Dalam dunia penanaman yang serba luas ini, ada bermacam kaedah penanaman yang mak-mak boleh cuba. Kaedah Aquaphonic mudah ini salah satunya.
Kaedah ini membolehkan anda menanam pokok-pokok dalam masa yang sama membela ikan dalam satu bekas yang sama.
Lelaki ini, Ahmad Yusri berkongsi cara kaedah Aquaphonic mudah yang mak-mak boleh praktikkan di laman rumah sendiri.
Kongsinya, “Saya nak share kaedah aquaphonic mudah. Boleh tanam pokok yang sukakan air seperti kesum, selom, kangkung dan sebagainya.
Boleh juga tanam pokok lain. Terpulang.”
Ads
Ini Kaedah Aquaphonic Mudah
1. Tong sampah/ baldi atau apa-apa yang sesuai.
2. Bakul atau apa-apa bekas yang berlubang. – Cari BAKUL PLASTIK BULAT di sini
3. Lecca/batu/ arang
4. Ikan tempatan yang lasak seperti keli, sepat, puyu dan lain-lain.
Tips : Ikan keli saya tak galakkan sebab air akan mudah kotor. Tapi sangat lasak, saya tak tukar air berbulan-bulan tetap hidup. Saya hanya tambah air sahaja.
Ads
Syarat Lain Kena Ikut
Dalam gambar pokok kesum yang lebat tu ada ikan puyu 12 ekor.
Cucuk pokok kesum, lepas tu bagi ikan makan. Tambah air jika air menyusut. Pastikan akar kena air.
Jangan lupa buat lubang overflow jika letak di luar tanpa atap.
Ads
Mingguan Wanita : Jimat ruang kan bila buat macam ni. Pokok kesum dapat, bela ikan pun dapat. Menarik untuk dicuba ni mak-mak.
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan bagi memastikan daging cepat lembut, empuk dan kekal berjus. Tip ini amat sesuai bagi mak-mak yang tiada periuk ‘pressure cooker’ di rumah dan nak cepat masak daging. Bukan apa, jika masak cara biasa, tekstur daging akan jadi liat, keras dan sangat memakan masa untuk benar-benar empuk.
Hari ini saya nak kongsikan satu lagi tip untuk bagi daging cepat lembut, empuk dan juicy.
1. Potong daging ikut lawan arah urat, cuci dan toskan.
2. Tambahkan sedikit soda bikarbonat (untuk daging banyak ini, saya letak suku sudu teh saja) dan sedikit tepung jagung.
3. Kacau dan perap selama 15 minit. Masak sekejap sehingga daging berubah warna. Sebelah kanan itu hasilnya masak cuma 5 minit (saya tambahkan kicap manis).
4. Perapan seperti ini sesuai untuk daging kurang berurat yang dimasak sekejap seperti tumis, goreng atau campurkan dengan kuetiaw, mee, bihun atau nasi goreng.
Nota: Soda bikarbonat jangan terlebih ya. Nanti akan terasa sedikit pahit pula.
1.Rendam daging liat ke dalam air perahan betik atau nanas atau daun betik dalam berapa minit
2.Lagi lama rendaman lagi lembut, kerana betik dan nanas mempunyai enzim proteolytic dimana enzim ini bertindak sebagai meat tendezering mengurai rangkaian struktur amino acid protein maka daging akan jadi lembut.
3.Enzim tersebut ialah papain mewakili betik dan bromelain mewakili nanas
1.Masak daging seperti biasa. Biarkan masakan menggelegak, kecilkan api dan masukkan ais batu. Biarkan ais batu cair. Tunggu mendidih dan masak dengan api sederhana dalam 30 minit.
2.Pertukaran haba mendadak semasa memasak akan melembutkan daging dengan cepat.
Nota: Pastikan air dalam masakan kurang agar pertambah ais batu dapat menyejukkan keseluruhan isi daging.
a) Daging dipotong pelbagai sudut (cara potong melawan susunan isi akan cepat empuk dari yang selari).
b) Masukkan sekali bahagian urat daging.
Semasa proses memasak, haba bertujuan melemahkan ikatan hidrogen dalam molekul protein daging. Kejayaan dalam melemahkan ikatan antara protein ini akan membuatkan tekstur daging menjadi lembut. Pertukaran suhu yang mendadak (panas ke sejuk) mungkin menyebabkan proses ini ‘tidak tentuan’. Dan perubahan seterusnya (sejuk ke panas) menyebabkan proses cepat empuk berlaku.
Fenomena ini mungkin boleh dijelaskan dengan konsep entropy.
Entropy merupakan istilah kuantiti termodinamik yang digunakan untuk menjelaskan ketidakupayaan sesuatu tenaga haba ditukarkan kepada kerja. Atau juga dikenali dengan kecelaruan (disorder) atau kerawakan (randomness)di dalam sistem.
Dalam kes ujikaji ini tenaga haba tidak dapat dibebaskan daripada proses memasak daging disebabkan suhu diturunkan secara mendadak. Maka kecelaruan (ketidaktentuan) dalam sistem memasak daging berlaku. Ini menyebabkan suhu panas yang kemudiannya dikenakan memudahkan lagi proses melemahkan ikatan antara molekul protein daging, lalu daging menjadi empuk.
Saya biasa masak daging dalam periuk tekanan tinggi dan buat stok. Jadi pada saya, lebih praktikal untuk menggunakan periuk tekanan tinggi untuk mengempukkan daging berbanding cara ini kerana ianya agak rumit. Pun begitu, cara ini sesuai untuk mereka yang tidak ada periuk tekanan tinggi.
Jika dikira masa keseluruhan yang diambil, kaedah ini berkesan mengempukkan daging lebih kurang 40% daripada cara memasak biasa.
Semoga bermanfaat
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia yang suka masak.
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang tiada periuk ‘pressure cooker’ di rumah dan nak cepat masak daging, bolehkan ikut mana-man tip yang dikongsikan ini. Barulah daging cepat empuk, lembut dan ‘juicy’.
Namun demikian, bukan semua orang faham dan yakin nak buat penukaran kad debit secara online. Jika nak guna cepat, boleh terus dapat kad, boleh cuba cara mudah, terus sahaja ke kiosk penukarankan kad debit di lokasi yang terpilih.
1. Hadir ke mana-mana cawangan Maybank yang mempunyai Kiosk Kad Debit (rujuk senarai di bawah).
2. Pergi ke Kiosk di bahagian ATM bank dan pilih Bahasa.
3. Masukkan kad debit yang ingin ditukar dan masukkan no. pin.
4. Pilih jenis / corak kad baharu yang diinginkan.
5. Letakkan Kad Pengenalan (MyKad) ke dalam mesin. Selepas itu imbas cap jari di mesin kiosk tersebut. (Jangan angkat sebelum diarahkan di skrin).
6. Tunggu seketika untuk mesin memproses maklumat.
7. Sila ambil kad debit baharu yang akan dikeluarkan dan telah diaktifkan (sedia diguna). Pengguna boleh juga memilih untuk mencetak resit bagi transaksi.
Mingguan Wanita:Jadi buat yang nak cepat dan mudah, dan boleh terus dapat, boleh tukar kad debit terus di kiosk berdekatan. Tak perlu tunggu bank hantar ke rumah memakan masa yang agak lama.
Sumber:Mysumber
Ini pesanan Raja Azura, jangan malu bergelar janda.
Siapa sangka dengan menyiram tanaman setiap hari menggunakan baja yakult dan telur, daunnya jadi lebar, pucuk semakin meninggi dan bunga pun makin meriah! Memang seronok lihat tanaman semakin subur apabila menggunakan baja yang boleh dibuat sendiri di rumah ni.
Jom buat baja yakult + telur. Cuma guna sebotol yakult dengan 2 biji. Telur tu saiz apa pon tak pa.Kalau nak buat kuantiti banyak, pandai-pandai la adjust nisbah dia.
1 Botol Yakult
2 Biji Telur
Air Hujan/ Air Tapis/Air Basuhan Beras/Air Paip
Botol Spray
Artikel Menarik:Siram Baja Roti Seminggu 3 Kali, Tanaman Subur Bunga Makin Meriah!
1. Campur telur dengan yakult dalam satu bekas yang boleh tutup rapat. Campur dan goncang-goncang.
2. Peram dalam 3 hari. Selepas 3 hari boleh la ambil 2-3 sudu peraman campur dengan 1 liter air.
3. Lagi best campur dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras, tapi kalau dah tak dak, buh air paip pon boleh.
4. Dah masuk dalam botol spray, yang balance tu boleh simpan dalam peti ais. Tapi jangan duk buat minum pulak.
5. Kalau nak siram ke tanah pun sama ja. Campur selepas itu siram.
Indoor plant saya tak letak..hehe paham-paham la kenapa yer..bau asham sikit ayaq ni.
Mingguan Wanita:Jika ada bercucuk tanam di rumah boleh cuba buat sendiri baja yakult telur ni. Tanaman elok subur, daun lebar, bunga meriah, buah pun besar!
Jelas tergambar di wajah suami Jaslinda, luahnya, “Orang rumah saya… dia kuat.” Itu kata-kata suami kepada pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, sejurus dipertemukan semula dengan isterinya di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah.