canva - 2022-05-16T190949.337

Mahu tak terkejut bila tengok bil elektrik melambung tinggi. Terkedu memikirkan peralatan dalam rumah yang selalu buatkan bil melambung tinggi. Kalau penghuni rumah ramai tak hairanlah tapi kalau hanya beberapa orang saja isi rumah.

Tak hairanlah bil melambung tinggi kalau seharian duduk di rumah. Dengan televisyen dan kipas mahu 24 jam terpasang. Tak kurang juga ada rumah yang bil elektrik biasa-biasa saja sedangkan kat rumah macam-macam peralatan ada. Jadi, macam mana cara mereka berjimat.

Perkongsian daripada Mohd Azrin Roselan ini memberitahu cara bagaimana untuk jimatkan elektrik. Tak perlu pakai peralatan conventer pun. Apa dia? Jom kita cuba.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bila Isteri Bayar Duit Dapur, Belanja Rumah, Itu Tanda Suami ‘Lemah’, Culas Tanggungjawab

Bila FULL MOON, Badan Mudah Jatuh Sakit, Kuatkan Imunisasi Anak, Elak Jangkitan Parasit

Info Lebih Menarik DI SINI

Bil Elektrik Melambung Tinggi, Amalkan Cara Ini

Berapa bil api korang?

Ini bil api untuk ahli keluarga 8 orang.

Nak berjimat tak susah tetapi perlu disiplin tinggi.

Ini amalan saya.

IKLAN

1. Sejak awal lagi sudah pasang lampu energy saver. Tahu tak lampu kalimantang kuat makan api.

2. Menggosok baju sekali banyak bukan nak pakai baru nak gosok. Iron guna api yang banyak bila nak capai suhu yang diset.

3. Air cond set mod Dry dan timer. Mod Dry tidak memaksa compressor Air cond bekerja sepanjang masa.

Makluman Air cond rumah bukan jenis converter. Biasa-biasa sahaja.

4. Tutup lampu selepas digunakan. Ini perlu disiplin tinggi selain ambil tanggungjawab tolong tutup kalau ada yang terlupa.

5. Tidak meletakkan peralatan elektrik pada mod standby kerana masa api digunakan walaupun kecil. Off dan cabut plug.

Lelaki Ini Kongsi Tip Jimat Bil Elektrik, Tak Perlu Barangan Elektrik ‘Converter’ Pun!

Lelaki Ini Kongsi Tip Jimat Bil Elektrik, Tak Perlu Barangan Elektrik ‘Converter’ Pun!

IKLAN

6. Mengenal pasti barang elektrik menggunakan api yang kuat. Vacuum elektrik, Iron, Microwave , PC high spec dan sebagainya kuat guna api.

7. Sebelum masuk tidur akariksa barang buat round pegan elektrik, lampu, kipas dan sebagainya yang tidak ditutup dan cabut plug bila tidak digunakan.

Lelaki Ini Kongsi Tip Jimat Bil Elektrik, Tak Perlu Barangan Elektrik ‘Converter’ Pun!

Cabut Plug Selepas Digunakan

Ada yang mengatakah plug tak cabut tidak ada significant pun sebab dah Off. Terpulang pada masing-masing malas nak argue bab ini.

Amalan saya selepas guna barangan elektrik akan cabut plug.

Kalau beli barangan elektrik yang mempunyai energy saver rating adalah bonus sebab harganya tak murah.

Saya sudah buktikan tanpa barangan elektrik yang mempunyai converter boleh buat penijimatan sebab tabiat dan cara pengunaan.

IKLAN

Semoga bermanfaat dan taraf kos kehidupan meningkat marilah berusaha buat penjimatan ikut kemampuan masing-masing.

Hasil penjimatan duit api boleh kumpul beli emas.

Mingguan Wanita: Pilihan masing-masing. Kalau boleh jimat, kita jimat.

Sumber: Mohd Azrin Roselan

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI