Begini Cara Biakkan Pokok Kunyit, Hasilkan Isi Yang Lebat

Ada orang yang berjaya menanam pokok kunyit hingga daunnya lebat merimbun. Kadangkala, pokok kunyit yang daunnya lebat merimbun, sudah mengumpulkan isi yang banyak. Dan pemilik perlu biakkan pokok kunyit ke dalam pasu yang baru.

Tetapi ada yang tak berani berbuat demikian. Bimbang pokok kunyit yang dipisah-pisahkan dari induk akan langsung mati tidak mengeluarkan isi kembali.

Ada cara yang betul untuk melakukannya. Lelaki ini, Mohd Amri berkongsi cara dia membiakkan pokok kunyit daripada pasu asal yang ditanam. Pokok kunyit yang sudah merimbun isinya perlu dipindahkan.

 

Cara Biakkan Pokok Kunyit

Pokok kunyit lama ini bulan tiga yang lepas saya keluarkan dari pasu. Tujuannya tak lain tak bukan untuk biakkan supaya lebih banyak. Rezeki jiran-jiran sekeliling saya kongsikan isi kunyit dan juga daunnya sekali.

IKLAN

Seterusnya saya kongsikan cara saya biakkan pokok kunyit kepada beberapa pasu baru.

  • Ambil beberapa batang kunyit yang sudah berakar seperti dalam gambar.
  • Daun saya potong. Sebab memang akan layu. Daripada layu macam tu, baik saya guna atau agihkan kepada jiran.
  • Yang lebihan agihan, terus saya cucukkan ke tanah.

Selepas Hari Ke-7 Dah Keluar Tunas Baru

Untuk peringkat awal dalam seminggu hingga ke dua minggu saya tidak beri sebarang baja, hanya siram pokok supaya berkeadaan lembab. Pada hari ke 7, sudah keluar beberapa tunas-tunas baru. Yeah!

Pada peringkat ini, saya mula masukkan atau taburkan sahaja dua sudu baja organik dan siram seperti biasa.

IKLAN

Baja seperti dalam gambar. Baja ini adalah campuran kompos sawit dan tinja ayam. Sepaket saya dapat RM7 sahaja. Murah dan berkesan untuk semua pokok. Boleh cuba.

Selang Seminggu Dua, Tabur Baja Organik

So, untuk hari-hari berikut, saya hanya siramkan air kosong. Selang seminggu sekali atau dua minggu sekali saya akan taburkan baja organik serta berikan semburan booster.

Setakat ini, inilah perkembangannya. Dah dapat banyak pasu, bolehlah buat rendang semasa MCO serta Hari Raya Aidiladha tak lama lagi.

IKLAN

MW : Seronok bila berjaya tanam pokok kunyit berdaun lebar dan berisi lebat.

Tanam kunyit guna tanah cocopeat, bawah teduhan hasilnya daun lebar-lebar

Sumber/Foto : Mohd Amri

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW