Berehatlah di syurga Allah sayang, perjuangan adik Nur Afina Sofea melawan barah saraf berakhir. Kisah adik Nur Afina Sofea yang mengidap barah saraf  barah saraf atau neuroblastoma tahap empat hingga matanya menjadi buta berakhir tengah malam tadi apabila menghembuskan nafas terakhir tepat jam 12.35.

Tiga tahun bertarung menentang kanser ganas yang mengorbankan usia kecilnya, anak bongsu dari empat  beradik ini akhirnya tewas dalam perjuangannya sekaligus meninggalkan segala penderitaan dibawanya dan kini sedang berehat di syurga Allah.

Memetik laporan Sinar Harian, menurut ibunya Nor Adibah Ahmad, 42, berkata, anak bongsunya  itu menghembuskan nafas terakhir tepat jam 12.35 tengah malam tadi.

Menurutnya, tahap oksigen Afina Sofea mula menurun dan kanak-kanak itu mengalami sesak nafas pada Khamis sebelum dikejarkan ke Hospital Jertih di sini.

“Petang semalam dalam jam 4 petang kami bawa dia ke unit kecemasan hospital sebab tahap oksigen dia ‘drop’. Bila dah pakai alat bantuan pernafasan tu oksigen dia normal semula cuma nafas laju dan tak stabil.

“Bila doktor buat ujian X-ray baru nampak ada kesan tompokan hitam besar dekat bahagian hati dia. Rupanya ada kanser baru merebak ke situ. Sebelum ini doktor dah beritahu cuma kita tak tahu keadaan bagaimana.

“Disebabkan tak nak tahan wad, kami bawa dia pulang ke rumah dengan bergantung kepada alat bantuan pernafasan wakaf dari masjid di sini,” katanya.

Tambahnya lagi,  Afina ada menunjukkan beberapa perubahan sebelum meninggal dunia.

IKLAN

Katanya, selepas pulang ke rumah, anaknya langsung tidak dapat tidur, gelisah dan tidak dapat bernafas dengan baik sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisinya dan suami.

“Waktu tengah sakit tu Afina ada nak bagi tahu sesuatu tetapi tak terluah. Saya faham mungkin itu kata-kata terakhir dari dia kepada saya namun tak sampai kepada saya.

“Tak apalah, saya ada beritahu dia, tak apalah kalau adik tak boleh bercakap lagi. Mama pasrah dan reda segala-galanya untuk Afina.Tiga tahun dia berjuang melawan kanser, hari ini dia ‘pergi’. Berakhir sudah penderitaan Afina,” kata ibunya.

Ujarnya, anak bongsunya itu telah  telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Tawar di sini, jam 2.30 petang pada Jumaat.

IKLAN

Nur Afina, kanak-kanak bijak dan petah berkata-kata, Afina Sofea disahkan menghidap kanser saraf sejak November 2020. Kisahnya menjadi perhatian ramai termasuk menerima kunjungan dari pendakwah Ustazah Asma’ Harun.

Berehatlah di syurga sayang.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Jodoh Tak Sampai Sebulan, Pesakit Kanser Barah Otot (Leiomyosarcoma) Tahap 4 Meninggal

Berbulan Sakit Kepala Gadis Ini Disahkan Barah Otak, Keluarga Kaya Enggan Pula Membantu

IKLAN

Bergaduh Buat Lebih Kenal Pasangan, Simpan Dendam Jadi Barah Dalam Perkahwinan!

Kasih Ibu Penyelamat Nyawa, Aqeela Kini Sembuh & Bebas Barah LCH

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Terima Kasih Terima Saya Seadanya…”
Walaupun berlainan bangsa dan agama, layanan mak mentua tak pernah berubah. Dia tidak kekok untuk masak dan jaga cucu-cucunya. Cuma, masalah utama kami adalah bahasa. Tapi lama-kelamaan masing-masing boleh terima dan faham. Terima kasih mak..

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI