Lafaz taklik cerai isteri talak 3 tak boleh ditarik balik, jangan libatkan maruah isteri  nasihat Menteri Agama. Lafaz taklik seorang individu yang mahu menceraikan isterinya talak tiga sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan masih bertahan hingga Ogos  yang pernah tular sebelum ini  oleh seorang individu, Mansor Ali yang kemudian mendakwa akaun facebooknya di hack tidak boleh ditarik balik.

Lafaz Taklik Cerai Isteri Talak 3 Tak Boleh Ditarik Balik

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, dari sudut hukum, apa-apa pun taklik tidak boleh ditarik balik apabila telah dilafazkan.

Katanya, di bawah peruntukan undang-undang jelas menggariskan bahawa mana-mana permohonan untuk mengesahkan taklik perlu difailkan di mahkamah syariah kerana ia diperuntukkan dalam enakmen semua negeri.

“Jadi dinasihatkan kepada isteri atau suami terbabit untuk memfailkan permohonan di mahkamah bagi mengesahkan penceraian tersebut.

“Hanya hakim syarie di mana pasangan terbabit bermastautin sahaja yang boleh menentukan sama ada taklik tersebut jatuh ataupun tidak,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook beliau pada Jumaat.

Memetik laporan Sinar Harian, Mohd Na’im berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbuatan seorang lelaki pada Februari lalu yang memaklumkan dia bertaklik menceraikan isterinya talak tiga jika Perdana Menteri dan kerajaan tidak bertukar pada Ogos.

IKLAN

Isu itu tular di media sosial dan menjadi persoalan ramai sama ada sama ada talak jatuh atau sebaliknya selepas berakhirnya bulan Ogos.

Jangan Libatkan Maruah Isteri Nasihat Menteri Agama

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, apabila taklik dikaitkan dengan penceraian dengan talak tiga kepada seorang isteri, ia perkara yang amat tidak bertanggungjawab kerana isteri tidak boleh dijadikan objek atau pertukaran kepada sesuatu taklik.

“Isteri sepatutnya dinaikkan martabat. Islam sendiri telah menaikkan taraf seorang isteri dan wanita,” tambahnya.

IKLAN

Sehubungan itu, Mohd Na’im menasihatkan agar golongan suami perlu bertanggungjawab dengan tidak melibatkan maruah isteri dalam lafaz jika melafazkan taklik.

“Yang kedua, kalau nak mengesahkan sesuatu lafaz sama ada jatuh atau tidak jangan rujuk kepada pihak yang ketiga.

“Yang boleh menentukan sama ada lafaz itu jatuh atau tidak adalah hakim mahkamah syariah di mana pasangan itu bermastautin,” ujarnya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : Suami Miera Liyana Ceraikan Isteri Pertama, Perkahwinan 28 Tahun Berakhir Talak Satu

IKLAN

Dicerai Suami Talak 3 Selepas 7 Tahun Berkahwin, Namun Ia Hari Paling Bahagia Buat Wanita Ini

Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin Pintu Rumah Bekas Isteri Guna Cangkul Didenda RM3,000

Tak Tahan Sikap Isteri MALAS Mandi, Suami Nekad Cerai Talak 3!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Mandi Bunga Untuk ‘Ikat’ Suami dan Bertemu Jodoh?
Ramai yang beranggapan amalan mandi bunga hanyalah untuk bertemu jodoh atau membuang ‘malang’ di dalam diri. Sebenarnya, banyak lagi fungsi dan kebaikan mandi bunga yang perlu kita tahu.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI