Telur boleh dikatakan satu kemestian yang ‘wajib’ ada di dapur setiap rumah. Namun apabila beli telur kena tahu cara penyimpanannya yang betul, sama ada dicuci dahulu atau tidak, disimpan dalam peti sejuk atau dibiarkan pada suhu bilik. Barulah telur kekal segar dan tidak berlakunya keracunan makanan.

Untuk faham lebih lanjut, fahamkan perkongsian daripada CHM Dr Fatimah Salim, Pensyarah Kanan Kimia & Penyelidik UiTM ini.

PERLU ATAU TIDAK BASUH TELUR SEBELUM PENYIMPANAN?

Sebenarnya telur secara semulajadi memiliki selaput perlindungan yang dipanggil “bloom” atau “cuticle” yang terbentuk daripada cecair faraj ayam semasa bertelur. Tujuan lapisan ini ialah untuk melindungi isi telur daripada dicemari. Kulit telur sebenarnya mempunyai liang-liang halus di seluruh permukaan yang telap kepada kuman dan bahan kimia meruap (aka gas) dari persekitaran.

Sebab itu telur boleh berbau bawang (dari bahan kimia bersulfur) jika diletakkan bersama dengan bawang. Selain daripada itu, selaput ini juga bertindak dalam mengekalkan kelembapan dalam telur dengan cara mencegah air meruap keluar melalui kulit telur. Inilah sebab kepada pendapat yang tidak menggalakkan telur dibasuh sebelum disimpan.

Pun begitu, terdapat peraturan dalam USDA yang mengharuskan pencucian setiap telur yang dijual secara komersial. Ini kerana kulit telur yang mengandungi najis boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella.

Basuh Atau Tidak Sebelum SIMPAN, Bergantung Cara Penyimpanan TELUR

IKLAN

Boleh Sebabkan Keracunan Makanan

Sekiranya telur ini disimpan dalam peti sejuk tanpa dicuci, ianya boleh menyebabkan pencemaran silang berlaku (kuman boleh berpindah) kepada makanan lain yang disimpan, terutamanya makanan sedia makan. Kuman ini akan menghasilkan bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Malangnya proses mencuci ini akan membuang bersama selaput perlindungan semulajadi tadi. Maka peranan ini digantikan dengan selaput buatan (biasanya mengandungi mineral berminyak) yang boleh dimakan pada permukaan telur.

Namun peraturan mencuci telur ini tidak digunapakai di Malaysia. Maka, telur yang kita beli masih lagi mempunyai lapisan perlindungan semulajadi. Sekiranya telur tidak disimpan dalam peti sejuk, telur tidak perlu dibasuh namun haruslah disimpan di dalam kartonnya. Selain daripada fungsi sokongan, menyimpan telur dalam kartonnya dapat melindungi telur daripada tekanan (aka pecah) serta mengekalkan kesegaran telur sehingga 45 hari daripada tarikh pembungkusan.

Sekiranya telur ingin disimpan dalam peti sejuk dan kulit telur tidak mengandungi najis, maka tidak perlu di basuh. Cuma boleh mengambil langkah hati dengan menyimpan telur dalam bekas tertutup untuk mengelakkan pencemaran silang.

IKLAN

Basuh Atau Tidak Sebelum SIMPAN, Bergantung Cara Penyimpanan TELUR

KESIMPULANNYA, pilihan sama ada membasuh telur atau tidak bergantung kepada cara penyimpanan telur itu. Sekiranya kulit telur mengandungi najis dan ingin disimpan di dalam peti sejuk, maka eloklah dibasuh untuk menghalang mencemaran silang. Namun sekiranya telur ditinggalkan di dalam kartonnya, maka eloklah tidak dibasuh untuk meningkatkan jangka hayat kesegaran telur.

Apa-apa pun, telur haruslah dibasuh sebelum di masak!

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:

Kulit Telur Jangan Dibuang, Kumpul Jadi Baja Organik Suburkan Pokok

Hilang Kerja, Isteri Mengandung, Sepapan Telur Itulah Lauk Sebulan Anak-Beranak

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang beli telur telur, nak pastikan kekal segar ikut tip yang dikongsikan ini.

Sumber: Makmal Makanan (MaMa)

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI