Tip Kupas Telur Rebus Dari Chef, 1500 Biji Sekali Masak

Share

Chef Single, Hafiz Fizzzainal berkongsi tips kupas telur rebus yang mudah. Khusus buat peniaga mahupun suri rumah yang berdepan dilema kupas telur rebus jadi licin.

Serius, kalau tak tau cara memang struggle betul nak mengupasnya. Buatlah macam-macam cara, siap kupas bawah laluan air pun pernah dicuba. Tetap tak licin, malah habis merekah isi putih telur tu.

Kalau nak makan sendiri, bolehlah hadap saja. Kalau nak dijual macam mana pula halnya. Tentu dah jadi satu kerugian nanti.

Chef Hafiz juga terkesan dengan satu hantaran dilema peniaga nasi lemak, “Chef Single ada terbaca posting peniaga nasi lemak. Dilema nak masak telur rebus.

Jangan risau Chef Single akan bantu bagi tips nak kupas senang. Kawan-kawan dan peniaga di luar sana. Kalau nak rebus untuk 1500 biji takde masalah ya.

Dalam masa 2 jam untuk mengupas telur.” Haa.. Apa kata belajar cara betul kupas telur rebus dari Chef Hafiz ini.

Hasil telur rebus dikupas dengan cara Chef kongsi. Licin dan cantik kejadiannya.

Cara Betul Kupas Telur Rebus

Jom saya share 4 tips rebus telur yang mudah. Boleh share dengan family atau kawan-kawan tips rebus telur

  1. Rebus telur dalam suhu didih 100’c dan masuk kan garam.
  2. Rebus telur dalam suhu didih 100’c tuang minyak masak sedikit. Mudah untuk kupas.
  3. Kalau kat rumah ade stimer, susun telur dalam bekas stim selama 21 minit suhu 100’c.
  4. Sediakan periuk, air, tunggu sehingga mendidih lepas tu selawat banyak-banyak kompem senang kupas.

Selamat mencuba.. kupas banyak-banyak nanti muka pasti licin. Gurau je.

Mingguan Wanita : Mudah saja caranya kan. Semoga dapatlah menyelesaikan masalah mengupas kulit telur rebus tu ya.

Sumber/Foto : Hafiz Fizzainal , IG chef_hafiz90

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

IKLAN