Pokok Pudina banyak khasiatnya dan selalu dijadikan penambah aroma dalam minuman dan masakan. Daun pudina letak dalam teh panas, sedap sungguh, wangi dan segar je rasanya. Namun bukan mudah nak tanam pokok pudina ni.Kena tahu teknik dan cara yang betul barulah pokoknya hidup subur dan segar merimbun.

Rupanya teknik mudah tanam pokok pudina guna pucuknya yang matang. Tak sampai sebulan boleh biakkan berpuluh pasu. Punyalah banyak.

Ikut cara yang dikongsikan dari Agro Tani Store ini.

Cara Menanam Pudina Menggunakan Pucuk

Masa mula-mula nak tanam pudina, saya beli 2 pasu kecil dari nusery. Satu pasu berharga RM 10, kiranya saya habiskan rm20 untuk dapatkan 2 pasu.

Bagi saya agak mahal, tapi disebabkan isteri saya suka dengan bau pudina, saya nekad untuk beli dan biakkan pokok pudina ni.

Alhamdulillah tak sampai sebulan, saya berjaya membiakkan berpuluh pasu pokok pudina.

2 cara saya guna:

Pertama rendaman keratan batang ke dalam air.
Kedua tanam terus ke tanah menggunakan pucuk.

Hasil pemerhatian saya, menggunakan pucuk lebih mudah untuk membiak.

Cara-cara tanam pudina menggunakan pucuk:

1. Pemilihan medium (saya guna tanah sawit campur)
2. Saya pilih pucuk matang, saya ada sertakan gambar yang telah dilabel A dan B.Kedua-duanya adalah pucuk, yang membezakannya adalah pucuk matang dan pucuk tidak matang.

IKLAN

Tanam POKOK PUDINA Guna Pucuk, Tak Sampai Sebulan Berjaya Biakkan Berpuluh Pasu!

– Gambar A merujuk kepada pucuk yang kurang matang, batangnya berwarna hijau muda, peratus untuk hidup adalah kurang.

Tanam POKOK PUDINA Guna Pucuk, Tak Sampai Sebulan Berjaya Biakkan Berpuluh Pasu!

– Gambar B merujuk kepada pucuk yang telah matang, batangnya berwarna purple muda, peratus untuk hidup Insyaallah lebih tinggi.

3. Selesai memilih pucuk, cucuk pucuk tersebut ke dalam medium yang telah dipilih (pastikan medium telah digembur terlebih dahulu).

IKLAN

Tanam POKOK PUDINA Guna Pucuk, Tak Sampai Sebulan Berjaya Biakkan Berpuluh Pasu!

4. Siram medium sehingga basah lencun.

5. Letakkan di kawasan teduh di antara seminggu – 2 minggu.

6. Pucuk yang berjaya hidup akan sentiasa hijau dan mula menampakkan pertumbuhan.

7. Dedahkan kepada cahaya matahari secara beransur-ansur.

IKLAN

Tanam POKOK PUDINA Guna Pucuk, Tak Sampai Sebulan Berjaya Biakkan Berpuluh Pasu!

Info Ekstra!

  • Pokok pudina yang telah stabil boleh diletakkan di bawah matahari penuh
  • Anak pokok boleh dibaja seusia 2 minggu dalam kuantiti yang sedikit.

Tanam POKOK PUDINA Guna Pucuk, Tak Sampai Sebulan Berjaya Biakkan Berpuluh Pasu!

Selamat berkebun.

Baca Lagi Di Sini:

Daun Pudina Banyak Jenis, Salah Pilih Ada Yang Beracun
Cara Mudah Tanam Pokok Pudina, Tinggal Seminggu Tak Bersiram Pun Masih Subur Segar Bugar

MW: Jadi buat mak-mak yang suka berkebun dan nak tanak pokok pudina sendiri di rumah boleh cuba cara dan tip yang dikongsikan ini. Barulah pokok pudina hidup subur dan segar merimbun.

Sumber: Agro Tani Store

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI