Berapa ramai antara kita, setiap bulan akan buat rekod belanja bulanan. Tanda dan tulis secara detail tentang duit yang dibelanjakan. Atau ada yang tidak ambil tahu dan tak kisah dengan apa yang dibelanjakan.
Kalau tak ada rekod belanja bulanan, bimbang nanti tak sampai pertengahan bulan, duit habis dan tak tahu ke mana. Sekurang-kurangnya cara ini membantu kita untuk berjimat cermat dalam menguruskan wang.
Kali ini ada perkongsian yang boleh membantu mak ayah / suami isteri dalam rekod belanja bulanan. Tak perlu pen atau kertas, cukup dengan money tracker dalam handphone saja.
Senang je nak rekod perbelanjaan setiap hari tanpa bawa pen dan kertas.
Money Tracker. Mula-mula tu macam agak susah untuk saya nak buat sebab masa kita berbelanja, mana sempat nak tulis. Tapi saya dapat idea sendiri, sangat mudah. Idea ni menyebabkan saya dan pasangan berjaya amalkan sampai hari ni.
Caranya macam ni, kita semua kan selalu pegang handphone. Macam dah keperluan jadinya.
Mana-mana pun tengok handphone. Jadi, buat satu group whatsapp. Ahlinya suami dan isteri sahaja. Letak nama group Money Tracker. Tiap kali lepas makan, beli atau belanja apa-apa, tulis dalam group whatsapp tu :
Makan tengahari -8.00
Minyak kereta -50.00
Parking -1.00
Bil letrik -78.00
Econsave -45.50
Laptop -1450.00
Ali bayar hutang +300.00
Bonus +500.00
Ads
Simbol ( – ) adalah sebagai perbelanjaan atau duit keluar. Simbol ( + ) adalah sebagai pendapatan atau duit masuk.
Dalam whatsapp kan ada tarikh bila kita tulis. Jadi, hujung bulan kita boleh semak balik perkara berikut :
1. Berapa duit kita dah belanja
2. Bila tarikh kita belanja
3. Apa yang kita belanja
4. Belanja lebih bajet atau tak
5. Apa yang terlebih bajet
Cara Belanja Berhemah
Kesannya, kita akan tahu belanja setiap bulan terlebih kat mana supaya lebih beringat dan perbaiki cara perbelanjaan ke arah yang lebih berhemah.
Ads
Tip ni pun boleh buat untuk benda lain juga. Kalau nak simpan resepi, location, nak buat senarai tugasan, senarai barang nak beli, cuma buat group whatsapp suami isteri dan tulis la apa saja dalam group whatsapp tu untuk simpanan.
Semoga bermanfaat.
Mingguan Wanita : Moga ia membantu kita untuk urus duit dengan berhemat.
Rupanya begini cara yang betul, mak-mak boleh simpan daun pisang supaya ia kekal segar,hijau dan boleh bertahan sehingga 2 minggu! Bukan apa, daun pisang jika salah cara penyimpanannya boleh mengakibatkan daunnya cepat lebam, birat dan mudah rosak.
Daun pisang selalu digunakan sebagai penambah aroma bagi masakan mahupun kuih muih. Jika duduk di kampung, daun pisang tak jadi masalah boleh diambil bila-bila masa pada pokok. Tapi mak-mak yang duduk dibandar ni, yang tinggal di apartmen, kondominium daun pisang ni sangatlah ‘berharga’. Nak beli daun pisang ni boleh tahan juga harganya.
Oleh itu bila balik kampung, jika mak-mak ambil daun pisang dalam kuantiti yang banyak boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Roslan Mamak Haji. Menurut beliau, bila bawa balik daun pisang dari kampung, kadang kala ambil masa yang panjang, simpan pulak di but kereta, maka daun pisang ini perlu ‘disejukkan’ terlebih dahulu.
1. Ketika gulung daun pisang jangan terlalu banyak, satu gulung dalam 10 helai cukup, dan ikat dengan getah.
2.Kemudian rendam daun pisang tersebut dalam baldi yang diisi air untuk hapuskan ‘haba’.
3.Selepas bawa balik ke rumah, rendam sekali lagi dalam air selama 15-20 minit.
4. Toskan air dan terus masukkan dalam beg plastik serta simpan di peti sejuk bahagian dingin (chiller). Hasilnya daun pisang boleh bertahan sehingga 2 minggu.
Info Ekstra! Punca Daun Pisang Cepat Lebam & Tak Bertahan Lama
Perlu tahu, proses fotosintisis tetap berlaku pada daun-daun pisang menyebabkan “Haba” akan akan dibebaskan dalam gulungan daun pisang.
Oleh kerana tidak ada pengudaraan dalam gulungan itu, haba pada daun pisang boleh mencecah sehingga 40 – 45 C. Menyebabkan haba ini, akan melebamkan permukaan daun pisang.
Daun-daun pisang telah lebam, tidak boleh gunakan untuk balut nasi lemak atau lain-lain kerana bau yang keluarkan amat tidak menyenangkan.
Daun pisang perlu direndam didalam air selama 15-20 minit, supaya air dapat meresap pada daun tersebut. Daun pisang perlukan air untuk proses fotosintisis, klorofil inilah jadikan daun kekal hijau.
Semoga bermanfaat dan mak-mak boleh lah mencuba sendiri dirumah nanti. Tip ini juga sangat bagus dicuba bagi penjual kuih muih mahupun nasi lemak yang menggunakan daun pisang dalam jumlah yang banyak, jadi tidaklah rugi mahupun membazir jika daun pisang rosak.
Timun Jepun selalu dijadikan ulaman dimakan dengan nasi putih, dibuat jeruk, dijadikan salad mahupun bahan semulajadi untuk petua kecantikan. Walaupun pokok timun merupakan tumbuhan menjalar/ pemanjat, ia boleh juga ditanam dalam pasu. Malah sangat sesuai ditanam di rumah yang mempunyai kawasan terhad.
Boleh ikut cara mudah, tip lengkap tanam Timun Jepun ini. (Sesuai juga untuk timun batang lain)
1. Penanaman Dalam Pasu atau Bekas
Pokok Timun Jepun sesuai ditanam dalam pasu dan juga bekas tanaman lain.
Gunakan campuran medium tanaman untuk pokok berpasu dalam nisbah 3:2:1
(3 top soil : 2 Bahan organik: 1 Pasir sungai) untuk menanamnya. Lebih mudah beli tanah di kedai nursery. Tanah organik.
Terus tanam 2 biji benih dalam bekas atau pasu. Letak tempat redup. 2 atau 3 hari benih akan bercambah.
Apabila benih tumbuh 5-6 helai daun alih pasu menghadap cahaya matahari/ dedahkan anak pokok pada cahaya matahari terus.
Bila pokok sudah memanjat memerlukan sokongan seperti pancang atau junjung untuk pokoknya tumbuh subur dan berbuah.
Untuk penanaman di tanah sebaiknya ditanam atas batas yang digembur terlebih dahulu dan disuburi dengan kandungan kompos atau najis haiwan seperti ayam atau kelawar.
Kaedah penanamannya mudah sahaja iaitu dengan menanam terus 2 biji benih dalam satu lubang tanpa perlu disemai terlebih dahulu .
Manakala jarak penanaman di antara satu pokok dengan yang lain ialah 35 sentimeter dan jarak di antara batas atau barisan ialah 1.5 meter.
Sebagai pokok pemanjat ia memerlukan sokongan seperti pancang atau junjung untuk pokoknya tumbuh subur dan berbuah.
3.Penjagaan
Siram air dua kali sehari, waktu pagi dan petang pada hari panas.
Ini perlu dilakukan supaya medium tanamannya sentiasa berkeadaan lembap sentiasa agar pokok dapat tumbuh subur dengan daun, bunga atau putik buahnya tidak layu dan gugur secara tiba-tiba.
Siram bila perlu sahaja pada hari hujan.
4. Baja
Tanah yang subur peringkat semai sangat lah penting.
Bila pokok dah dewasa. Selang seli baja subur setiap 2 minggu sekali.
Tinja ayam dan kompos sangat di sukai pokok timun batang.
Nak buat telur rebus pun ada caranya yang betul.Rupanya kena tambah sedikit garam dalam air rebusan, barulah telur tersebut jadi elok licin dan mudah dikupas. Takdelah melekat isinya pada kulit telur, jadi tak rata dan payah nak dikupas.
Boleh ikut tip mudah yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini.
“Cara mudah untuk mengupas kulit telur rebus agar telur nampak elok licin setelah dikupas.”
Bahan-Bahan:
Telur
Garam
Air paip
Periuk
Cara Membuat:
1. Basuh telur dan masukkan ke dalam periuk yang berisi air , tambahkan garam dalam rebusan telur tersebut. Rebus sehingga 10 minit-15 minit.
2. Selepas matikan api , angkat telur tersebut ke dalam rendaman air sejuk atau air paip..tukar air rendaman beberapa kali sehingga air rendaman menjadi benar-benar sejuk.
3. Bila air rendaman sudah bertukar sejuk ,bolehlah telur tersebut di kupas ..sangat mudah untuk mengupas kulit telur dan telur nampak elok licin setelah di kupas.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika selama ni payah nak dapat telur rebus yang cantik elok licin dan mudah dikupas, boleh ikut tip mudah yang dikongsikan ni.
Bekas penyampai berita, Puan Sri Normala Samsudin dan gelaran ‘Wanita Melayu Terakhir’ sememangnya tak dapat dipisahkan.
Beliau kini tenang menjalani kehidupan peribadi sebagai seorang isteri,...