
Biasanya kalau setiap kali kita tebuk dinding guna drill (gerudi) akan menyebabkan habuk berterbangan jatuh ke lantai. Habis berhabuk satu rumah. Namun sebenarnya kita boleh kurangkan habuk bertaburan di lantai dengan cara yang dikongsikan oleh Encik Hong Guan ini. Ikut tip ini tak payah nak sapu atau bersihkan lantai selepas drill lagi. Lebih mudah dan jimat masa, sebab habuk semua berkumpul dan tak berterabur.
Berikut perkongsian tersebut;
Sekadar nak kongsi petua tebuk dinding.Selalunya saya buat satu sampul kertas pakai kertas A4 lipat-lipat dan masking tape lekat dekat bawah lubang yang nak tebuk untuk kumpul pasir yang keluar masa drill.
Boleh pakai sampul surat, beg plastik, apa-apa je yang boleh kumpul pasir. Macam ni tak payah nak sapu atau bersihkan lantai lepas drill. Habuk/pasir semua terkumpul dalam sampul buang je kat tong sampah.
Lagi satu tip, saya lekatkan magnet kecik beli kat Daiso di tepi cordless drill untuk pegang skru lebihan, boleh pasang skru berterusan tanpa ulang alik naik turun tangga. Harap bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini:

Microwave Berasap, Meletup Keluar ‘Spark’, Tukar “MICA SHEET” Modal Tak Sampai RM10!
Kipas Pusing Perlahan, Repair Sendiri Tukar Capacitor Kos RM5 Je!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ikut tip yang dikongsikan ini semoga dapat kurangkan habuk yang jatuh ke lantai. Jadi tak perlu beria kita nak sapu dan bersihkan lantai lagi. Selamat Mencuba!
Sumber: Hong Guan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini Kongsi Kos Miliki MPV Terbaik Vs Sewa, Keselesaan Atau Kehendak?

Isi Kandungan
ToggleBeli kereta atau MPV untuk keselesaan atau kehendak semata-mata. Ada orang sanggup berhabisan demi sebuah kereta. Tak kurang juga ada yang beli kereta atas keperluan memandangkan ahli keluarga semakin bertambah.
Namun, pernah tak kita fikir tentang kos untuk servis, minyak, bayaran bulanan untuk sebuah kereta. Bagaimana pula kalau kereta besar hanya disewa untuk satu-satu perjalanan tertentu saja. Untung atau rugi?
Fairus Mohd Tabiee ada berkongsi pandangan dan pendapatan tentang kos untuk memiliki kereta MPV Vellfire atau hanya menyewa saja. Semua ini untuk keselesaan atau kehendak? Inilah jawapannya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Lelaki Ini Ajar Cara Masuk Gear Auto ‘Parking’ Kereta, Elak Gearbox Cepat Rosak!
Cara Penggunaan Gear Automatik Yang Betul, Agar Gearbox Kereta Tak Mudah Rosak!
Bila Kereta Berjemur Panas, Gunakan Simbol ‘Angin Luar’, Sejuk Tukar Kitaran Dalam Jimat Minyak
Info Lebih Menarik DI SINI
Kenderaan Untuk Keselesaan Atau Kehendak
KOS MEMILIKI VELLFIRE VS SEWA VELLFIRE
Bawa vellfire balik kampung dengan ahli keluarga tu memang best. Kereta besar, selesa, anak-anak seronok dan boleh punggah banyak barang. Ini adalah MPV terbaik kegilaan ramai orang. Siapa yang dah pakai vellfire, susah nak downgrade ke MPV lain.
Aku juga pemilik kenderaan ini. Jadi, matlamat utama memiliki sebuah vellfire adalah KESELESAAN.. ingat KESELESAAN..
Aku jumpa seorang sahabat. Umurnya sudah lebih 50 tahun.
Investment beliau merata tempat. Beliau adalah orang yang success namun hidup low profile.
Duduk rumah pun income beratus ribu sebulan. Jangan risau, beliau bukan trader forex.
Beliau telah kongsikan sesuatu yang menyebabkan aku berfikir panjang. Padahal benda itu aku dah sedar lama, cuma aku tak jumpa orang yang praktikkannya lagi. Bila sahabat aku yang jauh lebih success dari aku buat benda ni, menung juga aku sekejap.
Katanya,
“Matematik Tidak Pernah Menipu Kita. Ilmu matematik ada banyak dalam Al Quran. Cuma kau gunakan ilmu ini untuk hidup, atau kau gunakan ilmu ini untuk nafsu”.
Terkesima aku.
Ini Perbezaanya
Jom aku kongsikan,
1. Jika kita beli vellfire recond 2.5cc 2019 harganya sekitar RM250,000 waktu ini.
RM3000 sebulan pinjaman (RM36,000 setahun)
RM7000 setahun insuran
RM780 setahun cukai jalan
RM400 purata maintanance (RM4800 setahun)
Ini tidak termasuk upgrading, sportrim, sound system, ekzos dan sebagainya yang lazim dibuat oleh pemilik kenderaan ini.
Jumlah kos yang kita keluarkan setahun untuk memiliki sebuah kenderaan ini ialah RM48,580.
Jika kenderaan ini kita gunakan selama 9 tahun, kos keseluruhan adalah sebanyak RM437,220.
(+/- harga insuran mengikut nilai kenderaan)
2. Kenderaan ini akhirnya akan outdated juga nanti dan pasti ada keluaran baru yang lebih menawan. Waktu itu jiwa kita meronta-ronta untuk memiliki keluaran baru pula. Itulah sifat manusia.
3. Secara purata, aku sendiri balik ke kampung 6 kali dalam setahun. Setiap kali balik, aku akan spend maksimum 4 hari menjadikan setahun hanya selama 24 hari.
4. Dalam setahun, purata aku bawa anak-anak berjalan jauh dan bermalam 2 kali dan rata-ratanya hanya 2 hari. Jadi, aku gunakan vellfire ini untuk bercuti bersama keluarga hanya 4 hari sahaja.
5. Keseluruhan penggunaan kenderaan vellfire ini dalam lingkungan 28 hari dalam setahun. Selain dari itu, kenderaan ini hanya di parking dan tidak sesuai untuk kegunaan harian. Saiznya besar dan penggunaan petrol yang tidak ekonomi. underutilize.

6. Waktu ini, vellfire baru boleh disewa dengan kadar RM700 sehari. Untuk kegunaan selama 28 hari kita hanya perlu kos sewaan RM19,600 sahaja tanpa memikirkan keperluan baikpulih, roadtax, insurans, tayar dan sebagainya. Kita spend hanya 40% sahaja berbanding memilikinya secara total.
7. Bila aku argue hal ini, sahabat tadi ingatkan semula pada aku,
“Matlamat kau memandu vellfire untuk apa? Kau dapat tak KESELESAAN yang kau mahukan tadi?
Adakah perlu kau miliki?”.
Berfikir secara realistik itu sebenarnya mudah sahaja, tetapi berfikir dengan nafsu dan kehendak itu yang susah.
Banyak ilmu dan pengalaman yang aku belajar dari sahabat ini, kali ini aku mahu cuba praktikkannya sendiri.
Harap-harap aku tak tergoda dengan amoi seksi pakai skirt pendek di use car lagi. Nampak gayanya burn lah deposit aku kat usecar tu.
Nota : Abaikan posting ini jika kau mahu jadikan vellfire lambang kejayaan.
Mingguan Wanita : Kalau mampu boleh saja miliki MPV terbaik ini. Tapi ada juga yang sanggup bersaing untuk menampakkan diri mampu miliki. Ini bahaya!
Sumber: Fairus Mohd Tabiee
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Tanaman Subur, Serangga Menjauh Diri, Tabur Kulit Bawang Jadi Baja!

Isi Kandungan
ToggleMesti bila berkebun, kita nak tanaman itu subur, serangga perosak menjauhkan diri. Apa kata cuba guna kulit bawang jadi baja.
Biasanya setelah kali kita menggunakan bawang, kulitnya akan kita buang. Apa kata kali ini, simpan kulit bawang itu dan jadikan sebagai baja untuk suburkan apa sahaja jenis pokok herba dan pokok bunga yang kita tanam.
Boleh cuba Tip Tanaman Subur Gebu Menghijau yang dikongsi oleh Norlizaini Ramly aka norlie_nature ini.
“Salam semua,
Perkongsian kakak aka norlie_nature hari ini, pasal kulit bawang.
Jangan pandang rendah pada kulit bawang, yang biasa orang anggap sebagai sampah je.
Pasti ramai di sini yang terdiri dari suri rumah kan?
Pasti hari-hari kupas kulit bawang untuk masakan sehari-hari kan, biasa kulit bawang tu ke tong sampah je kan.
Jadi lepas ni, jangan membazir lagi tau. Banyak kebaikan kulit bawang yang kita tak sedar pun.
Ibu ibu juga pasti ada yang suka berkebun, paling kurang cili dan serba sedikit sayuran di rumah.
Jadi manfaatkan bahan dapur ini. Guna sepenuhnya.”
Banyak manfaat kulit bawang sebenarnya. Ini antaranya;
- Kulit bawang mampu membantu menyuburkan tanaman anda
- Kulit bawang juga mampu menggalakkan pertumbuhan pucuk baru
- Kulit bawang juga mampu mempercepatkan proses mengeluarkan bunga dan buah
- Kulit bawang mampu membunuh hama dan serangga perosak tanaman. Tanaman anda pasti akan subur, cantik tanpa serangan serangga perosak.
Artikel Berkaitan:
RAHSIA Buat BAJA Semulajadi Guna BAWANG. Bebas Bahan Kimia, Tanaman Pun Subur
Elak Bayam Brazil Dimakan Ulat, Tanam Bawang Putih Sekali, Siput Pun Lari
Cara Buat
Cara-caranya, simpan kulit bawang yang kita kupas untuk masak sehari-hari, masukkan dalam plastik atau kotak. Bila dah banyak, cuci kulit bawang tersebut, seterusnya rendam kulit bawang semalaman. Esoknya dah boleh siram ke pokok pokok atau tanaman.
Kalau tak nak rendam dulu, boleh terus tabur je kat pangkal pangkal pokok, tapi dinasihatkan rendam supaya nanti tak terbang dek angin.

Boleh digunakan untuk semua jenis tanaman, pokok sayuran, bunga, buah. Dalam pasu pokok tin pun kakak siram air kulit bawang.
Sumber: Norlie_nature / Norlizaini Ramly
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri ‘Yellow Trap’ Berkesan Perangkap Hama, Serangga & Lalat Buah!

Isi Kandungan
ToggleMenarik sungguh mak-mak yang suka berkebun boleh buat sendiri ‘Yellow Trap’ iaitu perangkap berkesan bagi hama, serangga mahupun lalat buah.
Bukan apa, tanaman yang mula berbuah atau berbuah, memang kerap ‘mengundang’ serangga perosak. Bila buat perangkap sebegini, ia mampu menarik perhatian serangga, sekaligus dapat menyelamatkan tanaman.
Menerusi perkongsian daripada Rumah Kebun Organik yang dikelolakan oleh Tuan Julianto Samosir ini, ada kongsikan cara untuk membuat ‘Yellow Trap’.
Memang mudah hanya gunakan 5 bahan dan sangat berkesan dalam mengatasi masalah tanaman yang rosak akibat hama, serangga, mahupun lalat buah ini.
Bahan-Bahan Diperlukan:
Botol Plastik
Cat Warna Kuning
Berus
Lidi
Gam/ Pelekat
Cara Membuat:
1. Kacau rata cat kuning terlebih dahulu.
2. Masukkan cat kuning ke dalam botol dan biarkan cat kuning rata di keseluruhan botol. Atau cara kedua, boleh juga cat terus di luar botol dan biarkan ia kering.
3. Kemudian, sapu/ letakkan gam perangkan hama atau serangga ini di sekeliling botol tersebut.
4. Ikat tali pada penutup botol dan gantungkan pada pokok.
Info Ekstra!
- Tujuan botol diwarnakan kuning bagi menarik perhatian hama, serangga mahupun lalat buah.
- Setiap satu minggu perlu bersihkan botol, bagi membuang hama, serangga dan lalat buah yang melekat. Kemudian boleh sapu gam semula dan digunakan kembali.
Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba.
Lihat videonya di sini: https://fb.watch/dF6UBzrLmb/

Mesti Baca:CARA Tanam KANGKUNG Dalam Botol, Tak Perlu Siram, Tanah Tak Kering!
Baca Lagi Di Sini:Buat Sendiri & Sembur RACUN ORGANIK, Tiada Lagi Ulat Beluncas Makan Daun!
Artikel Menarik:Daun Berlubang-Lubang Sembur Air Rebusan BUNGA CENGKIH, Racun Serangga Organik!
Mingguan Wanita:Menarik juga idea buat ‘yellow trap’ ini. Memang berkesan dalam menangani masalah hama, serangga mahupun lalat buah yang sering merosakkan tanaman.
Sumber:Rumah Kebun Organik
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI