Panas di media sosial dengan komen dan status netizen berkenaan beg tangan berjenama termasuk Hermes dan Birkin dan beg macam-macam saiz ditemui dan berisi duit yang dipercayai milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dirampas di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur.
Rata-rata netizen agak terkejut dengan berita penemuan 72 beg pelbagai saiz berisi wang tunai pelbagai mata wang, barang kemas, jam berjenama dan barang-barang berharga serta 284 kotak berisi beg tangan yang dimiliki individu bergelar Tan Sri.
Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, pemeriksaan dan rampasan itu berkaitan dengan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ads
Milik Siapa Beg Tangan Itu?
Ketika pemeriksaan dibuat, tiada penghuni di dalam kondominium tersebut yang mana melibatkan tiga premis di apartmen terbabit, milik seorang individu bergelar ‘Tan Sri’ dan segala siasatan mempunyai kaitan dengan 1MDB.
“Ini adalah di salah satu dari enam lokasi digeledah iaitu di pejabat perdana menteri dan kediaman rasmi di Putrajaya serta empat lagi di kediaman peribadi beliau (Najib). Tiada butiran terperinci mengenai nilai rampasan kerana terlalu banyak,” kata Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.
Polis mendapat borang geledah dari mahkamah untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini.
Ads
Maklumat lanjut mengenai pemeriksaan dan penggeledahan akan dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Ads
Sebelum ini lima lori polis digunakan untuk membawa kotak-kotak berwarna oren dan putih dari apartmen yang mana setiap kotak dilabelkan isinya.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Jam 9 pagi itu, perkarangan pejabat tingkat 38 bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bertukar suasana. Rasa bahagia-sayu bergabung menjadi satu. Hari inilah pertama kalinya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memulakan tugasnya.
Memenuhi tanggungjawab sebagai Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga. Yang mana sebelum ini tugasannya dipikul oleh Datuk Seri Rohani Abdul Karim, mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Ketibaan Dr Wan Azizah disambut Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Suriani Ahmad serta Majlis Pengurusan Tertinggi KPWKM dan warga kementerian.
Sebaik merekod kehadiran dan menjengah pejabat, Dr Wan Azizah bergegas pula menghadiri majlis menerima nota serah tugas daripada Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
“Terima kasih Dato Rohani Abdul Karim atas usaha yang telah dilakukan selama ini. Saya akan cuba yang terbaik untuk menjalankan amanah yang telah diberikan.” Ini luah Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam instagram miliknya.
Sementara itu, dalam instagram Datuk Seri Rohani Abdul Karim, beliau juga mendoakan akan kejayaan pemegang amanah yang baru di kementerian itu.
“Alhamdullilah selesai majlis serah tugas kepada YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Saya doakan semoga kementerian ini akan lebih cemerlang di bawah kepimpinan YAB Dr Wan Azizah.”
“Saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kementerian dan agensi di bawahnya atas segala kerjasama, sokongan dan usaha yang diberikan kepada dan bersama saya selama ini.”
“Di sini saya ingin memohon kemaafan atas segala kekhilafan dan kekurangan selama berkhidmat di kementerian ini. Banyak pengalaman ditimba dan kenangan manis dilalui. Semoga ukhwah berpanjangan.”
Selesai majlis nota serah tugasan itu, Dr Wan Azizah bergegas menghadiri sidang media. Dalam temubual itu, beliau berkongsi pula berita gembira untuk suri rumah.
Memetik sumber Astro Awani, Dr Wan Azizah berkata, beliau akan bertemu dengan Ketua pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) minggu depan untuk menyediakan pelan tindakan memberikan carumah KWSP kepada suri rumah.
“Dua peratus daripada pendapatan suami dan bagi yang layak, RM50 daripada kerajaan. Mekanisme ini penting kerana ia membabitkan dana kerajaan,” tutur beliau yang juga memaklumkan akan ada mekanisme untuk menentukan siapa yang layak dan kaedah caruman.
Semoga berita gembira ini akan membuatkan masa depan suri rumah lebih terbela. Memanglah ada suri rumah yang akan kata, dia tak berkira dengan suami dan boleh bertolak ansur. Namun, dengan adanya caruman ini jaminan simpanan masa depan suri rumah akan lebih terjamin.
Semoga para suami tak terlalu berkira untuk memberikan hadiah ‘reward’ bahagia ini untuk isteri. Jadi penat lelah isteri itu terbayar. Bukan saja dihargai suami malah kerajaan juga ambil peduli.
Hebat sungguh dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Izreen Azminda,33 apabila memilih hidup sebagai isteri kedua, tahun lalu. Ketika kontroversi memuncak, sana-sini orang mencaci, menghina dan menjatuhkan hukum. Hakikatnya, tiada kata yang dapat didustakan, jodohnya sudah ditakdirkan bersama suami orang yang juga pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, atau Ude. Walaupun tidak lagi hidup bermadu selepas Ude menceraikan isteri pertama, Intan Liana Saleh, Mac lalu, namun api kebencian netizen masih tidak mampu dipadamkan sepenuhnya.
Memetik laporan dari Berita Harian, Izreen berkata perkara itu adalah ujian yang paling berat diterimanya selama lebih 12 tahun bergelar sebagai anak seni yang hampir membuatkan dirinya menyembah bumi.
Akui Izreen atau nama penuhnya, Izreen Azminda Aznam, 33, apa yang dilaluinya dianggap ujian hidup.
“Inilah ujian paling berat diterima selama lebih 12 tahun menjadi anak seni… Mungkin boleh saya simpulkan sebagai kifarah hidup.”
“Kun Faya Kun, jadi, maka jadilah ia.
“Saya, suami dan pihak di sana mungkin pernah melakukan kesilapan, jadi kami ditimpa dengan ujian hidup.
“Jujurnya, saya terlalu sibuk bekerja sepanjang lebih satu dekad, ada kala saya alpa dan lalai dengan perintah Tuhan. Allah pemberi rezeki dan Dia boleh merentapnya sekelip mata.
“Allah menjentik saya supaya kembali mengingati dan mendekatkan diri dengan-Nya. Mulanya, saya berat menerima ujian ini, tetapi saya harus reda,” katanya.
Berfikiran positif, Izreen berkata, Allah mungkin menarik rezekinya, tetapi dirinya dianugerahkan dengan suami.
“Begitu juga pihak di sana… Allah menarik suaminya, tetapi memberikannya dengan rezeki melimpah ruah.Itu yang diinginkan selama ini, Allah menunaikannya. Kami sudah menerima bahagian masing-masing… Allah Maha Adil,” katanya.
Wanita kelahiran Kangar, Perlis itu berkata, bohonglah jika dia mengatakan rezekinya tidak terjejas akibat kontroversi yang melandanya itu, tetapi Allah menyelamatkannya.
“Mana-mana selebriti yang dilanda kontroversi pasti berdepan kesan buruk terhadap kerjaya. Tetapi saya bersyukur, kehidupan saya masih sama, ada saja rezeki lain yang diberikan.
“Allah membuka jalan lain untuk saya mencari rezeki. Masih ada rezeki untuk saya menyelesaikan perbelanjaan diri dan keluarga.
“Saya percaya Allah menimpakan saya ujian sebelum memberi kebahagiaan. Tidak semua manusia diberikan ujian seberat saya, jadi berterima kasihlah kepada Tuhan kerana tidak melalui perjuangan yang pahit ini,” katanya.
Mengambil keberkatan hari baik dan bulan baik pada Ramadan al-Mubarak ini, Izreen berkata, dia sudah mengosongkan hatinya untuk memaafkan netizen yang pernah menjatuhkan hukum serta melemparkan fitnah terhadapnya dan keluarga.
“Ada yang mempertikaikan kenapa saya pula beriya-iya memaafkan netizen, sedangkan saya dilihat bersalah? Tidak berdosakah apabila kita memaki hamun, mencarut dan membuat fitnah?
“Ada masanya saya malu melihat mereka yang mengutuk dan menghina saya, seperti tiada lagi keampunan. Mereka tidak berada dalam kehidupan saya dan Ude,” katanya.
Izreen berkata, banyak perkara tidak didedahkan demi menjaga maruah dan aib.
“Bagi saya dan suami, kami tidak perlu berkongsi kisah luar atau dalam kain, siapa betul dan salah, biarlah waktu yang menentukannya.
“Menghukum orang tanpa tahu kebenarannya adalah berdosa. Jadi, tidak perlulah terlalu taasub dan emosi terhadap kehidupan orang lain. Tolong hormati kehidupan kami,” katanya.
Tambah Izreen, ibunya selalu berpesan supaya memaafkan sesiapa saja, biarpun dalam keadaan yang cukup sulit.
“Ibu berpesan, apabila memaafkan orang ketika hati sedang marah dan memberontak, insya-Allah, saya beroleh ketenangan dan kesabaran.
“Ya, saya melakukannya, saya kosongkan hati, maafkan semua orang. Saya rasa puas dan tenang selepas itu. Katalah apa saja, saya tidak mahu ambil kisah lagi.
“Saya juga akan menutup ruangan komen dalam laman Instagram buat selama-lamanya. Saya tidak mahu melihat perbalahan, keji mengeji dan komen ‘sampah’ lagi. Saya tidak suka bangsa sendiri mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, sedangkan saya lihat mereka adalah kaum ibu dan mempunyai anak-anak,” katanya.
Pelakon yang mencipta nama menerusi drama Isabella dan Juvana itu berkata, dia bahagia menjalani kehidupan bersama suaminya, biarpun sudah hampir enam bulan hidup dalam kecaman.
“Saya mahu menjadi isteri yang terbaik buatnya. Keruntuhan rumah tangga sebelum ini menjadi pengajaran terbesar buat saya dan Ude. Kami bukan saja mahu memperbaiki kekurangan, malah ingin menjadi insan lebih baik untuk kehidupan baharu ini.
“Saya akui, dulu saya dan bekas suami terlalu sibuk bekerja. Bayangkan, saya terbang ke Korea Selatan sehari selepas bernikah. Kami tidak banyak masa bersama.Saya percaya, masa itu emas dan ia amat berharga bagi setiap perkahwinan. Dulu, kami sentiasa sibuk dan berjauhan,” katanya.
Pada bulan puasa ini juga, Izreen berkata, dirinya tidak terlalu sibuk dan mahu mengambil peluang menjalani tanggungjawab sebagai isteri menyiapkan juadah berbuka dan bersahur.
“Saya lihat suami suka makan di rumah. Dia pula tidak cerewet dalam soal makanan, asalkan pedas.
“Ude suka lauk kering, saya pula berkuah. Jadi, saya kena menyiapkan beberapa jenis masakan. Ude paling suka asam pedas ayam. Saya sendiri masih belajar masak asam pedas orang Johor.
“Saya memang suka memasak jika tiada kerja. Saya mahu ambil kesempatan ketika tidak sibuk bekerja dengan mencuba pelbagai resipi pada Ramadan ini,” katanya.
Sempena Bulan Ramadan ini, Mingguan Wanita doakan yang terbaik buat kehidupan pasangan ini. Banyakkan bersabar dan semoga terus cekal menghadapi segala ujian yang melanda.
Perasaan sedih dan terkilan menyelubungi diri apabila membaca kisah adik Nur Alya Damia di laman sosial media sosial yang mati dibunuh oleh bekas teman lelakinya cuma disebabkan isu vape.
Mungkin dek kerana tak dapat menahan emosi marah, akhirnya suspek sanggup bertindak mencekik dan mencampakkan mayat adik Nur Alya Damia di sebuah lokasi. Tidak tahu apa lagi yang berlaku kepada arwah dan suspek sebelum bergelut, namun kebanyakan netizen cukup marah dan memuat naikkan status mengingatkan kaum perempuan agar lebih berhati-hati bila bergaduh dengan pasangan. Dan buat kaum wanita, jemput renungkan nasihat daripada Redzuan Abd Manaf ini…
Girls.
Hati-hati bila memilih kawan atau teman lelaki.
Tolonglah dengar nasihat paksu yang satu ni. Even paksu dah pesan banyak kali. Paksu dah tulis coretan panjang macam esok nak mati. Paksu membebel macam pondan bedah gigi. Tapi tetap jugak tak ada orang ambil peduli.
Dik.
Paksu lelaki. Even “kejantanan” paksu masih belum teruji. Even paksu x pernah bercinta beruk pun sebelum ni, tapi paksu tahu apa yang mampu dibuat oleh seorang lelaki. Apa yang ada dalam otak pemikiran kami ni. Paksu tahu bila emosi dan amarah menguasai diri. Paksu pernah rasa nak bunuh jer nyamuk yang hisap darah paksu ni sebab ditolak cinta oleh minah yang paksu gilai. Tapi dik, tolonglah sayang dan hargai diri sendiri. Tolonglah fikirkan sikit mak ayah dan family yang menyayangi. Tolong jangan gataiiii tuutttt… sangat nak bercouple-couple dan bercumi-cumi time muda ni. Semua ni hanya mimpi ngeri!!! Mimpi ngeri??? Reti??? Lelaki yang sayangkan seorang perempuan takkan sanggup buat kerja terkutuk dan sekeji ni samentelah sampai biarkan orang tu mati!!! Allahurabbi!!!
Suasana pilu menyelubungi perkarangan rumah Allahyarham yang dipenuhi jiran tetangga, sanak saudara dan rakannya sebaik saja van jenazah tiba pada jam 4.50 petang. Allahyarham Nur Alya Damia kemudiannya disembahyangkan di Masjid Al-Falah, Kampung Idaman sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Maafkan paksu dik sebab terlebih emosi. Tapi paksu terpaksa dan terpanggil untuk menulis lagi. Menulis untuk semua orang yang paksu sayangi. Pakcik, makcik, kakak, abang, adik, saudara, saudari… tolonglah pantau anak-anak yang kita kasihi. Tolonglah tegas sikit demi masa depan mereka di belakang hari. Tolonglah ada sedikit sifat prasangka dalam diri. Cek whatsapp story, wechat status, facebook posting dan gambar-gambar anak di ig sebab budak-budak zaman laniii lebih advance dan berani dalam serba serbi. Lebih baik kita hilang rasa hormat dari seorang anak dari tengok anak sendiri mati. Paksu sedih, sedih sangat dengan apa yang terjadi. Even adik ni paksu tak pernah kenal pun sebelum ni.
“Di bulan ramadhan yang mulia ni, even syaitan diikat rapi tapi nafsu tidak boleh dikawal diri. Akhirnya berlakulah tragedi. Tragedi menyayat hati. Matinya seorang anak muda yang dibunuh teman sendiri. Allahurabbi.”
Salam takziah dan alfatihah dari paksu untuk adik yang meninggal dibunuh dan buat seluruh keluarga yang bersedih hati. Paksu doakan adik damai disisi Ilahi. Dan paksu jugak doakan pembunuh adik sempat bertaubat dan insaf kembali. Moga kita semua belajar dan ambil iktibar dari tragedi sedih ni. Allahurabbi!!!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Teruja melihat pengantin perempuan mengundi hari ini, tetap meluangkan masa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.