Rupanya ada cara mudah untuk mak-mak menanggalkan kesan gam atau pelekat pada bekas dengan menggunakan minyak masak. Bukan apa, kadang kala bekas yang kita beli ada ‘sticker’, bila dibuang ia meninggalkan kesan gam pada bekas tersebut. Malah jadi tak cantik dan melekit pula.
Untuk tahu lebih lanjut, fahamkan perkongsian menarik daripada CHM Dr Fatimah Salim, Pensyarah Kanan Kimia & Penyelidik UiTM ini.
Kepada yang tidak tahu, anda boleh menanggalkan kesan lekatan sticker pada bekas yang sudah lama dengan menggunakan minyak masak.
Caranya, tuangkan sedikit minyak masak pada tisu serap minyak (kitchen towel tissue paper) dan gosok. Bergantung kepada jumlah lekatan, ulangi langkah ini jika perlu.
Tips:
• Minyak masak boleh melarutkan komponen gam.
• Menggosok dengan cepat akan menghasilkan haba yang boleh membantu mempercepatkan proses tertanggalnya gam.
Gelang emas bila selalu pakai, lama-kelamaan ia nampak kusam dan berdaki. Maklumlah, pakai untuk ‘basahan’ dan hari-hari biasa.
Bilaberdaki, dah tentu tak lagi berkilat macam mula-mula baru beli kan. Ada mak-mak sanggup ke kedai emas untuk upah bersihkan. Mahunya ambil masa dua tiga hari untuk siapkan. Nak kena tunggu pula.
Rupanya, mak-mak boleh saja cuci gelang emas mahupun rantai berdaki dan kusam ini di rumah. Ambil masa 15-20 minit saja. Bahan pun hanya guna pencuci saja. Inilah yang dikongsikan oleh Rahaida Harun.
Masukkan pencuci glo dalam air panas. Rendam mana-mana barang kemas yang dah kusam selama 15-20 minit.
Boleh saja sental dengan menggunakan berus gigi. Jangan risau, sental guna berus gigi tidak akan lunturkan dan kopekkan barang kemas. Sebaliknya, elakkan dari rendam dengan mengguanakan alkohol atau bahan kimia.
Bila dah siap, bilas dengan air biasa dan keringkan. Hasilnya berkilat dan cantik.
Beli kereta atau MPV untuk keselesaan atau kehendak semata-mata. Ada orang sanggup berhabisan demi sebuah kereta. Tak kurang juga ada yang beli kereta atas keperluan memandangkan ahli keluarga semakin bertambah.
Namun, pernah tak kita fikir tentang kos untuk servis, minyak, bayaran bulanan untuk sebuah kereta. Bagaimana pula kalau kereta besar hanya disewa untuk satu-satu perjalanan tertentu saja. Untung atau rugi?
Fairus Mohd Tabiee ada berkongsi pandangan dan pendapatan tentang kos untuk memiliki kereta MPV Vellfire atau hanya menyewa saja. Semua ini untuk keselesaan atau kehendak? Inilah jawapannya.
Bawa vellfire balik kampung dengan ahli keluarga tu memang best. Kereta besar, selesa, anak-anak seronok dan boleh punggah banyak barang. Ini adalah MPV terbaik kegilaan ramai orang. Siapa yang dah pakai vellfire, susah nak downgrade ke MPV lain.
Aku juga pemilik kenderaan ini. Jadi, matlamat utama memiliki sebuah vellfire adalah KESELESAAN.. ingat KESELESAAN..
Aku jumpa seorang sahabat. Umurnya sudah lebih 50 tahun.
Investment beliau merata tempat. Beliau adalah orang yang success namun hidup low profile.
Duduk rumah pun income beratus ribu sebulan. Jangan risau, beliau bukan trader forex.
Beliau telah kongsikan sesuatu yang menyebabkan aku berfikir panjang. Padahal benda itu aku dah sedar lama, cuma aku tak jumpa orang yang praktikkannya lagi. Bila sahabat aku yang jauh lebih success dari aku buat benda ni, menung juga aku sekejap.
Katanya,
“Matematik Tidak Pernah Menipu Kita. Ilmu matematik ada banyak dalam Al Quran. Cuma kau gunakan ilmu ini untuk hidup, atau kau gunakan ilmu ini untuk nafsu”.
Terkesima aku.
Ini Perbezaanya
Jom aku kongsikan,
1. Jika kita beli vellfire recond 2.5cc 2019 harganya sekitar RM250,000 waktu ini.
Ini tidak termasuk upgrading, sportrim, sound system, ekzos dan sebagainya yang lazim dibuat oleh pemilik kenderaan ini.
(+/- harga insuran mengikut nilai kenderaan)
2. Kenderaan ini akhirnya akan outdated juga nanti dan pasti ada keluaran baru yang lebih menawan. Waktu itu jiwa kita meronta-ronta untuk memiliki keluaran baru pula. Itulah sifat manusia.
3. Secara purata, aku sendiri balik ke kampung 6 kali dalam setahun. Setiap kali balik, aku akan spend maksimum 4 hari menjadikan setahun hanya selama 24 hari.
4. Dalam setahun, purata aku bawa anak-anak berjalan jauh dan bermalam 2 kali dan rata-ratanya hanya 2 hari. Jadi, aku gunakan vellfire ini untuk bercuti bersama keluarga hanya 4 hari sahaja.
5. Keseluruhan penggunaan kenderaan vellfire ini dalam lingkungan 28 hari dalam setahun. Selain dari itu, kenderaan ini hanya di parking dan tidak sesuai untuk kegunaan harian. Saiznya besar dan penggunaan petrol yang tidak ekonomi. underutilize.
6. Waktu ini, vellfire baru boleh disewa dengan kadar RM700 sehari. Untuk kegunaan selama 28 hari kita hanya perlu kos sewaan RM19,600 sahaja tanpa memikirkan keperluan baikpulih, roadtax, insurans, tayar dan sebagainya. Kita spend hanya 40% sahaja berbanding memilikinya secara total.
7. Bila aku argue hal ini, sahabat tadi ingatkan semula pada aku,
“Matlamat kau memandu vellfire untuk apa? Kau dapat tak KESELESAAN yang kau mahukan tadi?
Adakah perlu kau miliki?”.
Berfikir secara realistik itu sebenarnya mudah sahaja, tetapi berfikir dengan nafsu dan kehendak itu yang susah.
Banyak ilmu dan pengalaman yang aku belajar dari sahabat ini, kali ini aku mahu cuba praktikkannya sendiri.
Harap-harap aku tak tergoda dengan amoi seksi pakai skirt pendek di use car lagi. Nampak gayanya burn lah deposit aku kat usecar tu.
Nota : Abaikan posting ini jika kau mahu jadikan vellfire lambang kejayaan.
Mingguan Wanita : Kalau mampu boleh saja miliki MPV terbaik ini. Tapi ada juga yang sanggup bersaing untuk menampakkan diri mampu miliki. Ini bahaya!
Dalam dunia penanaman yang serba luas ini, ada bermacam kaedah penanaman yang mak-mak boleh cuba. Kaedah Aquaphonic mudah ini salah satunya.
Kaedah ini membolehkan anda menanam pokok-pokok dalam masa yang sama membela ikan dalam satu bekas yang sama.
Lelaki ini, Ahmad Yusri berkongsi cara kaedah Aquaphonic mudah yang mak-mak boleh praktikkan di laman rumah sendiri.
Kongsinya, “Saya nak share kaedah aquaphonic mudah. Boleh tanam pokok yang sukakan air seperti kesum, selom, kangkung dan sebagainya.
Boleh juga tanam pokok lain. Terpulang.”
1. Tong sampah/ baldi atau apa-apa yang sesuai.
2. Bakul atau apa-apa bekas yang berlubang. – Cari BAKUL PLASTIK BULAT di sini
3. Lecca/batu/ arang
4. Ikan tempatan yang lasak seperti keli, sepat, puyu dan lain-lain.
Tips : Ikan keli saya tak galakkan sebab air akan mudah kotor. Tapi sangat lasak, saya tak tukar air berbulan-bulan tetap hidup. Saya hanya tambah air sahaja.
Dalam gambar pokok kesum yang lebat tu ada ikan puyu 12 ekor.
Cucuk pokok kesum, lepas tu bagi ikan makan. Tambah air jika air menyusut. Pastikan akar kena air.
Jangan lupa buat lubang overflow jika letak di luar tanpa atap.
Mingguan Wanita : Jimat ruang kan bila buat macam ni. Pokok kesum dapat, bela ikan pun dapat. Menarik untuk dicuba ni mak-mak.
Bukan sedikit nilainya, isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diperintahkan membayar RM67.5 juta kepada syarikat barangan kemas Lubnan selepas didapati bertanggungjawab atas kehilangan 43 barang kemas bernilai AS$14.57 juta.