Rupanya mudah kupas telur kalau ikut video yang dirakam Puan Najah Farahin ini. Anda cuba perlukan 2 step yang tak merumitkan kepala. Dan paling penting, tak perlu tunggu lama.
“Sebenarnya video ni Najah buat untuk students Kelas Online Sandwich Ekonomi Najah. Kalau nak kupas telur sebiji dua tu ok lagi. Buatnya macam Najah pernah dapat order sandwich untuk 3 papan telur. Nak dekat 100 biji tu. Takkan nak ketuk sebutir-sebutir kan.
“Anak murid Najah pun dah dapat order sandwich telur banyak sekarang ni. Tahniah anak-anak murid ku. Bangga cikgu taw!”
Ads
Teknik Mudah Kupas Telur
1. Lepas siap rebus telur tu. Lalukan atas air paip lebih kurang 5 minit. Nak bagi telur sejuk. Pastikan telur betul-betul sejuk.
Ads
2. Masukkan at least 10 biji dalam periuk dan goncangkan sehingga kulit telur tu tertanggal dengan sendiri. Kalau rebus sepapan tu janganla goncang sepapan terus. Berat nak goncang pula periuk tu.
Ramai suka sangat pilih makanan sedap ini sebab nak cepat dan akhirnya terus capai apa yang ada depan mata. Malah makanan ini jugalah jadi penambah selera waktu nak berjalan ke mana-mana, cepat, senang dan sedap!
Tetapi adakah makanan yang kita pilih itu baik untuk tubuh badan? Semak dulu sebab ada beberapa makanan yang memberi kesan yang sangat buruk untuk kesihatan tapi ramai di kalangan anda masih mengambil tiga makanan berikut:
Suka minum kopi instant hanya sebab nak cepat siap? Jangan terlalu ghairah kerana kopi 3 dalam 1 selalunya memiliki kandungan berbeza dengan kopi yang anda buat secara manual. Bukan hanya mengandungi pemanis buatan dan krimer tetapi juga ada bahan pengawet yang belum tentu boleh diterima tubuh badan anda.
Lemak dalam marjerin lebih banyak minyak yang boleh menyebabkan pengumpulan lemak dan anda pasti berisiko tinggi menghidapi kolesterol. Jadi jika anda tidak guna minyak sayur, jangan pula menggantikan dengan marjerin kerana kesannya tetap sama. Lebih elok gunakan minyak zaitun sebagai minyak.
Masih banyak makanan yang menggunakan pemanis tiruan dalam makanan dan minuman, terutama menu yang cepat siap. Tahukah anda pemanis makanan boleh mengundang diabetis?
Ya, banyak makanan yang ada risiko penyakit kepada tubuh badan. Jika anda mampu tolak tiga makanan di atas, pastinya kesihatan anda lebih baik. Makan dan minum sesekali tidak salah tetapi kalau mampu elak dan ‘tinggalkan’ secara terus lagi bagus!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ini kisah seorang makcik di Melaka yang sanggup meredah hujan dengan motosikal dengan anak lelakinya bernama Hafiz membonceng di belakang. Mereka menuju ke booth Leaderonomics untuk ‘membuat’ resume anaknya. Di sana makcik tersebut telah bertemu dengan Aaron Tang yang bertugas di booth ketika itu. Cerita yang terjadi di dalam booth itu semakin menyayat hati
Hari Sabtu lepas, aku ke Melaka bersama team aku dari Leaderonomics. Kami ke sana untuk megendalikan “CV Clinic” bagi pengunjung Temu Duga Terbuka SL1M Zon Selatan. Tujuan “Klinik” ini untuk menyemak resume graduan muda (dengan percuma) dan memberikan mereka tips untuk memperbaiki resume.
Kerja menyemak CV ini tak senang. Ada colleague aku yang jumpa >50 orang setiap hari, sampai suara pun hilang; tapi kami gembira sebab dapat menolong orang muda. Dan kadang-kadang, cerita menarik akan muncul daripada sesi-sesi kami; cerita gembira, cerita sukses, dan cerita sedih.
Ini cerita aku dari minggu lepas; cerita yang buatkan aku hampir menangis.
Cerita ini bermula sekitar lunch hour, masa tak ramai pengunjung dekat booth kami. Hanya tinggal aku, dan seorang lagi colleague (yang duduk jauh dari aku, so dia tak nampak apa yang berlaku).
Seorang pemuda kurus yang memakai t-shirt “Lejen” berjalan masuk ke booth kami, diikuti seorang makcik berbaju kurung sekitar 50+ tahun. Kalau kau tak tau, rekruiter memang pantang tengok pemuda bawa mak pak ke interview. Tapi benda ni selalu juga aku nampak – so aku tak kisah sangat – as long as si pencari kerja yang ambil inisiatif. Kalau parents nak baca suratkhabar dekat tempat menunggu okaylah. Tapi Makcik ini terus duduk depan aku sebelah anak dia.
“Kat sini boleh buat resume ya?” tanya budak itu.
“Oh, sorry dik — kat sini kami hanya tolong check saja. Kalau you ada bawa resume, saya boleh tolong.”
“Oh… Diaorang bagi tau sini boleh buat…” Makcik menjawab.
“Sorry makcik, sini memang kitaorang tolong check saja. Tapi mungkin saya boleh tolong ajar macam mana nak tulis. Kemudian nanti Abang ni boleh sambung buat kat rumah.”
Abang Lejen dan Makcik tak membantah, so aku terus masuk skrip “What Makes a Good Resume” aku. Contoh resume aku dalam Bahasa Inggeris, dan budak itu macam tak educated sangat, so aku cuba gunakan bahasa mudah. Aku tak nak dia hilang tumpuan, so aku habiskan dengan cepat, dan terus masuk Question & Answer.
“Hafiz (bukan nama betul), dekat Uni you belajar apa?”
“Hafiz tak habis belajar dik. Dia sampai PMR saja. Makcik suruh dia habiskan SPM, tapi dia malas.”
Ini fenomena yang aku namakan “momen mak malukan.” Apabila seseorang mak/kakak/isteri gunakan peluang untuk memberi advice tajam kepada lelaki yang disayanginya; depan seorang lelaki lain yang dianggap “wise”. Dan sebab kerja aku sekarang ni selalu bagi nasihat kat orang muda, benda ni selalu berlaku kat aku. Memang awkward, dan memang aku benci.
Aku expect Hafiz Lejen untuk protest, tapi agak mengejutkan – dia diam saja. Aku start sedar yang Mommy’s Boy ini ada macam lain sikit. Pada masa itu juga, aku sedar Hafiz sedang menggigil; agak teruk juga. Sampai Makcik terpaksa pegang tangan dia.
“Sejuk ke?” aku tanya, soalan tipikal.
“Ah ah… time kitaorang datang tadi, hujan lebat.”
“Macam mana datang tadi?” aku tanya lagi.
“Naik motor dik.”
Respek aku untuk Makcik melambung tinggi. Tapi aku tertanya-tanya; adakah Makcik merosakkan Hafiz sebab banyak sangat cuba menolong? Aku tau, Makcik ni hustler, tapi adakah dia sebab Hafiz ni lembap sangat?
“Okay, nanti Hafiz sambung buat resume sendiri dekat rumah ya?” aku berkata – memandang tajam terhadap budak yang patut mengambil kontrol hidupnya sendiri.
“Boleh abang tolong buatkan tak?” Hafiz tanya.
Aku bengang. Orang yang buat sales akan tau. Akan sampai satu tahap mana kau dah tahu – benda ni takkan pergi mana-mana. Membazir masa sahaja. Masa yang kau sepatutnya layan klien-klien penting kau tak boleh bazir sangat pada orang yang bukan priority. “Opportunity Cost” bro.
Aku pandang atas; tengok kalau ada orang lain yang perlukan pertolongan. Nasib baik colleague aku ada – tengah handle semua customer yang lain.
“Takpe, mak tuliskan. Tak susah sangat pun. Tulis nama, alamat, sekolah saja kan…” Aku dibawa balik ke meja sendiri oleh suara Makcik; yang dah keluarkan kertas A4 dan mula menulis resume anaknya guna pen biru.
“Makcik, untuk company sini semua — kena print resume pakai computer,” aku membantah. “Lagipun, company-company sini perlukan at least Diploma atau Ijazah.”
“Takpe, tak susah sangat pun,” dia tak dengar aku. “Makcik dah tanya tadi… company XXX cakap boleh. Tapi kena hantar resume. Diaorang cakap sini boleh buat.”
Kepercayaan boleh menjadi kenyataan. Aku surrender. Dan tolong mak dan anak habiskan resume tulisan tangan mereka. Sampai bahagian “Activities,” aku bertanya: “Makcik, Hafiz pernah buat apa-apa aktiviti ko-korikulum tak? Macam sukan ke…?”
“Dia pernah main bola untuk Melaka. Untuk pelajar istimewa.”
Aku terdiam. Ambil time sedikit untuk sedar apa sebenarnya maksud “istimewa.” Semuanya start masuk akal sekarang. Makcik menghabiskan resume anaknya, dan meletakkan pen.
Aku semak hasil kerjanya: resume paling hodoh yang pernah aku nampak. Dan juga resume paling indah.
Tapi mission kami belum complete lagi. Takkan aku nak biarkan CV yang disemak oleh Leaderonomics macam tu saja. So aku bawak Makcik dan Hafiz ke booth jiran kami. Boleh sewa komputer dan printer; siap boleh ambil gambar pasport lagi. Dengan bantuan mereka, kami akan menunaikan tugas Makcik.
Hafiz tinggalkan aku dengan Makcik untuk mengambil gambar pasport. Aku tengok Makcik. Aku curious. Aku ingin tahu kenapa Makcik bertungkus lumus hustle sangat.
“Makcik masih lagi kerja ke?” aku tanya.
“Oh tak, dulu makcik berniaga, tapi sekarang makcik dah berhenti sebab ada kanser.” Makcik jawab dengan penuh tenang sampai aku tak boleh percaya dan tanya dia lagi.
“Makcik ada apa!?” tanya si bodoh Aaron.
“Makcik ada kanser ovari.” dia jawab tanpa emosi. Aku masih tak boleh terima.
“Oh, tapi Makcik dah sihat kan? Sebab boleh bawa Hafiz datang sini?”
“Tak, sebenarnya dah merebak ke hati makcik. Tapi makcik tabahkan hati. Dan fikir positif. Sebab nak teruskan perjalanan hidup ni.”
Aku sebak; dah tak tau nak kata apa lagi. So aku just tolong Makcik dan Hafiz menyempurnakan mission mereka pada hari itu. Aku harap cukup.
Semoga Tuhan memberkati kamu dan anak kamu Makcik. :’(
Aku tahu kemungkinan besar aku takkan jumpa mereka lagi. So aku tahu yang aku kena tulis cerita ini; cerita mereka. Mungkin cerita ini ada pengajaran untuk sesiapa yang tengah melalui masa yang susah. Mungkin ia boleh berikan semangat kepada engkau; seperti ia berikan aku semangat.
So, kalau kau tengah susah sekarang; kalau kau ada bos yang perangai macam setan; kalau klien kau menghentak meja depan muka engkau; kalau kau rasa macam kau susah sangat nak berjaya dalam hidup…
Aku nak kau tahu bahawa somewhere dekat dunia ini, ada seorang ibu yang menghidapi kanser; yang sanggup bawa anak istimewanya naik motosikal bawah hujan lebat – untuk fight untuk peluang dalam dunia yang dia langsung tak memahami, dan anaknya langsung tak berkelayakan.
Ibu itu akan melawan kesejukan tanpa komplen, tidak menerima “No” untuk japawan, dan lakukan sedaya upaya untuk apa yang dipercayai dan dicintainya.
Dan kalau dia boleh tabahkan diri dan fikir positif, mungkin kau pun boleh.
Musim nak raya inilah, ibu kena ambil tahu cara cuci botol susu dengan cara lebih terperinci. Sebab bukan rumah sendiri, jadi kena ready barang-barang yang perlu di bawa. Dah sampai rumah orang, macam-macam yang tak ada nanti!
Ok, ibu… tentu anda pernah cium botol susu yang baunya masam. Bau botol susu ini biasanya disebabkan cara mencuci botol yang kurang tepat. Apalagi botol susu yang diperbuat daripada plastik. Bau susu yang melekat akan menimbulkan bau yang tidak sedap. Jika dibiarkan ini boleh mengganggu kesihatan si kecil.
1. Berus khas cuci botol susu anak
2. Sabun pencuci botol anak.
3. Tempat keringkan botol.
Nah, ini adalah beberapa tip untuk menghilangkan bau kurang enak pada botol susu…
1. Leraikan botol susu dan rendam dengan air hangat agar bekas susu yang melekat hilang.
2. Gunakan berus botol, gosok perlahan-lahan untuk membuang kotoran yang masih melekat. Berus mulai dari bahagian bibir botol dengan gerakan memutar sehingga bahagian dalam botol. Ini penting, agar susu yang masih melekat dapat dihilangkan semua.
3. Bersihkan puting dengan menggunakan berus yang berbulu lembut. Atau jika perlu ibu perlu buang sisa susu dengan berus gigi yang lembut.
4. Setelah botol dan puting dibersihkan jangan lupa untuk membersihkan petutup botol. Pastikan petutup botol bersih.
5. Bersihkan botol susu dengan menggunakan sabun pencuci khas untuk bayi untuk memastikan semua kuman dan kotoran pada botol susu yang melekat dapat dihilangkan.
6. Setelah botol dicuci dengan bersih, didihkan air lalu masukkan botol susu ke dalam air yang mendidih. Biarkan hingga 15 minit.
7. Biarkan botol hingga benar-benar kering. Setelah kering baru simpan dalam tempat khusus. Pastikan ibu memasang kembali botol susu.
Haaa… senang bukan? Cuma itu cara untuk menghilangkan bau busuk pada botol susu. Botol susu yang bersih akan membantu mengurangkan risiko sakit pada si kecil. Semoga informasi ini bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kisah Allahyarhamah Dinie Hanis Noor Azlan Efenddy, 23, menjadi tumpuan dan tular apabila dia yang sepatutnya mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Mohamad Alif Iskandar Azhar, 24, pada 26 Jun ini namun tidak kesampaian.