Ada beberapa cara yang boleh dilakukan bagi memastikan daging cepat lembut, empuk dan kekal berjus. Tip ini amat sesuai bagi mak-mak yang tiada periuk ‘pressure cooker’ di rumah dan nak cepat masak daging. Bukan apa, jika masak cara biasa, tekstur daging akan jadi liat, keras dan sangat memakan masa untuk benar-benar empuk.
Baca perkongsian tip lembutkan daging dan relevannya secara sains daripada ChM Dr Fatimah Salim ini sebagai rujukan;
Hari ini saya nak kongsikan satu lagi tip untuk bagi daging cepat lembut, empuk dan juicy.
1. Potong daging ikut lawan arah urat, cuci dan toskan.
2. Tambahkan sedikit soda bikarbonat (untuk daging banyak ini, saya letak suku sudu teh saja) dan sedikit tepung jagung.
3. Kacau dan perap selama 15 minit. Masak sekejap sehingga daging berubah warna. Sebelah kanan itu hasilnya masak cuma 5 minit (saya tambahkan kicap manis).
4. Perapan seperti ini sesuai untuk daging kurang berurat yang dimasak sekejap seperti tumis, goreng atau campurkan dengan kuetiaw, mee, bihun atau nasi goreng.
Nota: Soda bikarbonat jangan terlebih ya. Nanti akan terasa sedikit pahit pula.
TIP 2 (AIR PERAHAN BETIK/NANAS)
1.Rendam daging liat ke dalam air perahan betik atau nanas atau daun betik dalam berapa minit
Ads
2.Lagi lama rendaman lagi lembut, kerana betik dan nanas mempunyai enzim proteolytic dimana enzim ini bertindak sebagai meat tendezering mengurai rangkaian struktur amino acid protein maka daging akan jadi lembut.
3.Enzim tersebut ialah papain mewakili betik dan bromelain mewakili nanas
TIP 3 (AIS BATU)
1.Masak daging seperti biasa. Biarkan masakan menggelegak, kecilkan api dan masukkan ais batu. Biarkan ais batu cair. Tunggu mendidih dan masak dengan api sederhana dalam 30 minit.
2.Pertukaran haba mendadak semasa memasak akan melembutkan daging dengan cepat.
Nota: Pastikan air dalam masakan kurang agar pertambah ais batu dapat menyejukkan keseluruhan isi daging.
a) Daging dipotong pelbagai sudut (cara potong melawan susunan isi akan cepat empuk dari yang selari).
b) Masukkan sekali bahagian urat daging.
Ads
Dapatan Ujikaji dan Perbincangan:
Semasa proses memasak, haba bertujuan melemahkan ikatan hidrogen dalam molekul protein daging. Kejayaan dalam melemahkan ikatan antara protein ini akan membuatkan tekstur daging menjadi lembut. Pertukaran suhu yang mendadak (panas ke sejuk) mungkin menyebabkan proses ini ‘tidak tentuan’. Dan perubahan seterusnya (sejuk ke panas) menyebabkan proses cepat empuk berlaku.
Konsep Entropy
Fenomena ini mungkin boleh dijelaskan dengan konsep entropy.
Entropy merupakan istilah kuantiti termodinamik yang digunakan untuk menjelaskan ketidakupayaan sesuatu tenaga haba ditukarkan kepada kerja. Atau juga dikenali dengan kecelaruan (disorder) atau kerawakan (randomness)di dalam sistem.
Dalam kes ujikaji ini tenaga haba tidak dapat dibebaskan daripada proses memasak daging disebabkan suhu diturunkan secara mendadak. Maka kecelaruan (ketidaktentuan) dalam sistem memasak daging berlaku. Ini menyebabkan suhu panas yang kemudiannya dikenakan memudahkan lagi proses melemahkan ikatan antara molekul protein daging, lalu daging menjadi empuk.
Saya biasa masak daging dalam periuk tekanan tinggi dan buat stok. Jadi pada saya, lebih praktikal untuk menggunakan periuk tekanan tinggi untuk mengempukkan daging berbanding cara ini kerana ianya agak rumit. Pun begitu, cara ini sesuai untuk mereka yang tidak ada periuk tekanan tinggi.
Ads
Jika dikira masa keseluruhan yang diambil, kaedah ini berkesan mengempukkan daging lebih kurang 40% daripada cara memasak biasa.
Semoga bermanfaat
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia yang suka masak.
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang tiada periuk ‘pressure cooker’ di rumah dan nak cepat masak daging, bolehkan ikut mana-man tip yang dikongsikan ini. Barulah daging cepat empuk, lembut dan ‘juicy’.
Jika dahulu, nak pakai inai kena cari daun inai, tumbuk atau kisar kemudian barulah diletakkan pada kuku berjam-jam lamanya. Ada masanya warna inai pun tak begitu cantik merahnya. Namun sebenarnya wanita boleh buat sendiri ‘inai moden’ homemade di rumah.
Modal tak sampai RM3 namun tetap cantik warna merahnya malah paling penting sah dan boleh dibawa solat. Hanya gunakan 3 bahan je dan tak perlu was-was mahupun ragu-ragu lagi bila beli inai yang dijual di pasaran.
Boleh rujuk perkongsian cara buat Inai Moden Homemade daripada Puan Rosdiana Dian ini sebagai panduan.
“Saya nak share pewarna homemade yang dibuat siang tadi. Actually boleh jugak tanya pakcik Google. Cuma, resepi ni mak dapat dari kawan Mak. Mungkin lain orang lain bahannya. Modal tak sampai 3 ringgit.”
Bahan-Bahan Asas:
1. Kapur:
Kapur sireh/ kapur makan tu. Ini paling utama. Takde ni maka pewarna takleh serap dalam kuku.(Sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet je. Jangan banyak-banyak takut panas.
Boleh beli dekat kedai runcit. Takpun cuba jengah kat dapor kome, mesti ada punya la.. bukan nak pakai banyak pun.. secoet ja.
Haaa.. agak-agak gini laaa sukatan kapur sireh tu tadi.
2. Sabun mandi yang jenis ketul/ buku(Sukatan 2cm persegi):
#Atau, sabun axion pun boleh.
Ada orang pakai sabun axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau. (Kalau axion dalam Sukatan 1 sudu besar).
Besor tu ja sabun mandi yang saya pakei. Dalam ukuran 2cm persegi.
Saya pakai sabun yang dapat dari hotel-hotel (mujur ada), sebab umah saya pakai sabun gemok. Axion pun takde. Basuh pinggan pakai yang cecair.
Saya parut pakei gunting je.Haaaa.. ni la hasil sabun mandi yang dah siap parut tadi.
3. Pewarna Makanan Warna Ceri Merah
Ada yang pakei sirap. Ikut la nak kaler apa pun. Oren, purple, hijo, cekelet ke hitam ke.. sapa berani nak kuku kaler-kaler leh try. Jangan yang kordial tau. Tu tak boleh.. lain jadinya karang.Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan.
Ini la pewarna makanan yang saya pakai. Pewarna Ceri Merah cap bunga Rose. Harga dalam RM2.50. Ada jugak yang pakai sirap.
Cara-Cara Bancuhan:
1. Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil. Toksah campur air tau.
Ni hasilnya… dapat setupperware kecik
2. Kemudian sapu rata dikuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30 minit, ala-ala kering. Kemudian cuci bersih-bersih.
Putik KapasNi tangan kiri.. rasa kemas ja. Dapat tangan kanan… fuhhhhh jenuh.. comot.. sebab mak bukan lefthanded. Tapi toksah bimbang. Bior comot terkena kulit pun, sebab yang kat kulit boleh hilang yang kat kuku ja kekal hingga kuku dipotong.
Ni hasilnya..semoga terinspirasi. Saya buat ni sebab stok inai Mak dah habis.Inai dari Mekah tuari pun ilek. Dah la mak memang inai tak putus dijari.Sentiasa perantin baru ler katakannnn.. hihikk.
Lagi satu yang beli kat kedai tu tak tahan lama. Kejap ja pudar. Nak carik daun inai nak tumbuk-tumbuk jenuh ler pulak. Maka, terhasil laa inai moden nihh.
Info Ekstra!
Parut sabun lebih halus akan bantu mudah larut. Pewarna jenama apa pun boleh janji halal dan bentuk cair.
Susah-susah tak dapat nak agak kuantiti bahan buleh beli ja inai readymade kat kedai tu.. tapi cuma inai tu tak kekal lama laaa.. lekas pudar…Yang ni tahan lama hingga ikut habis kuku dipotong.
Lagi satu, yang paling penting buleh bawa solat. Sah solat Sebab warna meresap ke dalam kuku. Warna tidak hanya dipermukaan kuku sahaja yang boleh menghalang air sembahyang masuk ke anggota.. fungsinya sama seperti warna dari inai daun. Cuma ini dari pewarna makanan.
Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanhfaat buat wanita yang suka pakai inai dijari. Memang cantik warna merahnya, nampak berseri. Namun yang paling penting sangat jimat kos dan boleh dibawa solat.
Percutian tak best. Bila cuti sekolah mesti ada banyak perancangan. Bukan setakat mereka yang berkeluarga tapi buat yang masih solo. Tentu seronok bila dapat bercuti bersama-sama.
Apa yang tak seronok kalau ada yang moody,terus jadi percutian tak best. Bagi yang berkeluarga, anak-anak buat perangai dah tentu buat mak ayah rasa tak best. Sementelah kalau travel bersama kawan-kawan, mesti macam-macam peel kan!
Perkongsian daripada Hayat Muhamad ini ada betulnya. Nak tavel dengan orang ni terutamanya yang masih bujang mestilah sekepala. Bukan apa, kalau ada yang moody terus jadi percutian tak best.
Boleh ikut cara dia ni.
Sebab apa Pokyat payah nak travel ngan orang.
1. Orang buat Pokyat driver.
Pernah orang suruh jadi driver dalam 12 jam tanpa henti. Walaupun semua ada lesen, semua nak tidur dan bersenang lenang duduk belakang. Semua tak nak bergilir drive.
2. Orang kedekut.
Pernah gi jalan ramai ramai, semua taknak keluar duit. Hotel, minyak, makan semua nak kita seorang keluar. Kita tak sayang duit, tapi selalu kena macam tu, fedup jugak. Travel ngan orang kedekut, memang boleh jadi mimpi ngeri yang jadi trauma sepanjang hidup.
3. Orang cerewet.
Kedai ni tak nak, makan kat sini tak boleh, semua tak kena. Biasa orang berlagak kayangan macam ni susah nak jadikan satu percutian menjadi memori indah. Travel kena banyak toleransi, adatlah berjalan.
4. Moody Travel buddy.
Benda ni selalu kena. Ada yang jenis tarik muka, maka seluruh percutian menjadi tak best. Kdg kdg budak lelaki pun sama. Lelaki yang datang bulan agaknya. Bila dah tarik muka, hati kita sentap. Nak layan drama drama dia, homaigod.
5. Jenis pasangan kongkong.
Masa travel, bini orang call kita banyak kali, sebab call husband dia tak dapat. Rupanya husband dia kena report setengah jam sekali melalui video call. Kena tunjuk ada kat mana ngan siapa di sebelah. Benda ni pernah berlaku. Kita pun serabut.
6. Ikut program orang.
Banyak percutian, orang akan suruh kita ikut program diorang, semua tempat nak pergi, orang lain yang lead. Tak pernah tanya kita sepatah, tempat yang kita nak pergi. Sebab tu payah nak ikut orang.
Percutian jadi indah dan kenangan manis kalau sama sama happy, sama sama enjoy. Keluarlah duit sikit sikit sorang, sama sama drive, tolong menolong. masalah peribadi, perangai buruk tinggallah kat rumah.
Mingguan Wanita: Betul sangat. Untung kalau dapat kawan travel yang faham dan tak berkira. Jawabnya, kalau macam ni, sekali tu ajelah gi travel dengan dia. Serik.
Pokok kunyit mungkin salah satu pilihan mak-mak untuk jadikan tanaman di rumah selain daripada serai, pokok kari, panda dan sebagainya. Tak perlulah kawasan yang luas, cukup tanam dalam pasu pun dah boleh hidup. Senang untuk mak-mak petik dan masuk dalam masakan.
Sebenarnya, semau bahagian pokok kunyit ini boleh diguna pakai. Daunnya boleh guna untuk menyedapkam masakan rendang dan kunyitnya dah tentu-tentu unutk masakan lauk pauk lain.
Walau bagaimanapun, tak semua tanam pokok kunyit ini boleh hidup dengan baik. Silap cara tanam dan siram air terlalu banyak pun boleh mati pokok itu.
Satu lagi, kalau beli kunyit pasar, nak pakainya sedikit sahaja tapi kena beli ikut harga yang ditetapkan. Jadi, kalau kunyit yang lama tu bolehlah guna untuk semai. Jangan buang pula. Seperti apa yang dikongsikan oleh Mohd Nor ini yang guna kunyit lama untuk semai.
Kalau ada kunyit lama yang dah tumbuh tunas, jangan dibuang, bolehlah disemai.
Caranya, cuma letak dalam bekas dan isikan sedikit air yang agak-agak basah bawahnya saja dan bukan sampai terendam.
Bila akar dah mula keluar bolehlah dipindahkan ke dalam pasu. Ingat, jangan tanam dalam sangat kerana kunyitnya boleh rodsak dan membusuk. Akhirnya akan mati.
Kena timbus sikit-sikit sahaja dan siram air sedikit saja. Jangan terlalu banyak air dan paling penting letak kat tempat teduh.
2. Letak dlm bekas & letak sedikit air, apabila akar keluar dah boleh pindahkan ke pasu.
3. Tanam jangan dalam sangat. Kunyitnya boleh rosak membusuk dan pokok boleh mati
4. Letak di tempat teduh.
MW: Kalau selalu tanam tapi tak menjadi, boleh cuba cara ini. Moga ia membantu.
Mas Idayu bersyukur bekas suami lepaskan secara baik. Tiada pasangan berkahwin yang inginkan perpisahan namun jika ditakdirkan jodoh tidak panjang pastinya kena reda dengan...