Mak-mak mesti dah cuba pelbagai produk untuk pastikan rumah sentiasa wangi. Tambahan, kalau dah lepas masak, baunya satu rumah, melekat pula bau kat langsir, sementelah bau pakaian yang kita masak.
Kadang-kadang pewangi yang beli kat pasaran tak tahan lama dan wanginya hanya sekejap saja. Kali ini, Dato Alha Alfa sendiri kongsi cara nak buat semburan bagi rumah sentiasa wangi dan tahan lama.
Ini cara Dato Alha Alfa ajar untuk buat rumah sentiasa wangi macam ada perfume.
Bahan:
Baking soda – 2 sudu Ajax Fabuloso– 2 penutup – Keguanaan lain juga untuk cuci dan bersihkan minyak serta kotoran. Downy Premium Parfum – 2 bekas penutup (ikut pilihan citarasa)
Cuka – 2 bekas penutup(ini untuk buang buih dan tak ada licin bila gunakan)
2 cawan air panas untuk larutkan bahan
Caranya:
Satukan semua bahan di atas.
Ads
Masukkan ke dalam bekas.
Ads
Spray pada tempat yang dikehendaki. Boleh bersihkan minyak-minyak, lantai dapur, meja, langsir atau sofa. Sangat wangi, segar dan tahan lama.
Mingguan Wanita : Boleh cuba, katanya bau-bau ‘kepam’ yang melekat kat langsir dan sofa pun boleh hilang.
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan bagi memastikan daging cepat lembut, empuk dan kekal berjus. Tip ini amat sesuai bagi mak-mak yang tiada periuk ‘pressure cooker’ di rumah dan nak cepat masak daging. Bukan apa, jika masak cara biasa, tekstur daging akan jadi liat, keras dan sangat memakan masa untuk benar-benar empuk.
Hari ini saya nak kongsikan satu lagi tip untuk bagi daging cepat lembut, empuk dan juicy.
1. Potong daging ikut lawan arah urat, cuci dan toskan.
2. Tambahkan sedikit soda bikarbonat (untuk daging banyak ini, saya letak suku sudu teh saja) dan sedikit tepung jagung.
3. Kacau dan perap selama 15 minit. Masak sekejap sehingga daging berubah warna. Sebelah kanan itu hasilnya masak cuma 5 minit (saya tambahkan kicap manis).
4. Perapan seperti ini sesuai untuk daging kurang berurat yang dimasak sekejap seperti tumis, goreng atau campurkan dengan kuetiaw, mee, bihun atau nasi goreng.
Nota: Soda bikarbonat jangan terlebih ya. Nanti akan terasa sedikit pahit pula.
1.Rendam daging liat ke dalam air perahan betik atau nanas atau daun betik dalam berapa minit
2.Lagi lama rendaman lagi lembut, kerana betik dan nanas mempunyai enzim proteolytic dimana enzim ini bertindak sebagai meat tendezering mengurai rangkaian struktur amino acid protein maka daging akan jadi lembut.
3.Enzim tersebut ialah papain mewakili betik dan bromelain mewakili nanas
1.Masak daging seperti biasa. Biarkan masakan menggelegak, kecilkan api dan masukkan ais batu. Biarkan ais batu cair. Tunggu mendidih dan masak dengan api sederhana dalam 30 minit.
2.Pertukaran haba mendadak semasa memasak akan melembutkan daging dengan cepat.
Nota: Pastikan air dalam masakan kurang agar pertambah ais batu dapat menyejukkan keseluruhan isi daging.
a) Daging dipotong pelbagai sudut (cara potong melawan susunan isi akan cepat empuk dari yang selari).
b) Masukkan sekali bahagian urat daging.
Semasa proses memasak, haba bertujuan melemahkan ikatan hidrogen dalam molekul protein daging. Kejayaan dalam melemahkan ikatan antara protein ini akan membuatkan tekstur daging menjadi lembut. Pertukaran suhu yang mendadak (panas ke sejuk) mungkin menyebabkan proses ini ‘tidak tentuan’. Dan perubahan seterusnya (sejuk ke panas) menyebabkan proses cepat empuk berlaku.
Fenomena ini mungkin boleh dijelaskan dengan konsep entropy.
Entropy merupakan istilah kuantiti termodinamik yang digunakan untuk menjelaskan ketidakupayaan sesuatu tenaga haba ditukarkan kepada kerja. Atau juga dikenali dengan kecelaruan (disorder) atau kerawakan (randomness)di dalam sistem.
Dalam kes ujikaji ini tenaga haba tidak dapat dibebaskan daripada proses memasak daging disebabkan suhu diturunkan secara mendadak. Maka kecelaruan (ketidaktentuan) dalam sistem memasak daging berlaku. Ini menyebabkan suhu panas yang kemudiannya dikenakan memudahkan lagi proses melemahkan ikatan antara molekul protein daging, lalu daging menjadi empuk.
Saya biasa masak daging dalam periuk tekanan tinggi dan buat stok. Jadi pada saya, lebih praktikal untuk menggunakan periuk tekanan tinggi untuk mengempukkan daging berbanding cara ini kerana ianya agak rumit. Pun begitu, cara ini sesuai untuk mereka yang tidak ada periuk tekanan tinggi.
Jika dikira masa keseluruhan yang diambil, kaedah ini berkesan mengempukkan daging lebih kurang 40% daripada cara memasak biasa.
Semoga bermanfaat
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia yang suka masak.
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang tiada periuk ‘pressure cooker’ di rumah dan nak cepat masak daging, bolehkan ikut mana-man tip yang dikongsikan ini. Barulah daging cepat empuk, lembut dan ‘juicy’.
Sebelum anak ke sekolah, mak-mak mesti akan sediakan air manis setiap pagi untuk anak minum. Kalau anak tak makan sekurangnya minum boleh bagi tenaga.
Begitulah mak-mak tak nak bagi anak perut kosong ke sekolah. Biasanya air manis waktu pagi yang selalu disediakan tentulah milo, susu, jus oren dan sebagainya. Belum lagi sarapan lain yang disediakan.
Sebenarnya, cara mak-mak salah. Inilah yang boleh membuatkan otak anak kecut sebab ambil minuman tinggi gula. Belum lagi hari-hari biasa yaang ada masanya anak memang suka dengan makanan manis lain. Ketahui kesan dan cara terbaik yang disarankan oleh Dr Mazliana Mazlan ini.
Kecut otak anak-anak kalau kita bagi makan minum tinggi gula selalu.
Tugas kita untuk ajar anak-anak tentang bahayanya gula.
Sejak dari anak-anak kecil, cuba ajak mereka jauhkan diri dari gula seboleh mungkin. Ajak pelan-pelan, terangkan selalu. Anak-anak akan faham.
Susah nak buat, tapi kita cuba.
Sebab kesannya kita takkan nampak sekarang.
Cuba bayangkan kita hari-hari bagi anak minum air manis waktu pagi sebelum ke sekolah.
Mungkin kita fikir untuk beri tenaga, nak anak sihat dan kuat supaya dapat fokus belajar di sekolah.
Sebenarnya kita tengah latih anak kita dari kecil, wajib minum air manis waktu pagi sebelum pergi sekolah.
Mereka akan bawa sampai ke tua seperti kebanyakan kita sekarang yang tak boleh tinggal air manis waktu sarapan pagi.
Hakikat sebenar, kita telah rosakkan sel otak anak-anak dengan kenalkan mereka dengan makanan dan minuman bergula seawal bangun pagi.
Biskut.
Roti.
Aiskrim.
Jus buah.
Jem.
Bar coklat.
Cereal.
gula dalam conflakes.
Keropok.
Pes pasta.
Sos.
Kicap.
Sos tiram.
Pes masakan.
minuman kultur.
elak susu coklat atau strawberi tinggi gula.
Semuanya ada gula samada kita sedar atau tidak. Susah untuk kita elakkan sepenuhnya gula dalam kehidupan seharian.
Gula tersembunyi terlalu banyak dalam makanan ultra proses. Walau kita rasa tak manis sangat, tapi gula tetap banyak dalam tu. Gula antara kandungan pertama dalam kebanyakan makanan ultraprocessed.
Kalau susah nak elak yang lain, kita cuba elak air manis je dulu dari anak-anak. Terutama waktu pagi. Minum air kosong kan lebih sihat.
Setiap kali bagi kampung atau bercuti ke mana-mana destinasi, ada caranya untuk travel bersama si ‘anak bulus’. Bukan apa ia bagi memudahkan urusan dan dan dapat mengelakkan kucing daripada rasa ‘stress’ sepanjang perjalanan tersebut. Lebih-lebih lagi jika berlakunya kesesakan di jalan raya dan mengambil tempoh yang lama untuk sampai ke destinasi yang dituju.
Ramai bawak kucing balik kampung kan nanti, Jadi ni ialah video Tips Travel Bersama Kucing dari Johan. Semoga membantu untuk memudahkan perjalanan bersama anak bulus okay.
Pastikan Carrier kucing sesuai dengan saiz kucing untuk memberi keselesaan sepanjang perjalanan.
Bagi kucing makan siap-siap, kemudian puasakan dia selama 8 jam sebelum memulakan perjalanan, supaya kucing tak mabuk. Air boleh kecualikan.
Penting alaskan carrier dengan potty pad bagi memudahkan, jika kucing terbuang air semasa perjalanan.Jangan lupa bawa potty pad ekstra untuk gantikan bila dah kotor.
Boleh gunakan Calming Home Spray untuk membantu mengurangkan ‘stress’ kucing di dalam perjalanan dan membantu kucing lebih relaks.
Bawa sekali picagari untuk suap air pada kucing dari masa ke semasa.Bagi memastikan kucing kekal ‘hidrat’ sepanjang perjalanan.
Bila dah sampai ke kampung atau destinasi yang dituju, boleh ‘set up’ travel cage.
Kalau nampak kucing korang terjelir-jelir lidah macam anjing waktu travel tu, tu ialah simptom normal kucing tengah nervous jadi tak perlu panik okay.
Part puasakan kucing, Kalau tiba-tiba jem masa on the way tu, lepas tu dah drag sampai lebih dari 12 jam, boleh alaskan perut kucing dengan treats atau boleh bagi Nutrilick sebab hadam lebih cepat.
Dekat kampung nanti, make sure kucing ada space dia sendiri, boleh bawak cage or macam dalam video last skali johan tunjuk Pet Tent yang senang nak bawak ke mana-mana.
Sebab bila dia dekat environment baru kucing perlu masa untuk settle down. Jadi dia perlu rasa selamat dengan space dia. Bila kucing takde space sendiri and tak biasa environment tu boleh jadi dia akan cari jalan untuk escape,kang hilang tak pasal.
Mingguan Wanita:Jadi buat mak ayah si anak bulus, kalau nak bawa sekali balik kampung dan perjalanan jauh, ikut tip yang dikongsikan ini iya sebagai persediaan.