Sempena Perintah Pergerakan Pergerakan (PKP) ramai yang ada banyak masa di rumah merebut peluang melakukan pelbagai projek seperti bertukang, berkebun, menjahit, dekorasi rumah dan sebagainya. Salah satu projek yang boleh dibuat sendiri ialah DIY open wardrobe baju sekolah anak. Sesuai untuk anak yang agak lasak, malah baju-baju sekolah pun nampak kemas tergantung.
Boleh cedok idea DIY yang dikongsikan oleh Encik Izat Akmalini sebagai rujukan.
Memang nampak cantik dan kemas hasil kerjanya.
Projek pkp open wardrobe baju sekolah anak. Disebabkn budak laki ni dia lasak sikit sampai almari baju lama tercabut pintu, so diy sendiri yang lebih kukuh.
Material:
Besi hollow 1.5inci x 0.5inci Kayu hevea board Besi jaring diamond mesh 3mm (biasanya hardware besi yang besar ada jual, dalam shoppe pun ada tapi harga mahal)
Amik masa 2 hari untuk siap rangka dan 1 hari untuk cat kering. Alhamdulillah, siap dan puas hati.
Permulaan,yang penting kena ada pelan dulu, baru jimat masa. Saya beli di hardware besar, kalau yang kecik-kecik takde. Saya beli di stor besi dan roof, murah sikit.
Heveaboard
Cat alas
Ads
Siap cat rangka
Siap rangka sepenuhnya.
Nampak tegap, harap dapat la bertahan.
Ads
Dah siap susun baju, walau sekolah lambat lagi nak buka.
Dalam bab pengurusan jenazah, menyantuni jenazah dengan cermat dan tak menyakiti jenazah adalah satu tuntutan dalam Islam.
Dan wanita ini, Puan Amina Jasmine berkongsi panduan cara menghasilkan bantal pandan untuk jenazah.
“Bila kita berada dalam rumah ada kematian. Bantulah apa yang perlu buat keluarga si mati. Antaranya buatkan bantal pandan buat jenazah. Semoga beroleh pahala dan Allah mengampuni kita semua.”
“Bantal pandan ini digunakan semasa memandikan jenazah. Bagi alas kepalanya agar tidak rasa sakit terkena pan (tempat) mandi.”
Selain dibuat alas kepala jenazah, bantal pandan juga boleh dibuat dekat liang lahad. Alaskan dekat kepala.
Peralatan menjahit bantal : Kain perca putih, benang putih dan gunting.
Bahan diperlukan
Beberapa helai daun pandan
Benang putih
Kain perca putih (saya gunakan baju sekolah anak tak pakai untuk buat bantal)
Gunting
Cara Buat Bantal Pandan Untuk Jenazah
Daun pandan halus…kalau boleh halus, haluskan lagi lebih baik agar bantal jenazah rasa lembut.
Pertama : Panduan Racik Daun Pandan
Ada dua cara nak racik daun pandan. Pertama racik macam nak buat bunga rampai, potong halus, kecil-kecil. Jika tiada masa, ada satu lagi pilihan anda boleh buat.
Iaitu daun pandan boleh disiat-siat memanjang, halus-halus.
Daun pandan disiat memanjang ini takkan rasa keras. Teksturnya akan mudah jadi lembut dan tak menyakitkan jenazah. Begitu juga daun pandan yang diracik halus.
Manakala daun pandan yang dipotong kasar, ia lambat jadi kering. Teksturnya boleh menyakitkan bahagian kepala jenazah.
Daun pandan yang dipotong kasar untuk ditaburkan di atas tanah perkuburan..
Jadi, daun pandan kasasr tadi bolehlah ditabur atas tanah perkuburan. Daun potongan kasar ini, dia lambat layu dan daun yang masih segar akan berzikir untuk mayat di bawah.
Berbanding daun yang diracik halus akan mudah layu. Bila ditabur pagi atas tanah perkuburan jenazah, sebelah petang ia dah mati. Dan tak lagi berzikir untuk mayat.
Pernah terjadi tak pada mak-mak, ketika menggoreng bahan masakan, tiba-tiba minyak berbuih semacam. Mulalah risau hati tu kan.
Tak tau apa penyebabnya. Paling susah hati, bila yang diguna itu minyak baru. Haa.. mulalah hati tu dah fikir macam-macam.
Paling tak menahan, sebab panik dengan botol-botol minyak itu mak-mak lupuskan. Tapi, itu mungkin tindakan sebelum minyak macam harga emas lah kan. Sekarang ini, kalau nak buat macam itu.. memang sayanglah.
Sudahlah mahal kan. Baik hadamkan apa yang Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim ini kongsikan. Bila dah ada ilmu, tak adalah nak tak tenteram sangat hati tu.
Minyak Berbuih Ketika Menggoreng
Merujuk kepada ss (screenshot) di atas mengenai minyak berbuih apabila bawang putih cincang digoreng.
Minyak berbuih boleh disebabkan oleh dua perkara iaitu :
• degradasi/ perubahan struktur kimia yang membentuk minyak
• kontaminasi/ pencemaran minyak dengan benda asing
Perubahan stuktur minyak boleh berlaku disebabkan oleh pemanasan berulang kali minyak masak yang sama atau pendedahan suhu terlalu tinggi yang melepasi titik asap minyak.
Pemanasan berulang kali dan suhu yang tinggi akan mencetuskan tindakbalas seperti pengoksidaan, pempolimeran, dan pemecahan molekul-molekul yang membentuk struktur minyak masak.
Setiap jenis dan jenama minyak masak akan mempunyai titik asap yang berlainan disebabkan perbezaan komponen minyak dan rawatan (proses dan bahan tambahan) pada minyak masak itu.
Punca Pencemaran Minyak
Pencemaran minyak pula berlaku dengan tercampurnya komponen bahan masakan dengan minyak masak semasa proses menggoreng seperti telur yang mengandungi protein yang mudah memerangkap udara lalu menyumbang kepada pembentukan buih dalam minyak.
Selain daripada itu, tindakbalas bahan masakan dengan komponen asid lemak minyak seperti asid oleik, laurik dan palmitik melalui proses saponification (peneutralan) juga menyumbang kepada menghasilkan buih yang banyak pada minyak masak.
Penambahan (berlebihan) bahan berasid seperti cuka contoh menggoreng ikan bilis atau bahan berbes seperti baking soda/ baking powder/ air abu contoh menggoreng rempeyek, juga boleh menyebabkan tindakbalas peneutralan saponifikasi kepada komponen minyak lalu menghasilkan banyak buih.
Peralatan Memasak Terendam Lama Dalam Minyak Gorengan
Sesetengah peralatan memasak seperti senduk silikon yang dibiarkan lama terendam dalam minyak menggoreng juga boleh mencemari minyak masak lalu menyebabkan terhasilnya buih pada minyak masak gorengan.
Buih-buih dalam minyak masak terbentuk disebabkan peningkatan suhu minyak masak yang memaksa penolakan cemaran (yang terhasil daripada proses tindakbalas tadi) ke permukaan minyak.
Minyak Berbuih Semasa Menggoreng Bawang Putih
Baiklah kembali kepada kisah bawang putih cincang tadi.
Bawang putih sebenarnya bersifat sedikit asidik dengan pH sekitar 5.8. Ini disumbangkan oleh komponen bahan kimia bersulfur dalam bawang putih.
Semasa mengoreng proses pengoksidaan berlaku kepada komponen bawang putih ini lalu membebaskan elektron yang kemudiannya mencetuskan proses peneutralan asid lemak dalam komponen minyak.
Proses peneutralan ini membebaskan gas yang menjadi punca kepada minyak berbuih.
Makanan yang dimasak dalam keadaan minyak masak berbuih umumnya adalah selamat dimakan. Cuma elakkan menggunakan minyak masak berulang kali.
Kajian menunjukkan kandungan peroksida minyak masak gorengan meningkat 2 kali ganda dengan 5 kali ulangan menggoreng.
Bahan kimia peroksida ini berpotensi membawa risiko kepada kesihatan badan.
Perhatikan tekstur dan warna minyak masak gorengan anda. Sekiranya teksturnya sudah menjadi likat dan warnanya sudah menjadi gelap, apa lagi jika minyak lambat memanas, maka tukarlah.
Nota: Ulangan penggunaan minyak masak bermaksud minyak yang telah digunakan untuk menggoreng sejuk, dan dipanaskan semula untuk menggoreng. Tidak kisah dalam masa sehari atau hari yang lain.
Jika nak ubahsuai lantai simen di rumah agar nampak cantik berseri, sebenarnya kita boleh guna Vinyl Sticker je. Boleh beli di kedai RM2 sticker ni, pasang sendiri ala-ala Herringbone Stail. Memang cantik dan kemas lantai bilik Muhamad Nur Faizul Vini, DIY pasang Vinyl Sticker dari Kedai Eco je.
Alhamdulillah.Tajuknya bukan tukang harini, tapi Tukang Lima hari tuan puan.Lima hari. Kisahnya niat dihati nak pasang carpet je, tapi tetibe terpikat pulak dengan vinyl sticker kedai RM2. Harga sama lebih kurang dengan shopee atas idea wife, makanya terhanguslah duit beli 140 pcs vinyl sticker ni.
Konon-konon nak canggih laa pasang ala-ala herringbone stail. Fuhhhh, agak mencabar mental dan fizikal. Sebab tu ambik masa 5 hari tu.(mungkin sifu-sifu 5 jam siap dah..haha)
Kalau tuan puan tak tau theorem pythagoras tak yah laa buat herringbone ni..hahaha..ok saya tipu.. haha.Ilmu belaja dari youtube, tengok kiraan semua dari youtube.
Alhamdulillah berjaya walaupun skirting tak siap lagi. Tadi hampir-hampir siap. Salah potong pulak kayu jadi pendek. So kita tunggu tahun depan laa tengok kayu tu membesar panjang tak..haha
Untuk tahun ni, project siapkan bengkel dan ofis sendiri. Kita sambung tahun depan.fuhh mcm lama lagi.Video tak siap lagi untuk ditonton.Saya akan share cara saya pasang.Happy new year semua geng-geng tukang diy.
140 Keping, Kos RM294
Ikutkan harga dekat Shopee boleh dapat RM1.80, tapi boleh beli 2 kotak sahaja dan bila tambah postage harga sama je dengan dekat eco.So kita decide beli kat eco je..huhu modal hangus RM294 – 140pcs pakai satu bilik ada lebih. Boleh cover 190sqft ruang bilik.
Starting nak start keje, wajib ade L square dengan L 45°. Pembaris panjang, pisau. Vinyl Sticker ni siap ada gam, yang jenis vinyl kayu tu kena letak foam.
Mula-mula kena tanda center supaya kita tak lari dari landasan jalan yang benar. Permulaan ni yang seksa dan yang hujung-hujung. Yang tengah-tengah happy-happy je pasang.Mulakan dari tengah. Sekeping tu potong jadi segitiga sandwich. Bucu tepi tu duduknye kat tengah line. Lepas tu disilang-silang kiri kanan dengan berpandukan garis tengah tu.
Saya suke betul dengan tukul hijau tu. Melantun lantun sedapp jee ketuk-ketuk haha. Tukul beli dekat hardware. Time lekat tu, ketuk-ketuk bagi gam dia letak..so kuat laa lagi.
Fuhhh…puas hati betul dapat siapkan.
Tuu..hujung tu, papan mdf potong pendek. Kite tunggu tahun depan die membesar memanjang dengan jayanya..haha
Alhamdulillah. Sedap mata memandang, hasil keje sorang-sorang (bab tampal menampal, time membersihkan wife tolong sekali..hihihi)…lima hari tuan puan.haha
MW:Menarik juga makeover lantai simen dekat rumah guna Vinyl Sticker Kedai RM2 ala-ala Herringbone Stail ni. Lantai simen kosong terus nampak berseri bila buat macam ni.
Ibu tiga anak digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, kegagalan brek jadi punca. Seorang anggota penjara yang juga ibu kepada tiga anak,...