pakaian seragam itu adalah mengenai jati diri negara.
“Kami mahu mencipta koleksi seragam yang boleh bangga dipakai oleh orang kita dan dengan bantuan lebih 1,500 rakan sekerja, kami yakin bahawa kami sudah menyampaikannya,” katanya.
“Apabila menyarung uniform baharu ini, pekerja syarikat penerbangan ini juga akan mengitar semula atau menderma pakaian lama mereka, yang diperbuat daripada kira-kira 90 peratus campuran fabrik poliester kitar semula.
Ads
“Lebih 1,500 rakan sekerja di seluruh syarikat penerbangan mengambil bahagian dalam 50 bengkel untuk membantu memastikan kesesuaian pakaian, daripada bengkel reka bentuk kepada maklum balas prototaip dan percubaan pakaian, dan membantu mencipta koleksi ikonik yang akan bertahan dalam mengikut masa,” katanya.
Boateng yang mereka cipta pakaian itu dikatakan sangat berhati-hati dalam mencipta koleksi unik berkenaan dan mendapat inspirasi daripada syarikat penerbangan dan kakitangannya sendiri.
Corak gelombang udara yang ada pada jaket, kemeja-T, butang, dan tali leher diilhamkan oleh pergerakan udara di atas sayap pesawat.
Ads
Semua pakaian disesuaikan dengan menampilkan fabrik jenis jacquard serta menepati ikon ‘speedmarque’ ikonik syarikat penerbangan itu.
Panas di media sosial dengan komen dan status netizen berkenaan beg tangan berjenama termasuk Hermes dan Birkin dan beg macam-macam saiz ditemui dan berisi duit yang dipercayai milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dirampas di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur.
Rata-rata netizen agak terkejut dengan berita penemuan 72 beg pelbagai saiz berisi wang tunai pelbagai mata wang, barang kemas, jam berjenama dan barang-barang berharga serta 284 kotak berisi beg tangan yang dimiliki individu bergelar Tan Sri.
Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, pemeriksaan dan rampasan itu berkaitan dengan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Milik Siapa Beg Tangan Itu?
Ketika pemeriksaan dibuat, tiada penghuni di dalam kondominium tersebut yang mana melibatkan tiga premis di apartmen terbabit, milik seorang individu bergelar ‘Tan Sri’ dan segala siasatan mempunyai kaitan dengan 1MDB.
“Ini adalah di salah satu dari enam lokasi digeledah iaitu di pejabat perdana menteri dan kediaman rasmi di Putrajaya serta empat lagi di kediaman peribadi beliau (Najib). Tiada butiran terperinci mengenai nilai rampasan kerana terlalu banyak,” kata Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.
Polis mendapat borang geledah dari mahkamah untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini.
Maklumat lanjut mengenai pemeriksaan dan penggeledahan akan dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Sebelum ini lima lori polis digunakan untuk membawa kotak-kotak berwarna oren dan putih dari apartmen yang mana setiap kotak dilabelkan isinya.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Berehatlah di syurga Allah sayang, perjuangan adik Nur Afina Sofea melawan barah saraf berakhir. Kisah adik Nur Afina Sofea yang mengidap barah saraf barah saraf atau neuroblastoma tahap empat hingga matanya menjadi buta berakhir tengah malam tadi apabila menghembuskan nafas terakhir tepat jam 12.35.
Tiga tahun bertarung menentang kanser ganas yang mengorbankan usia kecilnya, anak bongsu dari empat beradik ini akhirnya tewas dalam perjuangannya sekaligus meninggalkan segala penderitaan dibawanya dan kini sedang berehat di syurga Allah.
Memetik laporan Sinar Harian, menurut ibunya Nor Adibah Ahmad, 42, berkata, anak bongsunya itu menghembuskan nafas terakhir tepat jam 12.35 tengah malam tadi.
Menurutnya, tahap oksigen Afina Sofea mula menurun dan kanak-kanak itu mengalami sesak nafas pada Khamis sebelum dikejarkan ke Hospital Jertih di sini.
“Petang semalam dalam jam 4 petang kami bawa dia ke unit kecemasan hospital sebab tahap oksigen dia ‘drop’. Bila dah pakai alat bantuan pernafasan tu oksigen dia normal semula cuma nafas laju dan tak stabil.
“Bila doktor buat ujian X-ray baru nampak ada kesan tompokan hitam besar dekat bahagian hati dia. Rupanya ada kanser baru merebak ke situ. Sebelum ini doktor dah beritahu cuma kita tak tahu keadaan bagaimana.
“Disebabkan tak nak tahan wad, kami bawa dia pulang ke rumah dengan bergantung kepada alat bantuan pernafasan wakaf dari masjid di sini,” katanya.
Tambahnya lagi, Afina ada menunjukkan beberapa perubahan sebelum meninggal dunia.
Katanya, selepas pulang ke rumah, anaknya langsung tidak dapat tidur, gelisah dan tidak dapat bernafas dengan baik sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisinya dan suami.
“Waktu tengah sakit tu Afina ada nak bagi tahu sesuatu tetapi tak terluah. Saya faham mungkin itu kata-kata terakhir dari dia kepada saya namun tak sampai kepada saya.
“Tak apalah, saya ada beritahu dia, tak apalah kalau adik tak boleh bercakap lagi. Mama pasrah dan reda segala-galanya untuk Afina.Tiga tahun dia berjuang melawan kanser, hari ini dia ‘pergi’. Berakhir sudah penderitaan Afina,” kata ibunya.
Ujarnya, anak bongsunya itu telah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Tawar di sini, jam 2.30 petang pada Jumaat.
Nur Afina, kanak-kanak bijak dan petah berkata-kata, Afina Sofea disahkan menghidap kanser saraf sejak November 2020. Kisahnya menjadi perhatian ramai termasuk menerima kunjungan dari pendakwah Ustazah Asma’ Harun.
Walaupun berlainan bangsa dan agama, layanan mak mentua tak pernah berubah. Dia tidak kekok untuk masak dan jaga cucu-cucunya. Cuma, masalah utama kami adalah bahasa. Tapi lama-kelamaan masing-masing boleh terima dan faham. Terima kasih mak..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kanak-kanak 5 tahun tertinggal dalam kereta, ibu terlupa selepas ambil anak dari taska. Sudah tertulis takdir anak syurga ini, tidak lambat sesaat, tidak juga cepat seminit.
Seorang kanak-kanak perempuan, berusia 5 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kenderaan di kawasan parking pintu belakang Hospital Shah Alam semalam.
Kanak-Kanak 5 Tahun Tertinggal Dalam Kereta
Hasil siasatan polis mendapati mangsa telah ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja didalam kenderaan jenis Axia selepas ibunya mengambil mangsa dari sebuah taska yang berdekatan dengan tempat kejadian. Semasa ditinggalkan mangsa dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan.
Setelah dihubungi oleh suaminya barulah ibu mangsa menyedari kejadian tersebut. Mangsa kemudian telah dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan mangsa dijalankan.
Ibu Terlupa Selepas Ambil Anak Dari Taska
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, pihak polis telah menerima laporan berkaitan kejadian ini pada 30 Januari 2024 jam 8.01 malam daripada seorang lelaki india yang bekerja sebagai seorang Pegawai Perubatan Hospital Shah Alam Selangor.
“Post-mortem telah dijalankan pada 31 Januari 2024 jam 2.00 petang berkeputusan pending laboratory investigations. Pemeriksaan keatas mangsa juga dapati tiada mempunyai sebarang kecederaan luaran mahupun dalaman.
“Siasatan dijalankan dibawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan jika disabitkan kesalahan boleh di denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.
Dalam pada itu, ACP Mohd Iqbal turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa mengambil anak-anak semasa pulang dari sekolah atau taska terutamanya yang masih kecil supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Jelasnya lagi, mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini bolehlah menghubungi Insp Syer Aidid di talian 013-6544996.
Suka Dengar Nasihat Mak Jenny Ni! Jangan Lupa Solat & Buat & Buat Baiklah Dengan Mak Ayah
Allahu suka dengar nasihat Mak Jenny! Memang sangat bermakna buat anak-anak di luar sana. Jangan lupa solat dan ingatlah berbuat baiklah pada ibu bapa insyaAllah hidup akan diberkati Allah SWT.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kes Zara Qairina: Jenazah Alami Pereputan Tidak Seperti Diviralkan, Ini Pandangan Hukum Syarak. Kes Zara Qairina mendapat perhatian bukan sahaja di kalangan masyarakat tempatan tetapi juga di luar negara. Ketika penggalian semula kubur arwah, ramai yang memperkatakan tentang pelbagai keajaiban antaranya jenazah tidak reput dan berbau harum.